Perlantikan Khalifah

Perlantikan Khalifah

PELANTIKAN KHALIFAH

Tatkala Nabi SAW wafat, baginda tidak melantik sesiapa pun secara nas sebagai khalifah.

Ini memaksa para sahabat berdiskusi dan berijtihad siapa paling layak dilantik khalifah. Yang jelas dalam nas, mesti di kalangan Quraisy. Muhajirin kah, Ansar kah, atau qabilah manakah?Tiada perincian.

Abu Bakar r.a. cuba berbai’ah kepada Umar r.a, tetapi Umar menolak.

Datang Abu Ubaidah r.a, memberi pandangan bahawa Abu Bakar lebih layak, kerana beliau lah bersama Nabi SAW dalam gua Thur ketika hijrah, dan menjadi pengganti imam solat ketika baginda sakit.

Umar r.a. juga menyokong pandangan melantik Abu Bakar atas dasar beliau pernah dilantik mengimami solat mengganti Nabi SAW.

Beberapa sahabat mula konfiden dengan Abu Bakar lalu berbai’ah kepada beliau sebagai khalifah, sehingga kemudian seluruh mereka berbai’ah.

Demikian proses pelantikan Khalifah kepada Nabi SAW. Sahabat terpaksa berijtihad, mencari isyarat-isyarat dalam nas untuk mentarjihkan siapa paling layak.

Dalam peristiwa paling genting dan kritikal ini pun, Nabi SAW tidak muncul secara mimpi atau yaqazah, membantu sahabat memilih khalifah baginda.

Tiba-tiba, ada tarekat sufi sewenang-wenangnya mendakwa bahawa khalifah dalam tarekat mereka DILANTIK OLEH NABI SAW!!!

Kalaulah Nabi SAW mahu muncul dalam mimpi atau yaqazah untuk melantik khalifah, sudah pasti baginda akan muncul ketika melantik Abu Bakar sebagai khalifah.

Tidak lain dan tidak bukan, ini adalah satu pembohongan ke atas Nabi SAW dengan tujuan menjaja nama baginda dalam perkara batil.

Leave a Reply

%d bloggers like this: