Petua Hidup Tenang

Petua Hidup Tenang

Petua hidup tenang ? Memang semua orang nak hidup best, takde stress, takde tekanan dan memang kekal senyum. Oklah jom baca sikit tips terbaik hidup tenang.

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

kredit: Aura EHPS

Definisi cukup adalah berlainan buat setiap sorang.

  • Ada orang gaji dia rm2000, dia dah rasa cukup.
  • Ada orang gaji dia rm20,000.. dia masih rasa tak cukup.
  • Ada orang duduk dengan mak ayah dia, dia rasa sempurna hidup.
  • Ada orang nak keluar and nak menimba pengalaman hidup sendiri.
  • Ada orang beli kereta and rumah dia dah rasa lengkap.
  • Ada orang bila dah travel the world baru dia rasa dah achieve kesemuanya.
  • Ada orang azam dia nak bawak mak ayah dia pergi Haji, thats the top lah kiranya.
  • Ada orang nak savings sejuta baru dia boleh tenang.

Lain orang lain definisi, lain orang lain kepuasan. Lain orang lain keperluan.

And tak ada siapa yang betul tak ada siapa yang salah pn.

Ada je orang duit berjuta duduk rumah teres.

Ada je orang banyak hutang tapi masih sakan berbelanja.

Memang tak ada siapa betul tak ada siapa salah, kita paling kenal diri kita.

Cuma one thing kita kena tahu.. hidup ni tak lama, rugi kalau fikir diri sendiri.

And lagi satu, kalau hidup tak mampu nak senangkan orang.. at least janganlah menyusahkan orang.

Jadi berpadalah and jangan lupa apa pn kita lakukan and pilih, ada pertimbangannya di Akhirat sana ???? petua hidup tenang

Kita surirumah memang kena hadap benda ni sampai mati

Masa ank kecik penat mental fizikal kena jaga anak2 yg masih kecik. Mana sorang nak susu, sorang nk tdo sorang berak, sorang lagi pulak tengah buat sepah. Tak cukup tdo siang malam.
Masa ni fasa paling breakdown burn out, kadang penat hanya Tuhan yg tahu. Mampu nangis sorang2 dlm bilik.

Sekarang bila anak2 besar penat jadi driver pulak. Banyak masa habis atas jalanraya gi ambik hantar anak sekolah. Pagi petang Jumaat sabtu kafa kelas ngaji.

Penat jadi tukang masak kena bangun seawal 5pagi masakkan sarapan dan bekal ank2 g sekolah,
sedia makan tengahri dan malam.

Tapi sekarang aku dah pandai handle emosi, bila penat stop. Malas masak aku beli dekat luar.

Mesti ada “me time”, lepas hantar ank sekolah aku lepak dekat kedai makan roti canai roti bakar sorang2. Balik sekolah belikan air kopi tepi jalan atau coolblog untuk diri sendiri.

Kdang2 dapat gaji beli reward utk diri sendri even sehelai tdung atau baju. Sebb dlu masa ank2 kecik baju dan tdung kadag2 1tahun atau 2tahun sekali jer baru bertukar..

Kita ibu semakin tua patut semakin pandai kawal emosi, sabar dan tetap tenang. Jangan biarkan perasaan menguasai diri. Buat sekadar yg kita mampu sahaja. Jangan terlalu memaksa diri.

Semoga ibu2 yg sedang struggle berjuang dengan kehidupan dipermudah segala urusan.
Segala penat lelah kita berbayar Allah bagi ganjaran syurga. petua hidup tenang

Nota “Nabi Muhammad SAW Sa’eedan (Bahagia)”

1. Rasulullah SAW adalah insan yang paling bahagia.

2. Org yang bahagia memiliki hati yang penuh kerehatan, ketenangan, fikiran yang lapang dan sejahtera.

3. Sebab-sebab kebahagiaan yang hadir itu terkumpul kepada 4 perkara :-

? Keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT – apa juga perkara hadapi dengan iman (sentiasa ada Allah SWT bersama dalam setiap perkara). Setiap kebahagiaan itu tidak akan dapat dilihat dengan mata zahir.
.
? Ubudiyyah – Pengabdian kepada Allah SWT. Pengabdian diri (sentiasa patuh dan taat pada apa juga perintah dan larangan) kepada Allah SWT. Tidak merungut dan sentiasa menerima sekalipun merasa perit atau sulit kerana percaya itu adalah yang terbaik dari Allah SWT.

? Penyerahan diri kepada Allah dalam semua perkara (penyerahan diri secara total) – ketidakmampuan pada diri hanya diserahkan segalanya hanya kerana Allah SWT.

? Keyakinan, kepercayaan dan ikut semua syariat yang Allah SWT tetapkan.

4. Kebahagiaan itu hanya dapat dirasai dan dilihat dengan mata hati.

5. Mencari ketenangan (kebahagiaan) itu adalah satu ibadah.

6. Sentiasa meletakkan “Hasbunallah waniqmal wakeel, niqmal mawla waniqmannasseer” – Cukuplah Allah SWT bagiku. Hanya Allah sebaik-baik Pelindung bagiku (dunia & akhirat).

7. QS. An-Nahl Ayat 97
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّنْ ذَكَرٍ اَوْ اُنْثٰى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهٗ حَيٰوةً طَيِّبَةًۚ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ اَجْرَهُمْ بِاَحْسَنِ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

Minta Pertolongan Allah

8. Sentiasa beriman kepada Allah SWT, beriman kepada Rasul, beriman kepada tiap perkara yang ditetapkan samada baik ataupun buruk.

9. Mintalah pertolongan dengan Allah SWT dan jangan sekali-kali merasa lemah.

QS. Al-Fatihah Ayat 5
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ

(5). Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

10. Jangan sekali-kali bergantung kepada makhluk. petua hidup tenang

11. Jangan menyalahkan diri (merungut) dalam apa juga keadaan yang kita lalui, tetapi menjadikan pengakuan tentang lemahnya diri saat dihadapan Allah SWT adalah perlu untuk menundukkan diri dan meletakkan diri sebagai hamba.

12. Redha dengan pembahagian yang Allah SWT berikan kepada diri, nescaya akan beroleh kelapangan dan sentiasa merasa cukup dalam apa jua yang dilalui.

13. Rahsia kebahagiaan Rasulullah SAW itu juga terletak kepada kesabarannya. Ia akan memudahkan apa juga kerumitan dan kesulitan.

14. Tidak ada pemberian terbaik kepada seorang hamba melainkan kesabaran, kerana melaluinya akan dimudahkan semua urusan hidupnya, diberi kelapangan dalam apa jua kesulitan yang ditempuhi. Sesungguhnya tiap kesabaran yang Allah SWT kurniakan sentiasa ada Allah bersamanya.

QS. An-Nahl Ayat 127
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ اِلَّا بِاللّٰهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِيْ ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُوْنَ

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: