Pesanan Buat Wanita Hebat Untuk Hadapi Fitnah Akhir Zaman

Pesanan Buat Wanita Hebat Untuk Hadapi Fitnah Akhir Zaman

Pesanan buat wanita hebat , banyak benda kena hadap untuk tahun mencabar, akhir zaman, fitnah dajjal. Jadi anda kena kuat dan semangat

7 Pesanan Buat Wanita Hebat

1. Di dalam diri kita ada satu organ yang paling mahal nilainya, iaitu peranakan. Di dalam bahasa arab peranakan disebut ‘rahim’, bermaksud kasih sayang. Membawa makna wanita adalah ciptaan yang sarat dengan rasa sayang.

2. Tiada wanita yang sukakan pergantungan. Jika dalam situasi digantung, maka selesaikan konflik itu segera.

3. Ibu tunggal yang menyara keluarga seorang diri, ada banyak nilai tabah yang boleh diambil. Belajar sesuatu dari mereka, ada perkara yang ada pada mereka dan tiada pada wanita lain.

4. Isteri yang menanggung kebanyakan nafkah di dalam keluarga, mereka berbeza dari yang lain. Ada komitmen yang dia kadang terlepas pandang. Jangan menghukum. Sebaliknya fahami lah.

5. Pada wanita yang sudah berusia, baik mak atau nenek, rasa keberadaan, tanya khabar, jenguk sekali sekala sudah memadai. Mereka cuma bimbang dengan rasa kehilangan. Yakinkan mereka yang anak mereka tetap wujud dan ada.

6. Wanita adalah insan yang tinggi dengan harapan. Harapan itu adalah kelaziman. Harapan yang ada Tuhan tempat tawakkal itulah jalan sandaran yang terbaik .

7. Tidak ada wanita yang cantik melainkan padanya ada sifat lemah lembut. Disulam peribadi takwa itu pelengkap terjaganya maruah seorang wanita solehah.

Semoga bulan maulid ini membawa ribuan rahmat, berkat, kemaafan kepada kita semua dan seluruh ahli keluarga yang tersayang. Mudah mudahan amalan kita semua diterima

pesanan buat wanita hebat

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalinAllah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Terdidik wanita, terdidik generasi

Belajar dari kisah-kisah wanita Hebat di zaman Habibuna Rasulullah Solallahu’alaihiwassalam.InsyaAllah. Wanita, muslimah atau perempuan merupakan calon madrasah kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.

Hakikatnya, mendidik madrasah (wanita) adalah untuk melahirkan madrasah-madrasah(anak-anak). Jika baik madrasah yang dididik itu, maka baiklah madrasah-madrasah yang akan dihasilkan kelak.

Betapa di dalam Islam, turut ditekankan tentang kepentingan mendidik wanita dalam usaha melahirkan generasi anak-anak yang baik akhlak dan adabnya serta untuk menjadi penerus kepada perjuangan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Walaupun dewasa ini telah wujud banyak madrasah-madrasah, sekolah-sekolah mahupun pesantren-pesantren dalam usaha untuk mendidik anak-anak, pada hakikatnya belum dapat menandingi madrasah-madrasah yang ditadbir oleh kedua ibu bapa.

Kuasa ibu dan bapa sangat besar impaknya dalam melahirkan generasi-generasi penerus perjuangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang kuat rohani dan jasmaninya apatah lagi cerdas fikirannya.

Sayyidatuna Aisyah RA ketika menghuraikan hadis Nabi صلى الله عليه وسلم menyatakan bahawa tiada fitnah yang paling besar melainkan fitnah wanita kepada lelaki.

Maka, pada zaman modenisasi yang mana umat manusia disogok dengan pelbagai kemudahan, dilalaikan dengan bermacam-macam-macam hiburan dan budaya-budaya yang entah dari mana datangnya musuh-musuh Islam dengan bijaknya menggunakan wanita sebagai umpan untuk merosakkan umat manusia yang muslim terutamanya.

Sedarkah kita? Wanita dipaparkan di media-media, di FB-FB dan sebagainya. Oleh itu, betapa pentingnya mendidik madrasah yakni wanita yang bakal melahirkan madrasah (anak-anak) kelak.

Terdidiknya wanita akan menyebabkan terdidiknya lelaki. Namun, apabila rosaknya wanita maka rosaklah lelaki kerana isyaratnya adalah untuk baiknya moral seseorang lelaki itu apabila baiknya seseorang wanita itu. pesanan buat wanita hebat

pesanan buat wanita hebat

6 Pesanan Untuk Wanita

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 10 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan membaca surah-surah lazim dan muhasabah ‘Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini.”

3. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid/surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Leave a Reply

%d bloggers like this: