Rahsia Simpan 200 Ribu

Rahsia Simpan 200 Ribu

Rahsia Simpan 200 Ribu ? SIMPANAN 200K. Kehidupan orang yang ada SIMPANAN 200K
sedikit membosankan… ????

  1. Mereka ni orang yg rajin kira kos, suka pegang kalkulator, suka kira itu kira ini.
  2. Benda pertama yg mereka buat, adalah teliti pergerakan DUIT GAJI, berapa nak belanja, berapa bil, komitmen, berapa simpanan atau pelaburan.
  3. Mereka sensitive dengan tanda harga pada barang. Always love discount. So mereka akan cuba beli barang yang lebih murah sikit.
  4. Mereka berjaya kawal nafsu berbelanja, tak mudah tergoda dgn sales dan pay later.
  5. Mereka join group-group bajet ie travel bajet, deco bajet dll.
  6. Mereka suka cari jalan alternatif untuk berjimat. Jika nak penapis air dan penapis udara, mereka beli sendiri di shoppee dan belajar servis sendiri. Ada yg pandai servis sendiri.
  7. Mereka cenderung layan youtube minimalist, decluttering. Mereka belajar cara berjimat cermat dan hidup tanpa perlukan seribu macam barang.
  8. Mereka tahu mana nak parking duit simpanan, alert tentang % dividen bg setiap instrumen, setiap tahun monitor dividen bg setiap instrumen. ???? Ini amat penting yeaaa untuk mereka yg nak jadi OBK – orang bijak kewangan.
  9. Mereka akan cari jalan untuk gandakan wang – cth guna property utk buat rumah sewa, homestay, buat kereta sewa, tuisyen, personal shopper.
  10. Ramai juga yg akan buat duit geli-geli iaitu buat bisnes kecil-kecilan utk duit tambahan.

Haaaaa. Lebih kurang gitewlah. Sedikit membosankan. Tak fancy tak warna warni. ????

KAT MANA NAK BACA PEMIKIRAN MEREKA NIH ?

Jangan tak tahu pulak, geng geng suami bukan tunggu mereput bonus 15 haribulan, tapi lebih dari yang dijangkakan. Kalau kata yang duduk depan masa kelas adalah geng isteri, tapi disebalik teh tarik dukong anak, para imam besar keluarga nih memang player penting yang biasanya tak nampak.

Bezanya diorang nih mungkin tak aktif difacebook, tapi ada je yang aktif, boleh baca blog blog diorang nih, pemikiran dewataraya, hahaaha, ni yangambo listkan . ( memang ni adalah blog personal touch mereka )

Ramai lagi nih ada, cuma mereka nih belum keluar aura lagi, kalau ada geng geng yang terlepas, minta tolong updatekan, hehehe, ada projek baik punya, katanya ada DANA khas !!!

Simpan Duit Beli Gajet ?

Hari ni bawak keluar semua duit syiling dari tabung shaklee, ye tabung dari canister performance drinks, memang sempoi, dah lah botol plastik dia sangat selamat kepada alam sekitar, tapi jugak sangat pratikcal, ada orang siap buat letak gula, letak biskut, letak mainan, dan paling best letak duit.

Duit Berjuta-Juta

Tak sempat kira pun lagi duit yang ada kat situ, tapi sekali tengok, memang kaya rayalah, anggaran duit syiling ni, rasanya dalam RM 500 juta , macam 500 orang rakyat Malaysia menang olimpik emas. Alhamdulillah, nampaknya banyak duit ni, bolehlah beli mainan banyak banyak, camera, handphone, buat kenduri kendara dan macam-macam lagi. Biasalah kita dulu simpan duit bawah katil , semata-mata nak beli gajet best, sebab tak suka hutang sana sini, jawabnya simpan duit, oh gajet yang diidamkan.

Gajet Badan

Tapi GAJET yang ada kat badan kita nih, macam jantung, hati, perut, tangat, otak, semuanya nak guna lama lagi. Gajet ni dah lama aku tak servis, ye dah lama tak servis. Dah penuh dengan lemak, kolesterol, toksin, dan macam-macam lagi. Jawabnya, duit nak beli gajet fizikal, lebih baik aku baiki dulu gajet dekat badan aku nih. Bak kata Norita Idris pasal payung, jawabnya, kena beli payung jugak, tak pasal-pasal jadi macam pemandu teksi kat TTDI tuh, jenuh Zainul Anuar nak call ambulans.

Beli VIVIX

Kamon kamon, sebelum jadi parah, jawabnya kena tingkatkan kualiti kesihatan dulu, jadi nak buat tuh, jawabnya kena cari supplemen terbaik dunia. Kira-kira betul nanti duit syiling tuh, nak beli VIVIX untuk diri sendiri jawabnya, kasi sedap sikit badan, repair sel yang rosak, sambil tuh jaga diet semua balik. Pilihlah yang mana penting dulu, sebab gajet fizikal nih, ada je orang boleh sponsor. Haritu pun ada orang sponsor printer HP kat Ainul Fadzilah Mustafa, pendrive free banyak gile orang bagi. Hhaha, takpa, utamakan kesihatan dulu. Yehaaa. rahsia simpan 200 ribu.

Nasihat Kejatuhan Ekonomi

Jun lepas Pak Jokowi mengatakan Bank Dunia dan IMF menjangka 60 negara akan “collapse” tahun hadapan. Bulan Mei lepas pula PM Lee, Singapura menjangkakan kegawatan ekonomi akan melanda dunia dalam 2 tahun kehadapan.

Baru beberapa hari lepas PM Ismail Sabri pula petik kedua-dua tokoh ini menyatakan kerisauan beliau mengenai kejatuhan ekonomi yang mungkin boleh berlaku tahun hadapan. Apa indikatornya untuk rakyat biasa macam kita?

Untuk sektor swasta:

Bersedia untuk risiko layoff / VSS dengan menyiapkan simpanan 6-10 bulan gaji. Kalau gaji anda RM5,000 sebulan, pastikan ada simpanan RM30,000 tersedia. Macam mana caranya? Potong belanja yang tidak diperlukan dan mulakan side hustle.

Untuk freelancers dalam e-hailing / delivery atau kategori ekonomi gig:

Bolehlah mula cari pekerjaan tetap walaupun gaji tidak setinggi pendapatan buat delivery. Habis kerja, sambung buat delivery. Walaupun tiada cash lebih untuk simpanan, sekurang-kurangnya caruman KWSP tetap jalan dan bertambah. Ingat lagi iCitra?

Untuk penjawat awam:

Jika ada niat untuk resign dan buat bisnes full time, tangguh dulu niat. Buat dulu bisnes secara part time dalam 1-2 tahun ni. Dan berhenti buat personal loan untuk benda-benda yang tidak mustahak seperti renovate rumah dan beli kereta baru.

Untuk pengusaha / bisnes owner:

Sebagai persediaan untuk survive 1-2 tahun kehadapan, boleh la siapkan dokumen-dokumen penting untuk buat business loan.

Cashflow sangat penting untuk pastikan sekurang-kurangnya bisnes masih “hidup” walaupun dalam kerugian. Paling penting untuk kenalpasti kos operasi yang boleh dipotong mulai sekarang.
Yang tengah update CV. rahsia simpan 200 ribu.

Kredit: Ahmad Farid Sainuri


.

Leave a Reply

%d bloggers like this: