Pendekar Awang Kelana

Pendekar Awang Kelana. TOK AWANG KELANA: PENDEKAR UPAHAN INGGERIS
• Ketika Hugh Clifford merasakan satu kerugian besar yang ditanggung oleh pihak Inggeris dalam menangani gerakan pemberontakan di Negeri Pahang yang dicetuskan oleh Tok Gajah,
Beliau merasakan alangkah baiknya jika mereka mendapatkan khidmat pendekar dari kalangan Melayu sendiri, kerana sudah pastinya mereka lebih mengetahui selok-belok ilmu peperangan bangsa mereka.
• Akhirnya Hugh Clifford berjaya mendapatkan khidmat seorang pendekar gagah yang dibawakan dari Perak. Dengan pengalamannya yang luas sepanjang menjadi pembunuh upahan, Hugh Clifford yakin pendekar ini dapat membunuh Tok Gajah, sekaligus beliau dapat menyelesaikan masalah pemberontakan yang berlaku di Negeri Pahang.
Inilah dia Tok Awang Kelana, seorang pendekar gagah yang diupah oleh Inggeris untuk membunuh Lagenda Pahlawan Pahang, iaitu Tok Gajah.
Rujukan: Sejarah Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang, Talib Ahmad.
INILAH DIA SI AWANG KELANA
Jika di dalam sejarah Naning, Yamtuan Muda Rembau dianggap sbgai pengkhianat bangsa kerana sanggup berpaling tadah dn membantu Inggeris menjatuhkan Naning demi kekayaan..
Si Pendekar berketurun Aceh yg berasal dari Perak ini pula tercatat di dalam sejarah Negeri Pahang sebagai pengkhianat bangsa yg meniagakan kehandalan dan kegagahannya demi upah kekayaan.
Inilah dia Tok Awang Kelana, pendekar upahan Inggeris yang diupah untuk membunuh Lagenda Pahlawan Pahang, iaitu Tok Gajah. pendekar awang kelana
Al-Fatihah Untuk Pahlawan Allahyarham Mat Kilau
Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dilihat musuh hanya bayang . Seperti kita melihat cahaya dari kilat.
Itulah kelebihan Mat Kilau – Pantas seperti Kilat. Nama Mat Kilau digelar kerana kepantasannya.
Nama Mat Kilau Diberi Kerana “Kelincahannya”.
“Mat Kilau Tu Orang Handal , Sepelepah Daun Nyior(Kelapa) Gugur , Dia Dah Tahu Berapa Banyak Regisnya (Lidi)”
“Mat Kilau Boleh Pergi Ke Sesuatu Tempat Dengan Cepat , Dia Boleh Ghaib Sekelip Mata.”
“Mat Kilau Kalau Bertarung Dia Boleh Bunuh Dan Libas 9 Orang Musuh Dengan Parang Dalam Sekelip Mata”
“Mat Kilau Pernah Merampas Seekor Kucing Dari Mulut Harimau Dengan Sekelip Mata , Dan Menengking Harimau Itu.”
Demikianlah Kelincahan Pahlawan Pahang Ini “Mat Kilau” Banyak Lagi Kelebihan Yang Allah Beri Padanya.
“Pernah Seekor Lembu Jatuh Dalam Telaga , Mat Kilau Menaikkan Lembu Itu Dengan Sebelah Tangannya Sahaja.”
“Pernah Seorang Pendekar Yang Bernama Awang Kelana Ingin Menguji Kehandalannya , Ketika Mat Kilau Sedang Mandi Embun , Awang Kelana Merejam Lembingnya Dari Belakang Dan Lembing Itu Tepat Terkena Pada Badan Belakang Mat Kilau , Tetapi Tiada Apa Yang Terjadi Ibarat Merejam Lembing Ke Batu Yang besar.”
“Ketika Mat Kilau Pergi Ke Kuantan Bersama Menantunya , Dia Menyuruh Agar Menantunya Balik Dahulu Kerana Mat Kilau Ingin Berjumpa Dato Bahaman@Tok Peramu , Ketika Menantunya Sampai Di Rumah , Mat Kilau Telah Pun Berada Di Rumah.”
“Ketika Pihak Inggeris Tahu Kelemahan Kekebalan Mat Kilau Adalah Emas , Maka Mereka pun Membuat Peluru Emas , Tetapi Peluru Emas itu Hanya Menembusi Kulit Mat Kilau Sahaja Bukan Dagingnya.”
Masih ada lagi beberapa kisah dan Kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini , Tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi Rahsia pada siapa yang tahu. Apapun Hanya Allah lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang Empunya segala Kehebatan Dan Keilmuan Yang Diberi Pada Hamba-Nya Yang Soleh.
Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang malam ini , Mari kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau.
Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.
Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”
Kata Mat Kilau lagi, “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. Keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”
“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!
“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”
Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan Mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!
Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya Siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan, Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.
Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh Inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!
Mat Kilau dalam pelarian mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!
Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata Siam dan Inggeris, lalu mayatnya di kuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.
Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintah Siam pada bulan Oktober, 1895″ manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya sahaja seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.
Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.
Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.
26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.
Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah, Pendekar Pahang yang terbilang itu!
Pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering, Terengganu.
Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :
“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”
“Jaga Agama , Jaga Bangsa dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara.”
Al-Fatihah Untuk Allahyarham Mat Kilau.

