Pencapaian JDT ACL 2022

Pencapaian JDT ACL 2022

ACL 2022 : Satu pencapaian

Di sebalik kekecewaan terkandas di pusingan Round of 16 , ACL 2022 adalah pencapaian terbaik kelab kita sepanjang penyertaan dalam 4 edisi.

Dalam 3 edisi terdahulu, kita terkandas di peringkat kumpulan.

Namun musim ini di bawah kendalian Coach Mora JDT melangkah 1 tapak ke hadapan , mara ke pusingan Round of 16 sekaligus melakar sejarah baru bolasepak negara selaku pasukan pertama menembusi kelompok 16 kelab terbaik Asia.

Dan lebih manis JDT layak ke pusingan Round of 16 selaku juara Kumpulan I , menghantar pulang dua gergasi Asia Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Bergson juga muncul penjaring terbanyak Zon Asia Timur dengan 6 gol di peringkat kumpulan.

Perlawanan ke-6 Group I di antara JDT vs Ulsan juga diangkat sebagai perlawanan terbaik peringkat kumpulan.

Kejayaan mara ke pusingan Round of 16 ini juga berjaya menghadiahkan 2 slot automatik untuk kelab dari Malaysia bagi ACL 2024.

Insya Allah musim depan skuad kita bangkit lebih garang dalam saingan ACL & menembusi kelompok 8 terbaik Asia pula.

Leave a Reply

%d bloggers like this: