Ramly Halal Kiosk Terbaik ?

ramly halal kiosk terbaik

Ramly Halal Kiosk Terbaik ? Baru2 ni viral pasal someone from Syukor Burger Puncak Alam buat post pasal dia jadi ayah yg gagal, susu anak xmampu beli etc. Sedih gak la kalau manusia biasa baca, but as a dark empath, aku takdela rasa apa2 pun.

Tapi aku tergerak nak tengok, apa yg dorg jual, dan if it is compelling enough for me to go. Ternampak review 1.7 stars on google. Uih, teruk juga ni. Aku pun baca lah, ni sabotaj ke, sebab seems sus la.

Bila baca, rata2 org komplen servis lambat, staff tak friendly, tak boleh order banyak menu items sbb unavailable, ambience tak selesa sebab bising, soundproofing teruk walaupun indoors. Thats quite bad.

Ramly Halal Kiosk Terbaik ?

Aku pun bandingkanlah dengan fast food kegemaran aku, Ramly Halal Kiosk Malaysia kat Taman Batu Muda, sebelah Masjid Saidina Hamzah. Makanan? Superb. Paling aku suka ialah nasi serai, fish and chips, dan burger dia pun sedap! I think they steamed the patty, instead of frying. Grilled pun possible, tapi sangat2 sedap la.

Ambience? Selesa, setanding level2 fastfood franchise yg lain. Dan sebelah masjid. Harga? Reasonable, slightly cheaper than mekdi kepci tekses dan lain2. Servis? I cant even begin to complain – order kat meja, hantar kat meja, mcm full service restaurant, tapi harga mcm self service restaurant. Diorg bagi cutlery besi, bukan sudu plastik. Hot drinks dalam gelas kaca mcm mapley. freeflow sos, mayo AND blackpepper sauce.

Menu? Bermacam2 binatang ada. Western, eastern, mediterranean, subterranean, semua ada. ABC Cendol pun ada. Pastu nak tapau bawak balik utk budak2 pun ada menu finger food yg harga quite reasonable. Masalah kedai ni ialah parking, dan kalau salah timing, PENUH. Mmg geram la.

Tapi kalau kedai yg nampak jelas melayu-centric mcm ni (sebelah masjid wei) dan kau nampak keluarga india dan cina makan on frequent basis, kau paham2 jela. Memang sangat sedap. Maybe Syukor Burger boleh ambil manfaat dari mcm mana Ramly buat fastfood franchise.

Sangat2 superb. Sampaikan kalau aku ada urge nak makan fastfood, berkemungkinan besar aku akan pegi sini instead of kedai lain, kecuali kalau aku specifically nak makan ayam mekdi, bigmac atau whopper. Sape xpenah try makan Ramly Halal Kiosk, try la. Memang tak menyesal. (review ini tidak dibayar)

PERNAH KENA REJECT LOAN RM7000, INI KISAH SYARIKAT BUMIPUTERA DENGAN 1 BILLION REVENUE

Tahun 1984 Ramly dengan semangat mahu membina burger halal yang cukup jarang ketika itu. Orang Melayu tak makan burger!

Bukan sebab tak suka, tapi kekurangan burger halal di pasaran. Ini yang dia nampak sebab dia sendiri suka burger tapi susah nak jumpa burger halal di luar

Dia juma MARA untuk buat pinjaman RM7000 tapi ditolak mentah oleh pegawai. Katanya “Orang Melayu tak makan burger”

Tak berputus asa, dia bermula dengan apa yang ada di tangan. Bermodalkan RM2000 dia buat patty burger sendiri sambil ditemani isteri. Sebab tiada peniaga yang nak menjual, jadi dia jual sendiri

Dia lah buat patty, dia lah jual masak kepada pelanggan

Siapa sangka, dalam seminggu sahaja burgernya dapat buah mulut orang ramai. Terus tak menang tangan. Daripada 200 biji sehari dia terpaksa buat 3000 sehari. And the rest is history

Sekarang kilangnya mampu membuat 1 juta patty burger sehari dan baru sahaja mereka invest RM500 juta untuk membina kilang supaya dapat menampung 6 juta patty sehari! Sekarang Dato Ramly Mokni ada 10 anak syarikat dengan jualan cecah 1 Billion setahun

  • + Ramly Food Industries Sdn. Bhd
  • + Ramly Food Processing Sdn. Bhd
  • + Ramly Food Marketing Sdn. Bhd
  • + Ramly Food Services Sdn. Bhd
  • + Ramly Halal Logistic Sdn. Bhd
  • + Ramly Halal Mart Sdn. Bhd
  • + Ramly Mokni Holding Sdn. Bhd
  • + Ramly Halal Kiosk Sdn. Bhd
  • + Ramly Poultry Integrated Sdn. Bhd
  • + Ramly Poultry Integrated Sdn. Bhd
  • + Ramly Project Management Sdn. Bhd
  • + Exxan Corporation Sdn. Bhd

BEDAH SSM

Saya check senarai shareholder, tiada nama ahli politik atau big guy. Dia, isteri dia dan anak anaknya sahaja. Ternyata dakwaan media yang kata kenapa di belum ke IPO adalah dia tak suka campur tangan orang politik.

Dalam temubual, dia kata kenapa belum listing kerana dia tak mahu hilang “kawalan” terhadap syarikatnya

Baguslah tu, ini jelas tunjukkan kepada kita walaupun tidak ke bursa tapi masih mampu menjadi no 1 dalam bidangnya.

Good luck Ramly Burger! Pss : Ini salah satu syarikatnya, campur semua maybe lebih 1 B la tu seperti digemburkan, xkan saya nak beli semua pulak kan .

We had our dinner here, Ramly Halal Kiosk,

on our way back from Penang last Sunday @ R&R Gunung Semanggol. It was positioned exactly next to KFC… We automatically chose this restaurant sebab trying to do our part and also we all memang tak suka sangat pun KFC.

Masuk-masuk the restaurant, the line was super long @6.30pm with only one counter in operation. However, surprisingly everyone just stood in line with no complaints.. And the line was actually smooth aje walaupun it took us > 40 mins to get our turn to order.

We did intai kedai sebelah, memang kosong! Kalau dulu confirm kedai sebelah yang penuh compared to Ramly. I seriously felt proud of fellow Malaysians that’s trying to make a statement.

Food was ok (fast food standard la) alhamdulillah. Puas la makan and price pun standard aje like any other fast food joint.

If Ramly Burger were to properly positioned itself in the market and maybe do some rebranding to appeal to the masses, I think it would give other fast-food chain a very good competition.. And a better substitute for us that’s boycotting the other brands.

Kudos to Ramly Halal Kiosk @ R&R Gunung Semanggol for keeping the cool and layan all the customers with smiles and good manners. ramly halal kiosk terbaik ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply