Pengajaran Tentang Sri Lanka

Pengajaran Tentang Sri Lanka

PENGAJARAN TENTANG SRI LANKA . Kerajaan Sri Lanka sedang lumpuh. Presiden Gotabaya Rajapaksa sedang melarikan diri dan tinggal dalam buangan di Singapura. Ekonomi menjunam, matawang rupee hilang setengah nilai dalam masa satu hari, inflasi meningkat berganda-ganda.

“I’m an agent of chaos. Oh, and you know the thing about chaos? It’s fair!” adalah kata-kata dari watak Joker yang menjadi slogan kepada ramai golongan millennials hari ini.

Golongan millennials adalah pengundi terbesar Pakatan Harapan.

Aku berani cakap, kalau aku himpunkan 100 millennials, at least 40 orang sokong Pakatan Harapan. 30 orang akan mengamalkan politik ‘pergi-mampos-sama-politician’ dan 20 orang akan cuba nak reform UMNO, dan 10 orang bimbo dan mat gamer yang tak ambik pot politik Malaysia or wherever.

Tapi golongan millennials ni berpecah-pecah. Terlalu banyak ideologi yang dianuti, sebab sejak krisis ekonomi dan krisis identiti yang bermula sejak 2008, mereka ini mula membesar dan baru grade dari universiti.

Mereka tak ada solid block voters macam babyboomers atau Gen X di Malaysia ni, yang hidup dalam kestabilan ekonomi Malaysia sejak mula berindustri lewat 1960an sampai 1990an.

Babyboomers dan Gen X yang membesar dengan Alleycats dan KRU, Sharifah Aini dan Ziana Zain, zaman Yaohan dan Globe Silk Store. Zaman Mimaland dan zaman bangunan Dayabumi bangunan tertinggi.

Zaman kestabilan ekonomi dan politik di Malaysia, walaupun sekitar 80an dan 1998 ada kacau bilau sikit, kau fahamlah, sebab Mahathir.

Millennials Malaysia lahir di era ini, jadi bayi di zaman ekonomi sedap sudah pastilah ada perangai lemaknya. Sebab dari kecik walau susah macam mana pun, tak sesusah zaman sekarang.

Tapi sebaik sahaja mereka gred dari universiti, ekonomi pun jatuh. Mereka mula menanggung hutang pendidikan kerana sistem kejam yang dikawtimkan antara ahli politik dan para bankers.

Millennials yang dulu masa kecik hidup senang, bila besar terus penuh hutang. Jadi sikap nihilistik macam apa yang Joker cakap ni pun menjadi mantra kepada ramai millennials di Malaysia.

Dan di Sri Lanka pun sama macam Malaysia. Merdeka di era lebih kurang. Sri Lanka merdeka 1948, Malaya atau Malaysia kemudiannya, mendapat autonomi sejak 1948 (walaupun merdeka 1957).

Jadi tidak seperti Sri Lanka yang ada masa tiga tahun sahaja dari era Perang Dunia Kedua ke tarikh merdeka. Malaya sempat belajar mentadbir negara 11 tahun sejak bantahan orang Melayu terhadap sistem Malayan Union yang macam gaya Australia, Kanada atau Israel.

Kegagalan Sri Lanka ialah kerana mereka tak sempat nak belajar nak dirikan negara, tapi nak cepat merdeka. Sebab tu lah Brunei pilih tarikh kemerdekaan dari Britain lambat tahun 1984, bukan sebab suka kena jajah, tapi sebab nak pastikan kemerdekaan tu tak menimbulkan kecelaruan di kemudian hari.

Politik Sri Lanka ni berkitar dengan warlord, sama macam Malaysia juga. Kalau di Malaysia kita ada clan Mahathir, clan Anwar atau clan Najib, di Sri Lanka ada clan Rajapaksa.

Rajapaksa ni adalah ketua warlord politik paling terkuat di Sri Lanka. Jadi Mahinda Rajapaksa yang menjadi Presiden Sri Lanka ini menang pilihanraya sebab dapat duit dari China.

Jadi macam-macam projek mega dia tabur sana sini dengan duit komunis ni. Projek pelabuhan Hambanotta di Sri Lanka tu hanya sebab Rajapaksa orang Hambanotta tapi tak ada kepentingan ekonomi pun, sebab semua orang pun pergi Colombo.

Tahun 2015, macam Najib ada skandal 1MDB, Rajapaksa ni pun ada skandal salahguna duit rakyat, dan dikalahkan pilihanraya. Tapi kerajaan baru tak stabil, dan tahun 2018, Mahinda letak adik dia, Gotabaya Rajapaksa.

