Rahsia Minda Jutawan

Rahsia Minda Jutawan

Rahsia minda jutawan ? “Kalau nak dunia, kena ada ilmu dunia. Kakau nak akhirat, kena ada ilmu akhirat. Kalau nak dunia dan akhirat, kena ada kedua-dua ilmu dunia dan akhirat.”

Macam pernah dengar je kan ayat-ayat tu? nasihat tentang ilmu tu bukanlah satu rahsia – sapa-sapa pun boleh tau pasal tu. Begitu juga sebenarnya tentang minda jutawan – bukan ada rahsia besar pun. Tak de konspirasi. Jutawan pun manusia macam kita jugak. Depa ada struktur otak yang sama dengan kita. Jantung satu, paru-paru dua. Tak pernah pulak juru x-ray jumpa empat paru-paru dan dua jantung bila depa buat x-ray jutawan.

Salah sorang multimillionnaire yang kaya raya atas usaha sebdiri (vs sebab mewarisi harta atau menang loteri) ialah Harv Eker. Masa mula-mula dengar namanya, reaksi pertama ialah “sapa mamat ni”? Dia tak femes macam Bill Gates atau Warren Buffet. Tapi, dia sangat terkenal di kalangan lebih 250,000 ( ya…suku juta) orang yg dia tolong jadikan lebih kaya dan happy.

Bagaimana dia boleh ada rahsia minda jutawan?

Sebab dia belajar. Dan sebab dia pernah jadi susah dan senang. So, dia boleh bandingkan minda orang susah dan minda orang kaya raya. Yang menariknya, dia sudi berkongsi ilmu dan pengalaman untuk tolong orang lain jadi kaya. Tak perlu join kultus jutawan atau apa-apa persatuan sulit lagi rahsia. Ini bukan kisah iluminati. Yang penting, ada rasa nak belajar, dan ada rasa nak kaya.

Kalau rasa dah cukup kaya, sila stop membaca sekarang. Bagi yang meneruskan, tahniah kerana anda ada ciri orang kaya. Orang kurang kaya (OKK) biasanya berhenti lebih awal dari orang kaya raya (OKR): berhenti berusaha, berhenti tuntut ilmu, berhenti berharap. Itu antara pesanan yang kita boleh dapat bila baca buku Harv yang bertajuk ” Secrets of the Millionnaire Mind”. Buku ni memang laris di pasaran. Hasil jualan buku ni buatkan Harv bertambah kaya tom waterhouse betting app. Dah kaya, bertambah kaya. So, macam mana nak berfikir seperti orang kaya? ┬áMacam mana nak jadi OKR?

Nak tau tu, sila baca buku tu. Atau tunggu next post pasal minda jutawan. Satu lagi ciri OKR ialah penyabar. So, bawak bersabar ya. Korang kan bakal OKR?

Raikan Mukjizat Cinta

Alhamdulillah, setelah lama memikirkan beberapa idea untuk mengembangkan, saya dengan ini melancarkan blog Rumah Mesra Ceria, dengan meraikan ilmu dari ahli ahli dari group Shaklee kami RMC. Buat pengetahuan pembaca semua, blog ini adalah satu blog interaktif, khas untuk semua masyarkat di luar sana yang berminat untuk mengetahui tips marketing serta motivasi dari keluarga RMC.

Rich Millionaire Club ke Rumah Mesra Ceria

Sejak wife saya menubuhkan RMC dengan nama yang begitu jutawan sekali, saya pada ketika itu hanya mengikuti dan sokong dari jauh, sehingga saya sendiri merasakan, group RMC perlukan nama yang lebih mesra, nama yang lebih unik dan lebih gembira, supaya ahli group RMC lebih mesra dan menjadi orang yang berguna di luar sana. Pada tahun lepas, saya mengambil inisiatif menukar nama group ini supaya bunyinya tidak kelihatan seperti group MLM lain, oklah , tapi bunyinya memang ada tiru sikit SUPERMOM CLUB HOUSE yang diasaskan oleh uplin kami, mommy Hadhatina dan MKB.

Karya Terbaik dari Keluarga RMC

Dengan wujudnya blog begini, saya berharap kita semua dapat berkongsi pendapat dan buah fikiran untuk lebih maju dan berjaya di masa akan datang. Saya berharap keluarga RMC kami akan dapat memberikan ilmu yang terbaik buat anda di luar sana. Semoga blog ini menjadi satu saham akhirat dan sumbangan kami kepada anda di luar sana. Jika anda berminat untuk membaca pendapat merapu saya dengan lebih menghiburkan, bolehlah lawati blog gila gila saya Faiz Saaid .

Kuasa Minda Menjerit Diri

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita semua dah di tentukan. Tapi kita sebagai makhluk yang bernyawa dan mempunyai akal fikiran yang waras, kena lah berusaha. Kejayaan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.

Kuasa minda memainkan peranan yang penting. Jadi fikir yang baik-baik maka baik lah yang terjadi. Impian tanpa usaha hanya angan-angan.

Melihat kejayaan orang lain kita jadi iri hati. Tapi jangan pandang dari pandangan negetif. Buat sebagai dorongan dan semangat untuk kita berusaha untuk menjadi seperti idola kita.

Tanpa ilmu dan mentor kita tidak akan berjaya. Umpama di tangan kita ada peta tapi kita tak tahu mrmbacanya dan tanpa kompas boleh ke kita mencari jalan? Dah tentu sesat kan. 

Begitu juga bila ada majlis ilmu, selagi terdaya dan kalau boleh kita usaha untuk hadirkan diri untuk menyedut ilmu dari mereka yang berjaya. Tapi kalau selalu kita ikut tak dan (tak sempat) dan tak yah (tak perlu) tak kan ke mana kita. Mungkin kita rasa kita dah cukup hebat dan tak perlukan bimbingan. Ilmu ni amat berharga…. masa dan peluang yang ada hari ini mungkin kita tak akan dapat di lain kali. Ada orang sanggup bayar untuk mengikuti majlis ilmu, berhabis ribuan wang ringgit sebab apa? Ilmu itu amat berharga. Bila kita berilmu orang respek kita.

Ini salah satu cara nk ‘upgrade’ diri kita. Bukan laptop atau handphone je nak kena ‘upgrade’.

Bila kita berada dalam kelompak negetif sedikit sebanyak pengaruh negetif tu akan melekat kat kita. Mungkin bila kita berada di kelompok yang baru kita kenal, kita akan jadi lebih energetik dan bombastik….macam saya yang perlu pergi Team Building dengan orang-orang yang saya tak berapa nak kenal. cuak juga…. sebab tak kenal dan malu. Tapi sebaliknya yang berlaku. Sebab kita dapat pandangan yang berbeza. Dan bila kita perlu buat benda yang tak pernah kita lakukan ….. kita akan jadi lebih kretif. Siapa sangka sebelum ini tak pernah terfikir nak kena menari dangdut, kena menari dangdut dan kumpulan kami jadi juara. Mungkin kelebihan kita yang kita tak pernah tahu.

Jadi…. jangan takut untuk mencuba.

Anda usaha, anda dapat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: