Petua Kempiskan Perut

Petua Kempiskan Perut

*PETUA KEMPISKAN PERUT DENGAN BAHAN DI DAPUR.*

Air detoks ni paling best dan sedap sangat tau. Setiap pagi memang Kekna akan minum air detok ni. Sebab bila lepas minum ni memang mudah nak membuang.

Sebenarnya setiap pagi wajib kita membuang selepas 8 jam kita makan. Jika tak membuang tu yang akan jadi toksin dan perut kita automatik akan membuncit.

Cara dia mudah sangat nak buat.

Bahan bahan:

Sebiji Lemon
Sekeping asam keping
Sebiji asam masin
Seinci halia

Cara cara nak buat:

1. Korang rebuskan air dalam 1 liter macam tu la ye.
2. Bahan bahan tadi basuh dan potong la ikut suka macam pun korang kan.
3. Rebus semua bahan bahan tu dalam air yang mendidih tadi.
4. Sejukkan macam tu baru korang minum k.

Mudahkan nak kempiskan perut dengan cara ni. In shaa ALLAH jika korang konsisten akan nampak result.

Yang nak SHARE Kekna izinkan semoga ia sama sama memberi manfaat untuk geng geng mak ni nak cantik cara selamat.

Selamat mencuba.

PETUA PERUT BUNCIT

Mulai sekarang, anda tidak perlu lagi bimbang tentang untuk mengecilkan perut kerana petua tradisional yang dikongsikan ini akan dapat membantu jadikan perut kempis dan sihat.
.
Perkongsian ini juga telah mendapat perhatian netizen dan mereka menganggap inilah cara kempiskan perut buncit dengan cepat dan berkesan
.
Resepi air serai dari ini sangat bagus untuk kecilkan perut, hilangkan angin satu badan dengan cepat dan ianya adalah air Detox yang paling simple dan mudah utk dibuat

Air serai ini bukannya untuk perut sahaja malahan ini adalah petua atau resepi awet muda yang sangat mujarab dan sangat mudah untuk orang yang terlebih rajin. Saya telah mencubanya, sangat best dan lelaki atau perempuan diwajibkan mencuba petua minuman ini

*Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengah hari dan malam.

Sebenarnya air rebusan serai juga boleh diminum bersama campuran bahan-bahan lain seperti madu, lemon, bunga cengkih, halia, kunyit dan banyak lagi. Serai juga berkhasiat serta terbukti mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri.
# Tip mlm ini

kredit = nazirah nazirah

PETUA ASAM GELUGOR

Ni Cik No nak share satu lagi petua kalau nak kurus langsing dan kempiskan perut dengan mudah!

Ini petua orang lama. Petua yang ni cuma beberapa sen jer kosnya. Ambik kat dapur jer. 😁

Tapi kena rajin, tak boleh la sekali buat terus kurus. Kena istiqamah. Apa-apa pun semua dengan izinNya.

Jom kita tengok 👇

PETUA 1

– Masukkan 2 ke 3 keping asam keping (gelugur) ke dalam segelas air panas
– Biarkan sekejap hingga asam keping kembang
– Minum ketika suam, setiap pagi dan malam.

Jika di amalkan selalu Insha Allah perut buncit akan mula mengempis 😁

PETUA 2

– Bilas 3 keping asam keping (gelugur) dengan air bersih
– Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware)
– Masukkan air panas dalam sukatan 2 -3 cawan

** TIDAK PERLU TAMBAH GULA.

Minum seperti minuman biasa setelah suam.
Perlu sentiasa minum, dah habis, tambahkan air lagi dan gantikan dengan asam keping baru @ boleh Cuba benda yang sis makan ni..cepat n lagi mudah terbukti memang berkesan

FUNGSI ASAM GELUGOR :

1 – Sekat Selera
2 – Cairkan lemak.

RESEPI AIR REBUSAN EPAL HIJAU DAN SERAI UNTUK KEMPISKAN PERUT.

Kali ni Cik Lat nak share tips kempiskan perut yang sangat berkesan. Tips ni Cik Lat dapat dari pembantu rumah Cik Lat. Orang Indonesia. Sebulan dia hilang 5Kg dengan minum air ni aje. banyak tu! So sila buat kalau nak slim raya ni

Bahan-bahannya :

3 biji epal hijau.
5 batang serai diketuk.
1.5liter air.

Cara-caranya :

~Epal tu dipotong 6 macam biasa kita makan tu.
~Serai 5 batang diketuk.
~Tuang air 1.5liter.
~Masak sehingga epal lembik..

Siap..Minum ketika suam-suam ok..

Pagi sekali malam sekali. Masa perut kosong.

Khasiatnya :

🍏Keluarkan angin dalam badan.
🍏Kempiskan perut.
🍏Menurunkan berat badan.
🍏Cepat kenyang
🍏Awet muda
🍏Kulit cerah
🍏Mengurangkan kolestrol
🍏Menhilangkan sakit badan/sakit urat
🍏Sesuai untuk orang sakit lutut
🍏Menghilangkan sakit tumit.
🍏Meringankan tubuh badan

Kredit : Cik Lat Kitche

Leave a Reply

%d bloggers like this: