Resepi Air Kurus Viral
Ni la resepi air kurus viral yang viral sebelum ini. Dannn jadi igauan semua orang tau. Tak kira lelaki ke perempuan. Camano laa tak jadi rebutan. Yang dulu pakai baju size XL, lepas minum air kurus viral ni terus pakai baju size M.
Yang penting, air kurus viral ini kita buat sendiri kat dapur. Guna bahan dapur jek. Tak de bahan pepelik. Jadi takde la kita risau nak minum kann.Jom tengok resepi air kurus viral, kalau bahan dah cukup, malam ni boleh rebus. Untung untung minum 3 hari turun sekilo
AIR KURUS VIRAL
1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon / 1 sudu setengah serbuk Kayu Manis Ceylon / 2 uncang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara-cara
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.
Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.
Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.
KMC
– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman
Serai
– bantu penghadaman
– buang toksin dalam badan
– kurangkan bau badan
– cantikkan kulit
– kurangkan stress
– cairkan lelemak degil
– anti kanser
– kurangkan kencing manis
– kurangkan jerawat kat muka
Halia
– buang angin dan toksin dalam badan
– pecahkan lemak
– hilangkan bau badan
– lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam
Lemon
– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut
Cengkih
– boleh mencegah stroke, cegah darah beku
– lancarkan pencernaan
– cantikkan kulit
– wangikan badan
Madu
– melancarkan darah
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi
Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI.
Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat. Yang ada masalah #kencing_manis, dengan #darah_tinggi pun boleh amalkan minum air rebusan ini.
Nak lagi mudah boleh amalkan Cannella, inspirasi dari air kurus viral nie. Just goncang, tuang, dan minum. Mudah yakmat
Kredit: Akmal Hamid
Siapa cakap nak kurus takleh makan nasi.
tipu wei! Boleh makan nasi dan turun 2-5kg sebulan. Rentikanlah makan sehari sekali, diet biskut, diet sup ntah macam2 lagi diet yang menyeksakan tu. Cuba 4 cara ni
1- NASI SEGENGGAM/SEPENUMBUK
Menggunung ataupun penuh sepinggan tak boleh yer. Cukup sekadar 200 kalori nasi (putih/perang) size segenggam tangan kita.
2- PROTEIN SEBESAR TAPAK TANGAN
Ikan ataupun ayam yang masak kukus, panggang ataupun steam. Size dia sebesar tapak tangan kita. Protein ni yang buat kita rasa kenyang dan tak cepat lapar. Ambik banyak protein kay…
3- BANYAKKAN SAYUR
Sayur mempunyai vitamin, mineral dan fiber yang mana badan tak boleh proses sendiri dan hanya boleh dapat drpd makanan. Ia jugak bantu lancarkan lagi proses turun berat badan; detox dan pembakaran lemak. Fiber jugak bantu bagi rasa kenyang lebih lama.
4- JANGAN AMBIK KUAH
Kuah kari, kuah lemak, kuah kurma ke takyah la ambik dulu sepanjang proses nak kurus ni. Sebab ape tau… sesudu besar kuah boleh jadi 100kalori. Mana taknya ada minyak, santan, gula, garam dan penambah rasa yang PERLU DIELAKKAN untuk kurus ni.
Selamat mencuba! Turun berat badan dengan ilmu
Nak kurus? Ia lebih mudah dari apa yang anda sangkakan!
Sekarang kami nak berkongsi satu tips untuk kurus dengan cepat , kalau di amalkan boleh kurus dijamin punya.
Sehari 10,000 langkah untuk kurus dengan cepat.
cakap senang buat susah lagi-lagi kalau orang jenis yang malas nak berjalan seperti saya, dulu semasa saya berkerja saya memang berjalan kaki di waktu pagi berjalan ke tempat kerja melalui jalan pintas , sehari 45 minit berjalan , berat saya dari 100+ turun ke 90 saja , kemudian saya berhenti kerja , duduk dirumah berat saya naik semula , so sekarang bila berat dah makin naik dan naik saya kena bersenam semula , jadi saya nak ajak korang mengamalkan senaman atau cara untuk kurus paling cepat iaitu sehari 10,000 langkah.
Amacam?
Jam ini pasti akan membantu anda kira 10,000 langkah.
Like dan share dengan 9 yang berjalan kaki hari ini
Kepakaran kami adalah membantu ramai orang kembali sihat dan cergas dengan jam tangan premium pedometer yang akan menjaga anda setiap masa
Bjalan kaki sebenarnya baik utk kesihatan anda. Bila bjalan, anda melakukan pergerakan aktif. Di sini Coach nak share dgn anda 5 tips kurus dgn senaman berjalan:
TETAPKAN TEMPOH
Jika anda berjalan TANPA HENTI selama 1 jam dengan jarak 4.3km, anda akan bakar 281kalori . Banyak tu kan
TETAPKAN JARAK
Jika anda berjalan TANPA HENTI sejauh 3km, anda akar bakar 189kalori. Itu pun byk juga
MINUM AIR SECUKUPNYA
Air penting semasa ada berjalan. Ini utk menggantikan peluh yg anda hilang semasa berjalan. Pastikan minum AIR KOSONG/AIR MASAK jer k
KESERAGAMAN
Semasa anda berjalan tanpa henti, pastikan kelajuan anda seragam mengikut tempoh masa atau jarak yg telah ditetapkan. Barulah kalori yg dibakar pun akan seragam
SNACKING
Makan sebelum berjalan dlm tempoh atau jarak yg panjang dpt beri tenaga kpd badan anda. Cuba try mkn sebiji epal atau pisang. InsyaAllah, anda akan lambat utk berasa letih. Pastikan snacking tu, 15-30minit sebelum anda mula berjalan
Saya letakkan aturan minuman sachet kopi dari Nestle
Ini adalah perbandingan setiap minuman sachet Nescafe mengikut label nutrisi masing-masing. Boleh pilih mengikut keperluan dan rajinkan membaca label.
Nak turunkan berat : pilih yang rendah kalori.
Ada kencing manis : Tak digalakkan minum tapi kalau nak minum, pilih yang rendah gula.
Fokus nak kurangkan lemak : Pilih yang rendah lemak.
Secara keseluruhan, Nescafe blend&brew boleh dikatakan seimbang untuk peminat 3in1.
Latte karamel bolehla untuk hari yang terlalu stress.
Yang lain-lain tu perlu fikir sendiri bila nak minum. Resepi Air Kurus Viral