Petua Kempis Perut

METABOLIK SINDROM

PETUA KEMPIS PERUT UNTUK BERSALIN CEASER. ( Yang bukan lepas bersalin tp perut buncit pon boleh try tau ? ). 2 minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam..

Bahan2 :
– Halia 3cm (lebih kurang besar ibu jari)
– Halba 3 sudu besar
– Lada hitam 1 sudu kecik (lebih kurang 15biji)
– Bawang putih 3 ulas

Cara buat :
Tumbuk halba sampai hancur, masukkan lada hitam pulak. Lepas tu halia, last sekali bawang putih. Tumbuk sampai hancur.

Dah lumat, gentel bulat2. Lepas tu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !

** Simpan dalam bekas kedap udara
** 1 adunan ni tahan seminggu

Tak rasa apa pun bila makan, telan je.
Pastu tunggu lah, asyik kentut n sendawa. hahaha.

Cara makan :

Makan 2biji – 4biji setiap hari ikut ketahanan badan.
Sesuai sangat untuk bersalin cser sbb angin byk dalam badan.

✔Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan
❌Ibu mengandung TAK BOLEH.

Fungsinya untuk kempis perut, buang angin. Pecahkan lemak degil.

Ibu bersalin normal boleh, tapi kebiasaanya yg czer perut buncit lebih sikit kan.
Lelaki dan perempuan yg banyak angin dlm badan.

Jangan lupa SHARE !

Follow IG : furmon_penang
Puteri Nur Fatihah Lam

PETUA BUANG ANGIN

Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

  • Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
  • Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
  • Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
  • Selalu menguap/mudah mengantuk.
  • Sukar bernafas/nafas pendek.
  • Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
  • Kulit kering.
  • ‘Muscle spasms’ waktu tidur/jaga.
  • Perut berangin.
  • Sakit kepala/migraine.
  • Perasaan mudah marah.
  • Hilang selera makan.
  • Hilang/kurang nafsu seks
  • Dan rasa ketidakselesaan badan.

Cara dan Bahan² :

1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.

2. 3cm halia muda diparut

3. 4 Ulas bawang putih

4. 15biji lada hitam.Semua bahan2 diatas.Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil spt maajun. Boleh disimpan dlm peti sejuk letak satu bekas.

Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Jika diamalkan perut akan kempis.

* Tips cara makan ini :
Minum dgn air suam.

*badan akan ringan,angin akan keluar dan mengempiskan perut.

*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.

Selamat Mencuba

PETUA HILANGKAN SAKIT KAKI

Petua Hilangkan Sakit Kaki Bila Bangun Tidur

Dah 3 hari saya amalkan makan 3 biji bawang putih bakar ni setiap pagi sebelum sarapan. Masalah sakit kaki bila bangun tido yang saya hidapi dah ok sekarang. Kalau tak sebelum ni nak pijak lantai bila bangun tido memang sakit. Kena jalan slow2 dulu baru ok..

Tapi sekarang bangun je.. terus boleh jalan laju. Petua ni ada sorang kakak bagitau saya.. Dah dekat 1 tahun dia amalkan. Badannya pun saya tengok cantik, perut pun kempis je..

Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tau.. bawang putih ni dapat mencegah sel-sel kanser.Kalau nak tau boleh google apa lagi khasiatnya.

Cara-Caranya:
Ambil 3 ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam 3 minit dengan api yang kecil. Lepas tu makan terus isinya saja. Makan lah hari-hari untuk kesihatan kita.

Kredit: Siti Raudzah via MAHN. petua kempis perut

8 PETUA TRADISIONAL UNTUK KURUS DAN LANGSING.

Petua tradisional untuk kurus dan langsing menjadi amalan nenek moyang kita untuk kekal ramping. Hanya berasaskan sumber semulajadi, kita dapat kurus dan langsing secara sihat dan tanpa bahan kimia. Masyarakat hari ini masih lagi mengamalkan petua tradisional untuk kurus dan ramping, namun peratusnya sangat sedikit. Alasan generasi muda untuk tidak mengikut petua tradisional ini adalah kerana menyangka semua petua ini sukar dan rumit untuk diamalkan. Dibawah ini ada beberapa cara untuk mengamalkan petua tradisional ini.

1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.

Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Air asam jawa baik dijadikan minuman harian.

Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan

Selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. Badan Langsing Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

8. Kempiskan Perut Anda

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Selamat mencuba. petua kempis perut

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply