Perpustakaan Malaysia Tak Cantik ?

Perpustakaan Malaysia Tak Cantik

Perpustakaan Malaysia Tak Cantik ? We have beautiful libraries too. Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam, Perpustakaan Komuniti Bukit Damansara, Perpustakaan KL (Dataran Merdeka), Perpustakaan Komuniti TTDI… semuanya ok dan cantik tetapi masih kekurangan pengunjung.

Tahun 2002, masa tu aku kerja dgn British Council,

aku pernah ke Singapura untuk sesi lawatan ke perpustakaan di sana. Tahun 2002 itu, sebuah library di tengah shopping mall pusat bandar Singapura yang didekorasi serba modern membuatkan aku betul2 terkesima.

Jauh berbeza dgn library KL yang tidak begitu accessible kepada umum, yang pintu masuk pun kita tidak tahu sebelah mana. Kalau pertama kali masuk terpinga-pinga juga nak ke blok mana untuk mencari buku yang kita mahu. Ini bukanlah komen nak menjatuhkan, tapi sekadar pandanganku bila membuat perbandingan.

Berbeza dengan library di Singapura itu. Tidak besar tetapi convenient dan lokasinya strategik. Dari luar begitu menggamit pengunjung. Serupa sebuah cafe buku. Cool as a hangout place yang berwadahkan ilmu. Walaupun itu bukan perpustakaan utamanya, ia cukup menarik orang ramai dan kanak2 membaca. Masa itu aku berangan2lah di Sg Wang atau Sogo atau KLCC punyai perpustakaan sebegitu.

Walaupun sekarang perpustakaan sudah ada di lokasi2 berhampiran komuniti dan kawasan perumahan, ia perlu berupaya menggamit pengunjung. Pada aku, perlu banyak lagi lokasi perpustakaan di ‘hang out area’ dan di shopping mall. Jadikan macam bookxcess atau kinokuniya.

Bila pengunjung penat jalan2 di mall, mereka boleh bawa anak2 berehat di situ. Lepas solat, sambil tunggu kawan2 atau keluarga, lepak kejap di perpustakaan untuk baca buku. Jadikan ia budaya. Jadikan kesempatan membaca itu menarik lebih ramai orang mencintai buku (dan ilmu).

Pelbagai aktiviti juga boleh dilakukan di perpustakaan komuniti. Bengkel kraf, seni lukis, sains, dan macam2 lagi boleh menarik minat orang ramai menggunakan kemudahan yang telah sedia ada. Mungkin ada library yang buat.. ya, ada bukan tak ada.. tapi cukupkah sekadarnya?

Bila melihat perpustakaan baru Jakarta.. ya nampak hebat. Kita pun mahu yang cantik sebegitu. Tapi, ada isu yang lebih penting, bagaimana kita perlu mengimarahkannya dan memastikan ia sentiasa hidup dengan pengisian yang bermanfaat untuk rakyat.

Dan kita.. sebagai rakyat.. kenalah mainkan peranan juga. Kalau kerajaan dah sediakan tapi kita tak manfaatkan, apalah gunanya.

Perpustakaan Malaysia Tak Cantik

The Cool Point Hotel, Cameron Highlands

Saya nak kongsi sedikit info tentang hotel pilihan kami jika ke CH.
Terletak di Tanah Rata, berhampiran perhentian bas dan teksi. Dekat sangat dengan deretan kedai yang menjadi tumpuan ramai.

Ada dua jenis penginapan, bilik hotel biasa di bangunan dua tingkat yang berwarna putih. Juga Hillside Cottage di atas bukit di belakang bangunan utama.
Ruang parkir pun dekat sahaja jadi tak susah nak angkat barang ke bilik.

Kedudukannya juga agak berdekatan dengan tumpuan pengunjung seperti Taman Pertabalan, Perpustakaan Awam, Mardi dan Kampung Taman Sedia.
Mudah untuk menjamu selera, paling hampir ialah Restoran TAC. Ada nasi lemak sambal strawberi, steamboat dan grill.