Dan bila COVID-19 melanda dunia, seluruh ekonomi terhenti dan akibatnya berlaku gangguan terhadap rantaian globalisasi, menyebabkan harga barang melambung, barang lambat deliver, kapal delay, dan pekerja tak cukup.

Jadi seluruh dunia dah bercelaru dengan politik. Ada yang nak macam ni, ada yang nak macam tu. Ideologi berperang dalam perang misinformasi, disinformasi dan desepsi.

Demokrasi pada akhirnya tidak dapat berfungsi sebab masyarakat sudah berpecah-belah.

Jadi aku faham kenapa budak-budak Twitter berfantasi untuk menggulingkan UMNO sebab the last time mereka gulingkan UMNO pakai peti undi, ia digagalkan dengan Langkah Sheraton.

Sebab tu ada tweet di Twitter berkata ‘kita nak rakyat Malaysia bangkit macam kat Sri Lanka’ sebab mereka rasa mereka membawa pembaharuan.

Tapi hakikat tetap hakikat, politik Asia ialah politik warlordism, bukan politik idea. Ini hakikat yang perlu ditelan oleh millennials di Malaysia.

Kecualilah kalau Asia ni dapat Renaissance, yang mencerahkan bangsa dengan ilmu. Seperti zaman kegemilangan Islam bermula dari tamatnya Perang Abbasid-Ummayad tahun 750, zaman kegemilangan Eropah sejak wabak Black Death, Renaissance Asia kena bermula dengan sesuatu yang perit.

Dunia globalisme Pax Americana bermula sejak tamatnya Perang Dunia Kedua, maka krisis COVID-19 dan mass famine akan datang, akan bawa ke satu golden age yang baru, bila old folk from the old system keluar, dan new man from new system akan muncul.

Macam mana rupanya Renaissance di Malaysia tu, ada kat utopia korang masing-masing. Aku dah tulis di dalam Novel Bersiri Sidang Dewan.

Adakah kau rasa berbaloi untuk rakyat Malaysia ‘bangkit’ macam rakyat Sri Lanka?

At least rakyat Malaysia boleh tengok wayang Mat Kilau sales tiket sampai RM71 juta. Rakyat Sri Lanka nak beli gas pun tak mampu, masak pakai kayu api dan rumah dah tak ada elektrik dan air bersih. Kau sanggup?

Kena ingat, walaupun Joker Heath Ledger tu cool, dia tu villain.

Masalah Sri Lanka

ialah kekurangan rizab matawang asing (FOREX) untuk membeli barang import dan untuk membayar hutang matawang asing.
Rizab matawang asing Sri Lanka juga semakin berkurang sebab negara itu telah bertahun-tahun mencatatkan defisit perdangangan antarabangsa (iaitu nilai import lebih tinggi banding nilai eksport.
Negara Sri Lanka yang merupakan net importer bahan api sedang menghadapi masalah besar mengimport bahan api untuk petrol dan untuk menjana kuasa elektrik setelah harga minyak dan gas dunia telah melambung tinggi.

Keadaan di sana adalah jauh berbeza dengan Malaysia.
Hutang Sri Lanka dalam matawang asing sebanyak US$51b dengan rizab asing cuma US$2.4b.
Hutang Malaysia dalam matawang asing sebanyak US$6b tetapi rizab asing kita adalah US$116b.
Sri Lanka telah mencatat defisit perdagangan antarabangsa tiap-tiap tahun sejak lebih 10 tahun lama.

Malaysia pula telah mencatat kelebihan (surplus) bagi perdagangan antarabangsa dengan konsisten sejak lebih 25 tahun dahulu.
Sri Lanka adalah negara pengimport bahan apai dan harga dunia yang tinggi merupakan beban besar padanya.
Malaysia pula adalalh negara pengeksport bahan api dan harga minyak dan gas dunia yang tinggi merupakan manfaat besar bagi kita.
Jadi, bagaimana pula Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka?

Tetapi geng PH tidak kisah tetapi akan menggunakan kesempatan ini untuk menipu, menakutkan dan menghasut Rakyat.
Besar paling nyata ketika ini ialah warga Sri Lanka kini perlu beratur hampir seminggu untuk membeli petrol.
Julai 2022: Sri Lankans queue at pumps for days with no promise of petrol”

Lebuhraya Malaysia pula sesak dengan trafik ketika kami pulang untuk raya minggu lepas.

Leave a Reply

%d bloggers like this: