PHD Pening Kepala ?

phd pening kepala

Doctor of Philosophy -PhD

Phd pening kepala ? Apa kebenda ni ? Anda buat phd dekat engineering faculty, so maknanya anda akan jadi philosopher engineer ? hooo. Dah ada phd, bolehlah kengkawan panggil anda Dr. , tapi orang ingat anda macam dr. kat klinik or kat hospital. Hmmm, saya sebenarnya nak kongsi sahaja apa yang saya faham pasal phd ni.

Ok, mari mulakan cerita. Saya ada berjumpa dengan supervisor (sv) saya dulu kat UTM. Dia kata kalau nak buat phd, anda kena fokus pada satu benda sahaja, kalau anda buat byk benda, anda akan tak fokus. Pastu anda akan dipersoalkan, kenapa benda1 dan benda2 lain ? So kalau anda concentrate pada satu benda (subjek) sahaja, tentu senang anda fokus. Faham ?

Ok cth, ada satu student buat phd pasal robot. ok pastu dia buat dua robot dalam phdnya. Ok, kita pasti agak dia memang power, sebab dia boleh buat dua robot. Orang biasa boleh buat satu robot sahaja. Tapi apa masalahnya kalau dia buat 2 robot yang berbeza? Cuba bayangkan, kalau anda disoal tentang robot 1, pastu anda tidak boleh menjawabnya dengan baik, bagaimana pula dengan robot 2. Anda pula akan ditanya lagi, kenapa anda perlu buat 2 robot yang berbeza, apa kaitan antara 2 robot, dan sebagainya. Jadi, kalau student itu tak dapat pertahankan robot 1, mungkin memang susah lagi nak pertahankan robot 2. Kalau buat 1 robot sahaja, tentu ada boleh fokus lebih dalam.

Memang pelik, kenapa buat phd,

kita buat benda yang skt sahaja, fokus pada satu aspek sahaja ? Saya berbincang dengan kawan saya Dr Nazmi kat lab saya, benda yang paling dalam phd study ialah philosophy, iaitu philosophy. So apa tu philosophy. Macam ahli pemikir lak, philosophy tu ni, tu ni.

Aku amek dari Dictionary.com, definasi philosophy
“the critical study of the basic principles and concepts of a particular branch of knowledge, esp. with a view to improving or reconstituting them: the philosophy of science. “

Hahaha, benda basic sahaja, konsep sahaja, tapi faham konsep je dah boleh buat phd ?

Hmmm, saya pun memang susah nak terangkan. Ok takpa, mari kita cerita lagi pasal ni. Anda perlu fokus pada yang kecil sahaja dalam phd. Pernah saya dengar ustaz saya masa sekolah menengah cerita pasal seorang student phd buat kajian pasal huruf “wau”(tulisan arab) sahaja. Memang gilelah, huruf wau je, dah boleh dapat phd ? Memang pk bilik memang senang je, tapi kalau kaji kembali, byk pendebatan yang ada pasal huruf ni. Tentu anda pernah dengar pasal kes orang kahwin sampai sepuluh orang, sebab alasannya kerana huruf “wau”. (ni saya dengar dari ustad saya)

Ok apa lagi yang boleh jadi phd ? Mama saya, dapat phd kerana dia cuma fokus pada unsur Alam. Dengan kata kunci “Alam”, Mama berjaya menganalisis penggunaannya dalam karya sastera .

Berdasarkan pengalaman saya di atas, anda nampak apa itu phd ? Saya maybe nampak anda perlu fokus, dan mengetahui betul betul mendalam tentang satu perkara. Untuk itu, anda perlu mencari satu kata kunci untuk study anda. Dari satu, anda dapat menganalisis sesuatu masalah dan menyelesaikannnya. Mungkin anda akan improve apa yang dah ada, takpun ada datang dengan cara baru, or kaedah terbaru, berdasarkan kata kunci kajian anda dalam phd.

hahaha, memang tergelak sendiri, sebab saya main tulis sahaja. Sila-silalah komen, kalau anda rasa ada yang tak betul

Sukarnya Buat PHD ?

Pening kepala, asyik membaca , baca, baca, dan terus tak paham tak paham dan tak paham. Siapa leh kasi paham ? sendiri mahu ingatlah, dahlah tak capai standard, pastu tak mahu tolong, memang gua bengang tul sebenarnya, pening pening.

