Panduan Mengambil Saffron

close up photo of a food on a black slate
Photo by SitoraPicture on Pexels.com

Panduan Mengambil Saffron. Saffron diketahui mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti antioksidan, kesihatan jantung. Baru-baru ini juga terdapat kajian saffron berpotensi sebagai supplement untuk rawatan (-19

Namun untuk sesetengah individu, Saffron perlu diambil dengan berhati-hati

1. Pengambilan saffron untuk wanita hamil dalam kuantiti yang banyak adalah TIDAK SELAMAT dan boleh menyebabkan risiko keguguran.

2. Ibu menyusu. Tiada maklumat informasi berkaitan pengambilan safron dalam kuantiti yang besar. Oleh itu, ambillah saffron dalam kuantiti penyediaan makanan.

3. Pesakit Bipolar. Pengambilan Saffron bagi pesakit Bipolar boleh menyebabkan fasa manik. Elakkan pengambilan.

4. Alahan. Mereka yang alahan pada zaitun, lolium dan salsola mungkin mengalami alahan kepada saffron.

5. Interaksi dengan ubat sedatif. Safsfr diketahui mmepunyai interaksi dengan antidepressant menyebabkan mengantuk yang keterlaluan dan masalah pernafasan.

6. Pembedahan. Elakkan memakan dua minggu sebelum pembedahan. Ia mempunyai interaksi kepada ubat bius pembedahan.

7. Interaksi dengan ubat kencing manis. Pengambilan bersama ubat kencing manis boleh menyebabkan gula di dalam badan turun terlalu rendah sehingga menyebabkan gejala hypogycemia

8. Interaksi ubat darah tinggi. Saffron mempunyai kesan jika diambil bersama ubat darah tinggi. Ia boleh menyebabkan darah terlalu rendah.

9. Pengambilan bersama caffien seperti kopi. Saffron boleh menyebabkan penguraian caffien dalam badan menjadi lambat. Caffien boleh berada lama dalam badan dan meningkatkan kesan caffien pada badan.

HERBA SAFRON

(Crocus sativus Linn) atau Koma-koma merupakan sejenis rempah yang mana ia adalah di antara rempah yang termahal di dunia yang mana harganya boleh mencecah ribuan ringgit perkilo. Apa yang penulis blog faham dimana ia adalah hasil dari perkataan pinjaman Inggeris “saffron” dipercayai berasal daripada perkataan Arab ‘za’faran’ yang bermaksud kuning. Tumbuhan ini sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan didapati merupakan di antara khazanah alam termahal di dunia. Herba yang digelar ‘Emas Padang Pasir’ (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai ‘Spice King’, ‘Spice Queen’, ‘Vegatable Gold’, dan ‘Flower of Love’ dalam bahasa Inggeris. panduan mengambil saffron

Ia memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatannya sejak dari dulu lagi didalam perubatan tradisional. Didakwa dimana di samping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum dimana ia juga turut digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan (komestik) dan perubatan. Nama lain bagi safron adalah Koma-koma dan Kumkum. Dilaporkan dimana Safron atau Koma-koma berwarna kuning keemasan dan diambil dari sekuntum bunga yang berwarna ungu (Sila lihat foto diatas). Pokoknya berasal dari Timur Tengah, Greece, Turki, Iran dan Kashmir. Biasanya safron boleh didapati di pasar-pasar di Morocco dan beberapa bandar lain.

Dalam pada itu dilaporkan dimana Safron adalah rempah ratus terhasil daripada stigma bunga safron yang mendapat jolokan si emas hidup.

Stigma bunga ini digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara Timur Tengah untuk melazatkan makanan, dijadikan ramuan kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi dan bahan pewarna. Ia kaya dengan Vitamin B2, Asid hidroklorik dan Riboflavin. Malahan ia didakwa sebagai rempah terbaik, paling wangi dan termahal di dunia sehingga mendapat jolokan ‘King of Spices’.

Bagaimana pun bagi menghasilkan 10 gram stigma safron dilapangan ia memerlukan 1,000 kuntum bunga safron. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM20,000 per kilogram. Artikel malam ini dalam blog ”Anim Agro Technology” saya paparkan sejenis rempah atau herba yang perlu dikenali di Malaysia dan dijadikan bahan rujukkan semua.

Panduan Mengambil Saffron

Safron Zafaran

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Bagi menghasilkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ia memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal didunia. Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya. Za’faran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Ia merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai ‘King of Spices’.
Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A’li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

“Sesiapa yang mengambil sebahagian Saffron tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.” panduan mengambil saffron

Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa,

aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.

Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan (fertility), menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang (sedative).

Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur Tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi (perfume) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya. panduan mengambil saffron

Antara khasiat Saffron @ Za’faran berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam

– Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.

– Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.

– Sakit kepala atau migrane dan asma, muntah-muntah serta penyakit buah pinggang.

– Gila babi atau sawan dan sukar tidur malam (insomnia).

– Demam, masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser dan lumpuh.

– Bengkak hati atau hipatitis A dan B.

– Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.

– Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.

– Menambahkan tenaga zahir dan batin.

– Masalah mati pucuk dan sembelit.

– Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.

– Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.

– Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.

– Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.

– Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.

– Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.

– Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply