Pengertian Ibadah Umrah

Pengertian Ibadah Umrah

PENGERTIAN UMRAH

Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan niat ihram, tawaf,saie ,bertahalul dan mengikut tertib.

Dalil daripada Al Quran ialah Firman Allah SWT:”Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah SWT” ~ Al Baqarah 196

APA ITU IBADAH UMRAH

Ramai di antara kita sememangnya ‘mengetahui’ ibadah umrah. Namun begitu, adakah kita benar-benar mengetahui apakah itu ibadah umrah serta cara mengerjakan ibadah ini.

1. Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram,tawaf sa’i dan bertahallul mengikut tertib

2. Ijmak Ulama mengatakan ibadah ini WAJIB dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu

3. Ibadah ini boleh dilakukan pada bila bila masa tidak seperti ibadah haji yang hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja yang mana hari kemuncaknya pada hari Tasyrik

4. Tidak seperti dulu, Kerajaan Arab Saudi sekarang sudah menetapkan jemaah umrah wajib memohon visa umrah melalui mana mana agensi umrah

Cara mengerjakan umrah

1. Rukun Umrah mulai dilaksanakan di Miqat iaitu tempat mula niat umrah dan memakai pakaian ihram. Jika berangkat dari Madinah bermakna miqatnya di Bir Ali. Disarankan sejak perjalanan dari Madinah telah siap memakai kelengkapan umrah yang diperlukan (seperti pakaian ihram), namun niat ihram dibaca di Bir Ali. Setelah menukar pakaian, jemaah melakukan solat ihram 2 rakaat.

2. Setelah memakai pakaian ihram dan niat umrah, jemaah tidak boleh menggunakan wangi-wangian, mandi memakai sabun wangi, memberus gigi dengan ubat gigi, serta memakai pakaian selain dari pakaian ihram. Juga dilarang berhubungan suami isteri sampai ibadah umrah berakhir iaitu hingga selesai tahallul (memotong rambut).

3. Membaca kalimat talbiyah sebanyak-banyaknya.

4. Setiba di Masjidil Haram, jemaah akan Thawaf mengelilingi Ka`bah sebanyak 7 kali, mengelilingi 1-3 kali dengan berlari-lari kecil, untuk pusingan ke 4 hingga 7 berjalan seperti biasa.

5. Solat 2 rakaat setelah selesai Tawaf dan sebaiknya di belakang maqam Nabi Ibrahim.

6. Diteruskan dengan melakukan Sa`i ulang alik dari Shofa ke Marwah. 7x

7. Melakukan Tahallul iaitu mencukur seluruh rambut ataupun sebahagian dan tertib atau mengikut aturan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: