Recycle Baju Lama

recycle baju lama

Alhamdulillah, jumaat lepas kami sekeluarga berjaya recycle baju lama, bukan sikit, tapi sampai 7 plastik. hahhaa, ini semua plan macam nak pindah rumah baru. Insyaallah, kalau ada rezeki, kita pindah rumah barulah ye tak ? untuk mencari nafas baru dan strategi baru dalam business. 

OKlah, warga shah alam yang berminat nak recycle baju, boleh cari tong putih kat TESCO nih, tapi ada yang sedih, warga bukan shah alam masih takda projek recycle nih. Hahhaa, yang tuh mungkin boleh cari badan amal yang mencari baju baju lama yang masih cantik dan boleh dipakai. Hehehe, banyak barang lama, sedekah jelah, rugi simpan.

cara terbaik atasi masalah sampah dalam malaysia

APA SEBAB SAYA KENA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH ?

Semalam saya adalah salah seorang peserta kelas asas blog anjuran idola page facebook kek Lin Chalo, kelas tuh bestnya diajar oleh tuan Hadihaizil Din, blogger tua yang dah lama blogging. Aku lupa nak tanya, macam mana nak jadi sampai tahap public figure dengan menulis blog ? Sebab apa ye hahhaa.

BANYAK FIKIR

Sebab aku ada satu sifat, iaitu memikir masalah duniawi sampai tak ingat, ye, lagi lagi masalah Roslan Bandraya, aku memang suka fikir solusi, lagi lagi bab bab yang sangat kompleks. Lagi kompleks masalah tuh, lagi power fikir, sampai blog tak update. Oh ye, salah satu masalah dia ialah masalah sampah, sejak tahun lepas aku suka tengok kajian berkaitan sampah, teknologi sampah, masyarakat sampah, bakul sampah dan sebagainya.

SAMPAH KLCC

Bayangkanlah kalau statistik ini benar, dia kata sekarang ni sampah kat malaysia boleh buat satu menara KLCC. Hoo yeke ? Hahhaha. TApi jadi sedih, ada beberapa tempat, memang teruk masalah sampah nih, kat shah alam, kat mana sajalah.

ZERO WASTE

Boleh tak aku nak belajar ilmu blogging yang power, supaya aku ada power, lepas dapat power tuh aku boleh setelkan masalah nih. Ke aku ada duit lepas tuh boleh beli lori, beli teknologi setelkan masalah macam nih ? Rasa rasa jadi blogger boleh tak kita cetuskan pemikiran ZERO WASTE kepada masyarakat ?

TANAM POKOK

Misi tuh nampak macam sukar, tapi tahlah, bila faham konsep business “Harmony With Nature “, sedikit sebanyak company yang ada #landmarkstudyterbaik pun jaga alam sekitar jugak. Panggil nobel prize untuk kempen tanam pokok. LEpas tuh botol semua yang memang selamat, boleh recycle. Bangunan ofis yang zero carbon emission. Pergh, best weih, feel ketenangan nih.

MOTIVASI

Boleh ke aku kata aku kena usaha business aku ni betul betul supaya aku dapat tolong mereka ? tolong selesaikan masalah macam nih ? Boleh jadi motivasi tak ? Kawan kawan facebook yang suka bab ni korang boleh follow Alvin Mahathir Yunus, dan ramai lagi. hmmm, memang kerja gile, tapi gile gile tuh yang menyeronokkan. recycle baju lama

page facebook banyak likers

BERBALOI USAHAKAN BLOG DAN PAGE DIET DIET SIHAT

Memang perhati je bila wife Ainul Fadzilah Mustafa semangat gile tulis artikel artikel dia memang membunuh, tidur lambat hati rosak, kesan nikotinlah, tanda kanser payudara. Tajuk dia tuh sememangnya dasyat. Hoo, jadi punyalah usaha kaw kaw buat entry, baca sana sini, pergh dan paling best, setiap kali baca kita sama sama diskusi, dan satu ilmu baru tuh dapat, dan terus tulis dalam diari maya nih.