Nak rasa scones, aiskrim dan pelbagai produk strawberi boleh ke Kg Taman Sedia. Hanya 1 km dari Tanah Rata. Saya jalan kaki je dari hotel. Boleh petik sendiri buah strawberi.
Yang berminat boleh Google ya.

SLOT MALAYSIA CERIA

Desa Balqis Beach Resort terletak di Kuala Linggi, Melaka – merupakan salah satu resort yang sangat unik kerana resort ini dibina dengan rekaan sebuah kampung yang kecil disebabkan itulah ramai yang tidak tahu keberadaan resort ini. Terdapat 20 chalet yang ada di sini dan terdapat beberapa saiz dan bentuk mengikut kesesuaian para pengunjung.

Apa yang menarik adalah semua chalet ini merupakan rumah kayu dan design yang digunakan adalah rumah kampung. Selain itu, juga terdapat kemudahan moden seperti kolam berenang dan ada juga resort café yang menyediakan makanan seafood seperti tomyam, nasi goreng, dan masakan melayu lain.

Sudahkah anda mempunyai perpustakaan mini di rumah?

Dan tahukah anda, untuk membina perpustakaan mini di rumah tidak memerlukan ruang yang besar dan kos yang tinggi. Apa yang penting adalah lokasi, cara susunan buku dan aksesori tambahan yang digunakan bagi menarik minat untuk membaca di ruang tersebut.

Apa yang ditunggu lagi? Memandangkan sekarang adalah tempoh PKPB, jom kita hias perpustakaan mini di rumah. Kongsikan gambar perpustakaan mini anda dengan tanda pagar #perpustakaanmini_pnm dan jangan lupa ‘tag’ kami.

Anda juga boleh mendapat idea serta panduan untuk membina perpustakaan keluarga boleh di pautan berikut

*Gambar merupakan penyertaan Puan @Amy Asmida yang telah memenangi tempat pertama bagi Pertandingan Dekorasi Perpustakaan Keluarga Ceria anjuran Perpustakaan Negara Malaysia yang telah diadakan sepanjang tempoh PKP yang lalu.

Hai. Saya dari NGO PINK SQUAD

Kami NGO yang aktif dalam menjalankan projek-projek makeover Pusat Sumber sekolah orang asli yang jauh di pendalaman.
Kenapa sekolah orang asli begini ? Sebab sekolah orang yang jauh, perlu offroad 1-3 jam untuk sampai ke sekolah ni, sumber mereka terhad. PIBG pun tak berduit, maklumlah orang asli berapa sangat mereka nak bayar ke PIBG. Dan cikgu-cikgu pun menghadapi kekangan nak bawa masuk perabot, dan lain-lain juga bila nak aksess ke sekolah naik motor sahaja.

Kalau ada 4×4 pun limited. So saya dan team 4×4 akan kolaborasi membawa perabot dan peralatan masuk untuk melaksanakan projek naik taraf PSS sekolah-sekolah terpilih.
Tahun-tahun lepas sudah beberapa sekolah orang asli/ luar bandar yang kami bantu. Tahun ini kami masih mencari sekolah orang asli yang layak dan sesuai.

Kriterianya Pusat Sumber Sekolah yang daif, tidak kondusif, dan perlukan keceriaan. Keutamaan kami ialah sekolah orang asli, tetapi andai ada sekolah luar bandar yang sangat kritikal keadaan PSSnya dan ingin mohon bantuan, boleh pm saya gambar PSS sekolah cikgu-cikgu.

Normally keadaan sekolah yang kami dah pilih, ada sekolah cuma ada dua meja je utk murid ke pss, ada sekolah meja kantin dipotong kaki dijadikan meja PSS, takde sumber nak beli meja, kerusi. Rak pun berkarat dan tidak selamat untuk murid. Kalau PSS cikgu-cikgu sudah cantik, cukup lengkap, berilah peluang kepada cikgu PSS di pendalaman merebut peluang ini.
Kalau sekolah anda yang kami cari boleh pm saya ye.
Tq admin.

Leave a Reply