Selepas Menonton Mat Kilau
Tengok Wayang Jap Bersama Al-Khalidi & Review Saya Terhadap Filem Ni – Saya Bagi 7 Bintang : Mat Kilau Seorang Pahlawan Yang Bersufi, Bertasawwuf, Berihsan Dan Bertariqat An-Naqsyabandi..
Kekuatan Kerohanian Beliau Berdasarkan Ajaran Mursyid Beliau Tok Gajah Sehingga Wujud Beberapa Karomah Dalam Pertempuran Dengan Kuffar Penjajahan British..
Filem Ini Memperlihatkan Jiwa Pahlawan Melayu Sufi Yang Utamakan ‘Faham Sebelum Gerakan’, Yang Utamakan ‘Fikir Sebelum Tindakan’, Yang Utamakan ‘Zikir Sebelum Serangan’..
Strategik Diutamakan Berbanding Tindakan Semberono Antaranya Mereka Mengasingkan Diri Berkhalwah Sehingga Tidak Dijejaki Oleh Penjajah Dalam Mempertahankan Tanah Air Semata-Mata Mempertahankan Agama Yang Utama..
Konsep Tawajjuh Dengan Pelurusan Hati Semata Kerana Allah SWT Dalam Mempertahankan Tanah Air Sempat Menitiskan Air Mata Ini Kerana Ketauhidan Yang Tinggi..
Kalam Beliau “Kita Berjuang Bukan Untuk Menang Di Mata Manusia, Tetapi Kita Berjuang Atas Perintah Allah, Dan Itulah Kemenangan Hakiki”..
Mengangkat Tema ‘Kebangkitan Pahlawan’ Secara Tekstual Namun Sebenarnya Lebih Besar Secara Kontekstualnya Mengangkat ‘Bangsa Bertauhid Dan Bangsa Berihsan’..
Sehingga Keluar Kalam Beliau “Tegakkanlah Kebenaran Walaupun Ianya Pahit Ditelan Kerana Dunia Ini Akan Rosak Jika Manusia Membela Kebenaran Bila Ianya Berniat Menguntungkan Dirinya Sahaja”..
Secara Zahirnya Menentang Penjajahan, Namun Secara Bathinnya Menentang Kekufuran Dalam Menegakkan Akidah Al-Asyairah, Bersyariat As-Syafiiyyah Dan Bertariqat Naqsyabandi..
Kini Perjuangan Bukan Dengan Senjata Lagi Tetapi Ia Dengan Akal Fikiran Ideologi Namun Semangatnya Sama Dalam Menegakkan Kebenaran & Ketaqwaan.. Kebenaran Mainstream Autoriti Ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah Dalam Membasmi Fahaman Songsang Khawarij, Syiah, Wahabi, Muktazilah, Liberalisme, Pluralisme Dan Ajaran Songsang Lain Dalam Menggapai Ketaqwaan Kepada Allah..
“Kekuatan Orang Melayu Bukan Terletak Kepada Senjatanya, Tetapi Kekuatan Orang Melayu Terletak Kepada Ketaqwaannya Kepada Allah”..
Jiwa Melayunya Kental Dan Padu Kerana Dia Berjiwa Sufi Sehingga Dia Berkata :
“Aku Rela Mati Semasa Bertempur Dengan Penjajah Daripada Menyerah Dan Mati Di Tali Gantung Mereka.. Jaga Agama, Jaga Bangsa Dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara”..
Slogan ABATA ا ب ت Itu Menifestasi Agama (Islam), Bangsa (Melayu) Tanah Air (Tanah Melayu).. Perjuangannya Selaras Konsep Akidah-Syariat-Hakikat..
Perlu Perbanyakkan Lagi Filem Seperti Ini Yang Mengangkat Tema Figura Sufi Yang Bertariqat Antaranya Tok Ku Paloh Al-Naqsyabandi, Tok Kenali As-Syatariyyah, Tok Janggut, Tok Gajah An-Naqsyabandi, Dato’ Bahaman An-Naqsyabandi, Haji Abdul Rahman Limbong As-Samaniyyah, Mat Salleh Sabah, Kiyai Salleh Selendang Merah, Syeikh Said Al-Linggi Al-Ahmadiyyah Dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy An-Naqsyabandi Sebagai Mengangkat Tema Ukhrawi Destinasi Seterusnya Selepas Di Dunia..
Akhirnya Kalam Bermakna Beliau Yang Tembus Ke Hati Ini “Jikalau Hidup Ini Kerana Duniawi Sahaja Bukan Ukhrawi, Maka Nescaya Ia Tidak Bermakna”..
Selepas Keluar Pawagam, Hati Ku Terdetik “Setiap Nafas Adalah Dia Al-Haq Lillahi Ta’aala”.. Hati Sufi Itu Hanya Memandang Dia..
Selepas tonton filem Mat Kilau, sure kita akan cari satu2 perihal sejarah pahlawan yang hebat…. orang Pahang bukan kaleng2..
Tok Gajah bukan sebarangan orang tu, pasukan dia mampu kalahkan segerombolan tentera British dengan kekuatan 300 orang, walaupun hanya menggunakan senjata seperti keris, panah, parang, sebahagian yang gunakan senapang, kalah teruk beb British dalam pertempuran di Kuala Lipis…
Kisah si pendekar dari Acheh yang cakap besar kononnya mampu mengalahkan Tok Gajah… British upah Awang Kelana ni sebab mereka dah buntu macamana nak kalahkah pasukan Tok Gajah..
Akhirnya balaci upahan itu terbongkang kena bedil.