PAGE FACEBOOK

Tapi aku pulak lain ceritanya, cerita ni dah beribu kali share kat sini, ye , usahakan page ni ada engagement, ada likers baru, dan paling penting sentiasa update ceria sokmo. Hoo, dulu dah buat, tapi tah macam mana jadi malas. Hoo, bila dah selalu update page nih, baru terasa, guna dua elemen nih BLOG dan PAGE, memang sempoi, berbaloi baloi. Walaupun sekarang wife mabuk pregnant ketiga nih, tapi hasil dia tulis sebelum ni keep on viral, prospek pun keep on tanya tanya tanya.

DOWNLINE MUDAH NAK IKUT

Nak cakap page ni sorang sorang buat jugak pun tak, sebabnya benda ni DUPLICATABLE. Sistem marketing ni diguna pakai pulak oleh Soffiah Shariff yang buat artikel pap smear dia, dia selalu share kat page tuh, memang jadi. LEpas tu bebaru ni, IsMa Lyeza buat artikel minyak masak recycle, pun jadi viral. memang mantop.

MISI VIRAL KEBAIKAN

Sebelum nak jadi sale tuh, kita sebarkan ilmu-ilmu yang bagus nih, ada blog, ada page, boleh viral, buatlah kerja amal nih, dari sibuk viral benda benda tak berfaedah. Misi viral kebaikan diteruskan. Ada yang nak join sekali ke ? Contact abg joe ok ? recycle baju lama

buat duit dengan shaklee

Cara Buat Duit Lepas PMR

Hoo masuk lagi tajuk ni dalam carian keyword nuffnang aku. So kiranya nak cerita jugaklah pasal nak buat duit ni bagi lepasan PMR. So kat sini aku adalah tanya kawan aku Zainora dan Kerol. Oh oklah hari ahad bincang pasal benda ni , so dah dapat dah ada idea nak tulis pasal ni. Korang boleh melawat blig Shaklee diorang di sini.

  1. Kiranya secara undang undang juvana pun, budak budak takleh kerja lagi. Kiranya budak bawah 18 tahun bekerja itu dah dikira sebagai rekrut pekerja kanak kanak dah masuk tahap child abuse . Hoo teruk jugak ye undang undang bajet PBB ni.
  2. Dulu adalah si Kerol cerita, ada orang ni ambil pekerja bawah 18 tahun, memang lepas PMR. So katanya gaji penyata sume dapat. Tapi yang tak bestnya KWSP tak lepas, tentu sekali kerana umurnya belum cecah 18 tahun.
  3. Ainul pun ada cerita yang sama. Masa dia pergi kerja dulu dengan JKR, diorang kena pastikan setiap kontraktor yang kerja ni mestilah lebih 18 tahun. Sebab takut jugak JKR ambil tindakan, susah projek TM nanti.

Idea Buat Duit

So kat sini aku ada juga brainstorm dengan ainul dan rakan rakan yang lain pasal nak cari duit ni. So aku rasa ide aku macam ni je

  1. Bagus nye parent tuh bila ada kedai sendiri, tak kisahlah business, kedai runcit ataupun restoran. Masa ni diorang dah boleh belajar nak kerja, cari duit dan sebagainya.
  2. Jual barang terpakai recycle pun bagus, tak susah pun, cumanya mak marahlah takut kita keluar rumah
  3. Kalau nak buat Shaklee pun boleh, jadi boleh lah belajar promote dulu. So kita ajar dia buat blog dan fan page. Bayangkan blog dan page kita sentiasa update, memang blog tu menjadi lebih beharga. Tapi disiplin kena update blog tuh.
  4. Pasal update blog ni, budak lepas PMR lebih tahu, sekarang zaman dah moden. Aku tengok bebudak sekarang memang cari duit guna nuffnang, click sana sini dan sebagainya.

Apapun skil diorang, pendapat Robert Kiyosaki agak berbeza. ZAMAN remaja ni, dia tak galakan budak sekolah kerja semata mata duit. Bagi dia, peringkat ni bagus kalau dia WORK TO LEARN not WORK TO EARN. Ada benarnya juga, sebab kesalahan yang dia lakukan tu adalah satu pelajaran yang bagus, pengalaman yang berharga untuk dia. recycle baju lama

Leave a Reply