Pelaburan Emas VGMC

pelaburan emas vgmc ? Salam sejahtera, hari ini, saya nak cerita sikit, situasi semasa saya melaburkan duit ke dalam VGMC. Saya dulu memang terpengaruh, asal nak kaya , saya masuk. Saya diajak oleh kawan saya Andi A. Mericcan, seorang artis rnb yang terkenal di Malaysia. Ternyata, saya memang setiap bulan dividen yang dijanjikan oleh VGMC.
VGMC
Boleh tengok beberapa gambar VGMC saya dibawah.
Muka depan akaun VGMC saya
Saya buat pengeluaran, pada hari sabtu, hari ahad dah diluluskan pihak VGMC
Hari Isnin lepas, duit 2276 masuk ke akaun saya. Sunggu mudah
Kalau kita subscribe hari- hari, hari hari kita akan dapat dividen, memang lumayan. Jadi, kalau takut duit lesap, saya rasa, emas fizikal lagi baik untuk pelaburan. Pelaburan VGMC , bila bila boleh tutup kedai. Jika berminat, boleh menghubungi terus saudara Andi A. Merican. Terima kasih.
Kelebihan VGMC
Salam sejahtera, dah lama saya tak update, sekarang ni, kalau ikut dari tarikh 4 April 2011, saya dah setahun lebih menyertai VGMC. Ramai kata tak perlu sertai dan sebagainya. Ini semua pendapat masing masing. Setahun dalam VGMC , banyak benda yang saya perhati. Oklah saya akan berpendapat secara diri saya sendiri. Sememangnya, ada untung dan tak untung.
Secara Untung:
1. Bonus bulanan sehingga 10- 14% peratus. Bonus ni ikut harga emas semasa. Setiap 10000 shares, kita akan dapat 1oz emas.
2. Kalau rajin, boleh dapat bonus berkumpulan. Saya tak cari pun downline bawah saya.
3. Sesuai untuk uji skill trading. Ada juga untung.
4. Memang boleh untung besar, kalau pandai, cari orang .
5. Setakat ni boleh percaya lagi, duit selamat keluar.
6. Ramai artis dah join.
Tapi, dalam banyak banyak untung, ada benda yang saya tak berapa nak untung.
1. Syarikat luar, bila bila boleh tutup,
2. Ianya hanya pelaburan, semuanya ada risiko.
3. Modal makin lama makin mahal, dulu minimum 1000shares, lepastu kena tambah 2000shares, lepasni 5000shares. Maknanya duit untung kena tambah shares, tak leh nak untung.
4. Kalau harga tinggi ok, sekarang ni bila harga rendah, modal trading akan habis, dan buatkan anda rugi. So takleh nak trading, nak tak nak kena subscribe shares lagi.
5. Setakat ni, pembayaran bonus akan dibayar sehingga 2015. Itupun mungkinn janji .
6. Penjualan kredit antara rakan rakan, memang ada penipuan. pelaburan emas vgmc
Tapi saya dengar, kalau buat betul betul, cari ramai orang, ramai dah kaya. Hahha. Tapi jangan lupa, lindungi kekayaan anda dengan EMAS FIZIKAL !!!!!
Harga Menjunam
Alhamdulillah, saya masih sihat lagi untuk menulis blog. Buat anda yang belum menyimpan emas, jangan lupa, buat tindakan sekarang. Harga sedang murah, sebelum harga naik kembali. Ingat, apa pun, emas ada pelbagai faedah, bukan seperti duit kertas. Emas boleh hasilkan duit, tapi duit belum tentu dapat menghasilkan duit. Itu mungkin falsafah gila saya. Masa sesuai untuk pajak emas anda jika anda guna teknik ar-rahn untuk pelaburan anda. Saya jangkakan, harga emas akan terus turun. Ini disebabkan masalah manipulasi ekonomi dunia, yang tiada sandaran pada aset sebenar. Jadi simpan emas, untuk menghadapi fitnah ekonomi akhir zaman. Salam dari saya.
Teknik Ar Rahnu Lipat Kaw Kaw
Salam sejahtera. Dah lama tak update blog. Ok kali ni, saya nak share skt cerita tentang teknik senjata ar rahnu. Ok teknik ni saya akan kaji kes saya sendiri di Amsyiq Gold untuk sistem GKAS (refer website amsyiq).
Kalau sebelum ni saya ada cerita kelebihan amsyiq gold, jadi saya nak huraikan skt, tentang GKAS, ataupun nama lain ar-rahnu, takpun cagaran emas. Apa tu teknik senjata ?
Teknik senjata ni, adalah ilham dari Ustaz Othman Hamzah sendiri. Contoh saya ada 5 keping 1g goldbar, saya akan pajakan 4 keping, dan 1 keping saya akan simpan.
Di sini, 1 keping ni akan jadi penyelamat kepada 4 keping di dalam cagaran, jika kita tidak berjaya menebus balik kesemua emas tadi. Kenapa begitu ? Di amsyiq, tempoh yang dibenarkan cuma setahun. Jadi, bila kita simpan senjata ni, kita boleh cagar dan tebus balik kesemua emas yang masih berada di dalam ar rahnu. Ok ada faham ? boleh nampak ?
Nanti kita sambung lagi . pelaburan emas vgmc
Jangan Terjebak Emas SCAM
Kalau kena scam dengan simpanan dan pelaburan emas bukan benda baru. Saban tahun ada saja mangsa tertipu.
Tak kira peniaga, peguam mahupun guru , habis semua mereka sapu. Modus operandinya cuma satu duit kau jadi duit aku . Gitu .
Mangsa pula biasanya tak sedar telah tertipu . Kerana kurang ilmu , duit dalam akaun tinggal debu. Pilu hati Tuhan saja yang tahu.
Jom kenalpasti 4 ciri-ciri scam emas tipu.
Ada Pulangan / Dividen
Bila dijanjikan jaminan pulangan/dividen secara berkala contoh mingguan bulanan atau tahunan. Sila jauhkan diri sebab simpanan dan belian emas tak pernah ada apa-apa dividen!
Untung Besar
Siapa tak nak untung besar, kan ? Tapi kalau luarbiasa untung orang kata too good to be true maka angkatlah kaki. Indah khabar dari rupa. Nak untung besar yang dapatnya rugi.
Beli Emas Dapat Kertas
Beli emas mesti dapat emas . Kalau dapat selain dari emas contoh dapat sijil tebus emas atau angka-angka digital maka berhati-hati.
Website hilang tiba-tiba, officenya pula kat luar negara. Tak kan nak pergi sana tuntut duit kita. Jawapannya berputih mata , emas fizikal tak ada, duit lesap begitu saja.
Harga Terlajak Murah
Yang ini lagi ramai orang suka , dapat beli emas harga murah dari harga pasaran . Bila tanya kenapa murah sebab emas muda, emas baru emas direct lombong/kilang gitu . Rupanya emas palsu luar bersinar dalamnya kelabu.
Tambahkan ilmu , baca buku , bertanya jika tak tahu , InsyaAllah saya bantu apa yang mampu. Siapa berminat nak emas, nak jadi dealer terbaik, boleh klik link wasap disebelah anda. Emas memang terbaik , kalis inflasi dan dibenci oleh puak puak freemason yang ingin menipu duia. pelaburan emas vgmc