Pucuk Selasih

Pucuk Selasih

Bila kau dah makin matang (baca, tua), banyak kepentingan berubah. Dulu sekadar tanam pokok hiasan. Pokok sayur di laman nampak kekampungan. Sekarang tekstur daun pokok timun pun nampak cantik untuk susunan landskap.

Ada nikmat yang sukar digambarkan bila ada taman herba sendiri. Bila masak, baru petik dan terus bawa masuk ke dapur. Dapat ramuan segar tanpa perlu ke pasar.

Tapi saya tahu kesukaran berkebun. Walaupun menjimatkan, kebun sayur bukan boleh dibangunkan dalam sehari dua. Tidak yang mistikal seperti yang digambarkan sesetengah orang yang suka menyebut bahawa orang berkebun ‘bertangan sejuk’.

Berkebun malah seperti belajar matematik. Perlukan kaedah dan tertib yang tepat untuk mendapatkan hasil yang tepat juga.

Saya cakna kepada rungutan orang yang merasakan mebina kebun memerlukan modal yang besar. Saya kongsikan pengalaman membina 100% kebun organik tanpa menggunakan baja komersil dan racun serangga kimia supaya lebih akrab untuk mereka tiada modal.

Dalam laman kecil seluas 25 x 10 kaki ini saya sudah menanam kombinasi sayur dan herba yang hampir lengkap untuk kegunaan dapur. Yang paling penting, merancang susun atur landskap supaya tiada pembaziran ruang. Masih ada ruang untuk pokok hiasan dan ruang untuk anak-anak melepak.

Elakkan menanam sayur yang besar dan memakan ruang seperti kobis contohnya. Dalam ruang ini saya sudah tanam sayur berdaun pak choy, kailan, sawi, kangkung, pucuk manis, belalai gajah, pegaga, pegaga air, daun kaduk, bayam brazil, ulam raja dan daun selom.

Pokok menjalar dan berbuah; timun jepun, kacang botol, kacang panjang, kacang buncis, peria, tomato saya susun di tepi pagar. Pokok tinggi seperti lengkuas, serai, petai belalang dan kantan juga susun di tepi pagar. Pokok yang agak besar seperti cili merah, cili api dan terung masuk dalam poli bag dan susun di kaki lima.

Pokok herba untuk bumbu masakan seperti selasih, kemangi, jintan, ketumbar, cekur, daun sup, ginseng jawa, daun limau purut, limau kasturi, pudina, kesum, kunyit dan halia saya tanam dalam pasu. Saiz pasu ikut kepentingan penggunaan.

Setiap hari simpan air beras. Satu baldi besar sepatutnya cukup untuk satu laman. Siram air dua kali sehari. Seminggu sekali pergi pasar, tahan air bilasan ayam dan ikan. Air siraman boleh jadi baja. Jangan lupa racun serangga organik, air tapisan bawang putih dan cili padi. Semburkan ke semua pokok berpenyakit sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Kebun organik tidak dibangunkan dengan magis. Kerjanya remeh. Baru faham kenapa sayur organik jauh lebih mahal. Hasilnya lebih lambat. Tapi kebaikannya, seperti manusia juga. Pokok lebih lambat tua dan daya tahan yang lebih tinggi.

Dan hari ini, 80% sayur makan kami sekeluarga datang dari kebun ini.

#kebunorganik

Nasi Ulam. Buat sendiri baru puas. Kalau beli kerisik ja lebih.
Saya bg resepi cara saya..

Bahan:-
🔸Nasi Putih
🔸Serai*
🔸Lengkuas*
🔸Halia*
🔸Lada Hitam*
🔸Cili Padi*
🔸Kerisik
🔸Bawang merah { Hiris Nipis}
🔸Ikan masin. { Saya guna ikan talang masin yg dibakar& Kisar halus}
Boleh guna ikan gelama, ikan tenggiri

Bahan bertanda * saya sangai n kisar halus. Tumbuk pun boleh.

Saya guna ulaman² ni ja.
{Basuh, keringkan air & Hiris halus. }
🌿Pucuk Putat
🌿Pucuk Goncaq
🌿Pucuk Bebuas
🌿Pucuk Chemumaq
🌿Daun Cekur
🌿Daun Ulam Raja
🌿Pucuk Daun Kari
🌿Daun Selom
🌿Daun Kesom@ Cenohom
🌿Pucuk Gheyang
🌿Pucuk Mengkudu

➡Gaul. Semua bahan hingga sebati. Kalau kurang masin baru tambah garam. Saya x tambah dah sebab dah masin dari ikan masin.

➡Boleh letak serbuk perasa kalau suka. Saya tak letak sebab nak betul² rasa cara “orang lama” buat.

anda juga boleh tambah
🌿Daun lemuni
🌿Pucuk Gajus@ Jangguih
🌿Daun Sekentut
🌿Daun kunyit
🌿Pucuk Limau purut
🌿Daun peria Pantai
🌿Pucuk beluntas
🌿Daun Selasih
🌿Daun Kaduk
🌿Pegaga
🌿Bunga Kantan
🌿Pucuk Mempelam
🌿Daun Tenggek burung.
🌿Pucuk serai Kayu
Bla bla bla.

Dah siap. Banyak khasiat oooo sebab banyak ulam- Ulaman ❤❤

💥Regu paling sedap. Asam rebus @ Sayur keladi. Perghh. X buat sebab saya masih berpantang.

kredit: nor’s sapinah

Updated:

Ada yang suka nasi ulam x kat sini…ptg td tlg mak buat nsi ulam..mables kena dgn sayur keladi..tp xbleh mkn lg .so mkn nsi ulam sja la..😁

Maaf ya..ramai request resepi..sis xdan nk karang pnjang2 so sis google cara n bahan yg sma sis guna..boleh follow resepi tu k. Selamat mencuba😍

Nasi Ulam Utara Style:

Bahan A
4 cawan nasi sejuk

Bahan B
Ditumbuk halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
2 keping asam gelugur
6 biji cilipadi
1 sudu teh garam

Bahan C
6 biji cilipadi – diracik halus
4 biji bawang merah – dimayang halus
2 keping ikan tenggiri masam – di bakar dan dikopek isinya
(Boleh gantikan dengan ikan talang masin, udang kering atau ikan kembung bakar)
1/4 cawan kelapa goreng – ditumbuk halus

Bahan D
Dimayang halus seperti membuat bunga rampai
Daun kadok, pegaga , selom, daun kunyit, daun cekur, kesom, daun limau purut, daun gajus atau janggus, Ulam raja, daun Kari, bunga kantan, daun asam gelugur, daun sekentut, tenggek burung, bebuaih, daun beluntas, pucuk putat, pucuk samak, sabung nyawa, bunga kunyit, pudina, selasih, kemangi , cemumaq dan lain-lain lagi
Balutkan daun yang kecil dengan daun yang besar untuk memudahkan proses menghiris daun

Campurkan Bahan B dan Bahan C, gaul hingga sebati
Masukkan Bahan A dan Bahan D, gaul rata dan hidangkan bersama asam pedas keladi

*mak sis guna segala ulam yg mak sis tnam n ada skit2 beli..kalau hampa bbuh byak jnis ulam lg sdap. Asah pisau kasi tjam dlu htis halus bru sdap😋

Leave a Reply

%d bloggers like this: