ANGGUR

Peluang Untuk Penganggur

Pantang Larang Facebook Marketing Kalau Nak Sales Meletup

Pantang Larang Facebook Marketing Kalau Nak Sales Meletup

Cikgu rasa sakit mata sampai kuar darah tenguk FB wall orang bisnes. Ramai tak tahu pantang larang facebook marketing . Masa tu memang cikgu tak taw malu dan tak sedar diri. Walaupun newbie jer masa tu, cikgu kerap buat post tegur dan ajar orang bisnes pantang-larang menulis dan berbisnes di FB ni, betulkan ejaan dan cara bisnes online. Perghhh.

Antara perkara yang cikgu selalu ulang sebut adalah – jangan tag semborono kawan FB anda pada post menjual, tulislah dengan ejaan penuh, kurangkan hardsell. 2018, Alhamdulillah. Mata kita dah kurang sakit tenguk FB wall orang bisnes. Betul takkkkkkk? Ok. Tugas menegur dan educate dah selesai. Jom teruskan berjuang dengan peluh darah dan hati titanium.

Online Seller Perlu Tahu Pantang Larang Facebook Marketing

  1. Respon kastemer atau prospek dengan segera – Rajin reply komen di post wall peribadi, wall prospek dan mesej di messenger. Jika engagement kurang, post cepat tenggelam ke bawah.
  2. Marketing online di facebook bergerak sangat laju – Kene peka pada perubahan terbaru di media sosial facebook.
  3. Sistem facebook bertukar tiap masa – Dulu Up 5 untuk featured photos, sekarang boleh up 6-9 gambar.
  4. Audiens di facebook borak guna bahasa santai je atau bahasa wechat tapi pastikan ejaan penuh. Kalau tak tulis tak bukan x.
  5. Wujudkan komunikasi 2 hala. Elakkan buat posting syok sendiri. Elert tranding semasa

Nak tahu lebih detail Rahsia Iklan Viral Tanpa Diblock Facebook. Jom baca pantang larang facebook marketing lagi dibawah ini sebab banyak lagi tips sebenarnya kalau nak buat iklan dekat facebook supaya orang tak menyampah

Peraturan Facebook

Sebenarnya facebook ada meletakkan banyak peraturan di dalam facebook dan ramai peniaga ambil ringan perkara ni sebab tak diberi tahu malah tak pernah tahu ada peraturan yang perlu dipatuhi ketika nak buat sesuatu Posting di media social. Harini saya nak share serba sedikit apa yang anda Wajib tahu tentang posting di facebook.

1) Jangan Menjual ( Direct Sale) di Profile Facebook.

Untuk bahasa mudah faham, Facebook dah wujudkan Page sebagai Plartfrom atau kedai untuk kita berniaga. Jadi, apakah kesan jika menjual juga di profile facebook? – Reach dan Enggagement tak tinggi. Potensi besar untuk dibanned dari fb.  Profile Fb umpama rumah, jika anda jual di dalam rumah akan menjadi janggal sebab tujuan utamanya adalah untuk bersocial!

2) Jangan meletakkan “Third Party” dalam posting fb anda.

Untuk makluman “Wasap.my/XXX” adalah Third party yang bukan dari WhatsApp. Jadi tiada istilah kenapa tak boleh,bukan WhatsApp dah kena beli dengan Fb ke? Ya betul, tapi link tersebut hak milik dari 3rd Party. Jadi fb sangat tak suka jika ada Third party dalam kawasan dia, lagi pantang kalau anda bawa musuh utama dia seperti YouTuXX.

3) Jangan SPAM di group

Ni Usahawan paling suka buat, masuk “dewan orang lain” kemudian dengan rakusnya menjual tanpa minta izin tuan tanah. Anda kena ingat setiap satu perkara ada adab dia dan ada caranya untuk menjual. Bukan sewenangnya anda boleh masuk dan berjual di dewan orang lain melainkan memang dia dah setkan memang khas untuk menjual.