Tapi malam ni oranje akan meneruskan perjuangan, kawan aku tu memang sokong oren. Okleh tu, tgk dah goal satu (time aku tulis ni, arjen roben dah sumbat satu)

pastu cerita kucing kat belakang rumah dah kurang skt, pastu aku kena terus baca baca dan membaca. Teruskan usaha, depa tak nak tolong, takpa. Janji gua terus rock n roll, tak macam depa, tak reti rock langsung . Hahhaha

phd pening kepala

Presentation Slide PHD

Dulu kalau cite bab ni, memang aku malas nak buat, tapi sejak bergelar student master, byk benda jgk aku experiment untuk buat ppt ni.

Macam macamlah, taknak perkataan byk, kena tulis dengan jelas, kemas, pastu nak animation skt dan sebagainya. Tapi biasalah, kalau letak perkataan je, nanti terbacalah pulak. Dulu memang kuat membaca, tapi yang sebenarnya kita kena ckp guna ayat sendiri, barulah masyuknye.

Tapi semalam, gua baru je membuat ppt pertama untuk kehidupan phd gua ni, hopefully kerjesama projek ni berjalan lancar, paper 1 !!!!!

Pening kEpala

salam sejahtera, dua tiga harini , saya pening kepala, tak tahulah, mungkin tanda tanda demam, takpun terlampau penat yang amat. Hari khamis, kami bertolak ke UTM skudai, sebab nak pulangkan jubah. Dan juga sempat sempat saya berbincang dengan Dr Zuwairie pasal phd saya. Mula mulanya hanya perbualan meminum kat starbucks.

Oklah hari jumaat terus balik shah alam, ingatkan nak join meeting petang, rupanya meeting JKB tu pagi. jadi terus menjadi malas, baikle berehat. Masa lepas jumaat tu pulak, astro b-yond datang. OKleh, sabtu lak, orang TM datang pasang UniFi kat umah baru aku ni. Hoooo, sebab tula boleh update blog ni. OKle, laju pun laju. Yang penting sekarang ni pun senang nak buat kroje, dan senang juge nak berfacebook nye, Pastu kroje pun tak buatle. Tapi takpa, gua pun nak lajukan, supaya cepat leh tulis journal sebelum candidature defence. Okle, gua nak belah dulu ni, ok byee byee!!!!! phd pening kepala

Interview SLAB Universiti Malaya

Pagi, ada interview, semua pakai smart macam nak pergi persidangan keropok antaraaaaaabngsa. Tgh hari, lepas interview, makan kfc tak ingat kerana dah lepas, ok, masa untuk menyelam sambil main motosikal berkuasa tinggi

Malam , mengalihkan almari lama, buang sudah ke laut, mahu cari baru. Pagi, tgk bola liga juara juara. Sekian sahaja. phd pening kepala

Pengesan Perubahan Struktur Isyarat

Burung terbang mcm ni, boleh kurangkan penggunaan tenaga(depa tahu dari mana nak terbang mcm ni

Saya dah lama tak update ni, biasalah buat buat sibuk, lagipun awak semua kena faham, saya dah 2 semester daftar phd kat UM ni, sebagai tutor, kita tak leh duk rilek, kita telah dimestikan membuat master/phd kat UM ni. Hahaha.

Ok saya telah mencadangkan model melakukan pembahagian struktur pada suatu isyarat. Isyarat ni berubah-ubah mengikut masa. Jadi melihat dan membaca beberapa jurnal yang berkaitan, akhirnya saya mendapat ilham dari En Olson.

Ok sekarang ni anda perlukan model untuk mewakilkan isyarat yang berubah struktur ni. Saya dah bikin skt. Mula mula saya pakai Jacob, tapi tak ketentuan pulak hasilnya. Akhir sekali saya pakai Particle Swarm Optimization (haha, ada orang kata algorithm ni mcm budak , Jacob lebih matang)

Hahaha, apa yang penting, kalau budak dapat selesaikan masalah, baik suruh budak je, kekadang orang dewasa pun tak boleh nak pk.

Oklah, guna PSO untuk cari titik perubahan, dah dpt skt untuk isyarat yang mudah. Kalau ada mcm mcm struktur, masih belum berjaya lagi. Biasalah tu, mama pun ckp, buat skt skt, lama lama jadi thesis jgk.

Oklah, tahun ni, insyaallah boleh hantar satu jurnal lagi. Harap semuanya ok, bolehlah habiskan phd cepat. phd pening kepala

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply