PLKN Umur 35 Tahun ?

PLKN Umur 35 Tahun ?

PLKN umur 35 tahun ? SAH : PLKN 16-35tahun. Peraturan tu sejak lama dah ada tercatat dlm akta pengambilan iaitu umur antara 16-35 tahun; tapi setakat yg dilaksanakan sebelum ini adalah untuk lepasan SPM saja. Maka bersedialah para perajurit sekalian. Dikhabarkan janda dikecualikan.

Sebab apa orang umur 35 tahun tak boleh pergi PLKN?

1. Dah beranak pinak. Anak dah sekolah. Kalau ibu-ibu, anak nak menyusu badan lagi. Ingat tak penat? Pastu anak pula sekejap-sekejap demam. Kalau pergi PLKN berminggu-minggu, anak bini kat rumah siapa nak urus? Tok siak?

2. Dah ada kerja tetap. Bersepah. Kalau pergi PLKN berminggu-minggu, kerja hakiki atas meja berlambak siapa nak buat? Ayam serama?

3. Dah ada komitmen dengan banyak benda. Kalau pergi PLKN berminggu-minggu, siapa nak tanggung semua komitmen? Karipap sardin?

4. Dah tak fit macam umur 20-an. Kalau pergi PLKN berminggu-minggu, kemudian sakit kritikal, siapa nak tanggung? Takaful?

5. Dah tak perlu aktiviti yang mengarah-ngarah. Kalau pergi PLKN berminggu-minggu, kena arah tiap hari macam askar, pastu tak sabar pastu smack down macam hakhogen pastu masuk jel, siapa nak tanggung? Mantan PM?

6. Dah berkahwin banyak tahun. Kalau pergi PLKN berminggu-minggu, tiba-tiba jumpa crash lama pastu bercinta, rumah tangga hancur berderai, siapa nak tanggung? Benjamin?

Banyak lagi. Bagi saya, PLKN ini bagi ke yang umur 20-an saja lah. Yang umur 30-an ni, boleh saja dididik dengan cara lain yang lebih cool dan rileks.

Wajibkan layan podcast tentang kenegaraan contohnya. Siapa hadir, libatkan diri, dapat point boleh tebus buat beli kopi, donat atau pampers contohnya.Begitulah.

Huhu. Bukan camtu. Konsep PLKN 16-35 tahun tu.

adalah untk org yg baru habis sekolah. Tempoh diberikan lanjut kepada umur 35 tahun untuk kes kes tertentu.

Contohnya, panggilan diumur 18 tahun lepas SPM. Mungkin pelajar tersebut ada kekangan contohnya sakit berpanjangan/ patah atau telah mendapat tawaran belajar keluar negara dan sebagainya.. mungkin tempoh bila pelajar tu dah available selepas enam tahun untk tamat phD contohnya. Dia dah berumur 24 tahun. Jadi, dia masih boleh melaksanakan khidmat negara tersebut.

Mungkin boleh jadi juga, lepas SPM/ diploma/ degree.. dah ada anak kecil, tempoh dilanjutkan untk anak dia besar sikit lah kan. Untk range 20 tahun (14-35)

Takkanlah in time being tetibe kerajaan nak random select nama acik umur 35 tahun kena berlari buat fitness training masa plkn.

PLKN Return – Menghantui Usia 16 ke 35 Tahun!

1. PLKN ni sewaktu diperkenalkan kali pertama dulu, aku setuju je dengan kewujudannya. Pada aku, ia memupuk nilai jatidiri, persahabatan, kekitaan, patriotisma dan banyak lagi la. Cuma aku terkejut, bila tiba tiba ia terhenti. Ramai yang hilang kerja, banyak pusat2 PLKN yang terbiar, bukan sedikit duit yang telah dibelanjakan sewaktu nak menjayakan PLKN tersebut.

2. Sekarang, ia hendak diwujudkan kembali. Pada aku, ok la. Ye la, nak ajar solidariti Palestin di sekolah2 pun, ramai yang komplen. Wicis, aku pun tak berapa setuju sebenarnya dengan Minggu Palestin tu. Aku ada sebab2 aku sendiri la. Cuma, yang aku pelik, awat sasaran pelatih kali ni sampai usia 35 tahun?

3. Pada aku, usia 25 ke 35 tahun ni, zmn orang muda nak stabilkan kehidupan mereka. Tak ada masa depa nak bangun pepagi, berebut nak mandi, bercampur gaul dengan sesetengah bebudak yang mungkin seusia adik atau anak mereka.

Tinggal Anak Bini ?

4. Ko kena datang kem, tinggal anak bini di rumah. Kepala kusut nak fikir komitmen bulanan lagi. Kete belum bayar, sewa rumah, kredit kad da due, eh macam macam lagi lah. Tu belum kira bercampur dengan anak dara orang lain, bini orang, laki orang, macam2 benda boleh berlaku dalam ‘dunia kem’ tersebut.

5. Bukan tak bagus PLKN ni, ianya bagus. Cuma lebih praktikal sekiranya had umur tu dari 16 ke 20 tahun kut. Lebih dari tu, aku rasa macam merepek dah. Otherwise, ko nak jadikan tempat tu sebagai tempat ‘cuci otak’ generasi muda. Maklumkan, pengundi muda sekarang agak kurang mesra PHBN.

6. Hati hati Tok Mat. Takut nanti orang kata ni idea Tok Mat, idea UMNO. Benda baik, alih2 jadi tak baik. Jadi marah orang je nanti. Sekadar menyampaikan bunyi bunyi di bawah. Chow…

Peribadi saya tak sokonglah PLKN ni dia target sampai umur 35 tahun.

Sebagai pembuat dasar, kita sebenarnya mempunyai timeline-timeline tertentu untuk mengukur jangkaan.

Misal, Seseorang yang berumur 35tahun masuk ke PLKN dan mendapat latihan. Apabila negara memerlukan khidmatnya jika menghadapi apa-apa kecemasan 20 tahun kemudian, Ketika itu umur mereka 55 tahun.

Seseorang yang berumur 55 tahun dia sebenarnya dah berkira-kira nak berlari pun dia fikir 2 kali. Nak pergi keluarkan EPF kalau tertinggal cermin mata pun kena patah balik.

Tapi saya yang berumur 36 tahun ni berasa lega jugalah.

Sebab terselamat daripada cadangan bodoh ini. Boleh la saya makan nasi goreng pataya dengan tenang. Sejak boikot ni nasi goreng USA langsung saya tak sentuh.

Kecoh di X pasal PLKN akan melibatkan peserta dalam lingkungan umur 16 tahun hingga 35 tahun.

Ni cerita PLKN 3.0 yang Tok Mat cerita kat Parlimen. Penjelasan:

1. Fasa 1 untuk pelajar Tingkatan 4 sahaja. Yang ni tak ada pergi kem. Dia masukkan dalam silibus je (Kadet Polis, Bomba, Pengakap)

2. Fasa 2 untuk lepasan SPM. Yang ni yang kena pergi kem. Ada 14 kem semuanya (13 kem wataniah + 1 pulapol)

3. “Habis yang umur 30 Tahun ni kena pergi juga ke?”

“Kalau pergi habis kerja aku macam mana?” “Kenapa lah dia buat macam ni?” Gaisss. Range umur 16 tahun – 35 tahun ni memang ada dalam akta. Benda ni tahun 2003 lagi dah ada. PLKN pertama tahun 2004.

Soalan : Sebelum PLKN mansuh tahun 2018 tu ada tak panggilan untuk yang umur 20 lebih 30 lebih?

Yang pergi PLKN umur 20an mungkin ada. Tapi panggilan untuk PLKN biasanya lepas SPM sahaja. Zaman aku dulu ramai lagi yang tak pergi. Padahal masa tu kem ada banyak. Kem pula memang khas untuk PLKN.

Yang baru ni dia nak buat 14 kem sahaja. Walaupun tempoh 45 hari sahaja, berapa ramai peserta dia boleh letak dalam satu kem? Baik dia fokus lepasan SPM je. Lagi satu dia takkan nak buat panggilan untuk umur 20 lebih 30 lebih ni.

Ramai yang dah kerja, dah berkeluarga. Mana boleh tinggal macam tu. Kenapa ramai yang bising? Sebab baru tahu range umur sampai 35 tahun tu haha. Maknanya dari dulu lagi tak ada panggilan untuk umur 20 lebih 30 lebih ni. Tenang gaiss..AbangahAsyraf

Leave a Reply