Tapi still tak boleh terlalu kerap posting atau Share sebab ni paling fb tak gemar. Ubah cara dengan posting yang menggalakkan Enggagement. Bonus point.

4) Jangan kaitkan Hal Sensitif

menjual anda dengan Hal-Hal yang sangat sensitif bagi ramai orang seperti “Corona Virus, Covid 19 dan lain²”. Fb pun dapat detect jika anda cuba ambil kesempatan dalam kesempitan. Ubah Copywtiting dan jangan libatkan semua isu ni.

Saya harap lepas ni anda jangan ulang lagi kesilapan yang sama dan sentiasa Upgrade diri. Sebenarnya rules dan regulation ni dah lama fb highlightkan tapi ramai dari kita tak gemar untuk tahu Apa yang dibenarkan dan apa yang tak boleh. Apapun best of luck Usahawan. Moga perkongsian ni bermanfaat dan Sirr benarkan jika anda nak Share posting ni supaya lagi ramai Alert.

Engagement Facebook Kena Jaga

Buat post cakap nak unfriend orang. Konon nak buat engagement tinggi. Tapi dia tak sedar prospek akan rasa turn off dan unfriend dia senyap-senyap. Terus hilang prospek. Like komen engagement bagai ni kastemer mana tahu sangat game fb lagi-lagi kalau dia tak pernah berpengalaman berbiznes kat facebook.

Selalu yang support ni sesama seller. Sebab tahu benda tu membantu sangat-sangat untuk engagement. So kalau nak unfriend orang senyap-senyap. Utamakan yang mayat hiduplah sebab dorang ni memang confirm dah tak buka facebook.

Jangan Buat Post Mengarut

Tolong jangan buat sebaiknya kita elak. Salam semua. Jika uolls betul – betul fokus guna facebook ni sebagai medium untuk berniaga. Ini sedikit pantang larang untuk uolls.

1. Jangan Buat Post Meroyan

Jangan posting hal peribadi uolls. Hal family. Hal pasangan. Hal rumah tangga. Hal jiran. Hal orang kampung. Terutamanya kalau ada unsur negatif.

2. Jangan Buat Post Politik

Berdiskusi hal politik boleh. Cuma jangan sampai mengecam. Menghina & mengeji. Elakkan. Please… elakkan.

3. Jangan Buat Post Iklan Menjual 25 Jam

Yang ni banyak kali tegur dah. Buat juga. Lantak uolls la. Maybe sejak dalam perut. Uolls rajin baca buku tentang jualan kot. Sebab tu celik je mata. Buka facebook. Iklan, iklan,iklan.

Takpelah… akaun fb uolls. Ikut sukalah. Kan uolls pun rajin buat posting. Saya takde kedai. Fb ni la kedai saya. Jangan menyampah kalau nampak iklan saya. Please support. Hotak dia

Pantang Larang TikTok Berbanding Facebook

Walaupun tiktok bukan sekapal dengan facebook dan instagram, tapi tiktok pun tak terkecuali untuk ada pantang larang. In fact, pantang larang tiktok lebih strict. Well, korang faham-fahamlah dari mana asal usul keturunan tiktok ni ye.

Kalau dengan facebook atau instagram kita boleh lagi ngelat-ngelat niaga softsell bagai dan sesekali softsell. Kalau dengan tiktok ni, sekali kau buat salah, huh! Mohon maaf la jawabnya. Sebab motif tiktok ni untuk enjoy. Nama pun media social kan.

Sebelum ni rasa macam dah penah bagitau. Tiktok adalah tempat untuk orang yang hatinya sado. Sebab apa? Sebab bila kena kecam korang TAK BOLEH delete komen tu! If korang delete jugak, selamat datang ke dunia zombie. Haa nak main tiktok tu, check dulu. Hati sado tak? Cukup kreatif tak? Yang penting cukup rajin tak?

2 thoughts on “Pantang Larang Facebook Marketing Kalau Nak Sales Meletup

Leave a Reply

%d bloggers like this: