Resepi Tteokbokki

Resepi Tteokbokki

RESEPI TTEOKBOKKI

1. BAHAN KEK BERAS
– 250 gm tepung beras ATAU tepung pulut (jika nak kenyal)
– 2 sb tepung ubi
– 250ml air mendidih
– sedikit garam

CARA-CARA
– gaulkan tepung beras atau tepung pulut , tepung ubi dan garam.
– masukkan air kacau guna senduk
– bila dah suam uli sampai jadi doh (kalau doh keras tambah air)
– bentukkan adunan menjadi lonjong
– didihkan air bersama sedikit minyak (supaya adunan tak melekat)
– rebus kek beras sehingga timbul. dah timbul terus angkat dan bilas dengan air utk hilangkan lendir tepung.

2. BAHAN KUAH
– 2 ulas bawang putih -cincang
– 2 sb serbuk cili
– 3 sb sos cili ( sya guna cap jagung. Lebih terasa )
– 1/2 ketul kiub ikan bilis
– 3 sb air tepung jagung
– 1sb gula
– air -dalam 1 1/2 cawan utk jadikan kuah

CARA-CARA
– campurkan bawang putih , serbuk cili , sos cili , gula dan kacau jadikan paste.
– masukkan 1 1/2 cawan air ke dalam periuk.
– masukkan kiub ikan bilis dan kacau sehingga larut.
– kemudian masukkan paste yg kita buat tadi dan biarkan mendidih.
– masukkan sosej, bebola atau apa2 yg awak suka dan renehkan selama 2 minit lalu masukkan kek beras dan air tepung jagung dan renehkan lagi selama 2 minit.
– sebelum dihidang taburkan sedikit bijan dan daun bawang serta telur rebus.

Selamat mencuba !
NOTA
Kebanyakkan resepi guna tepung pulut tapi saya follow resepi ori yg Korean punya guna tepung beras dan tekstur sebiji mcm yang jual di aeon tu.
nuhazkitchen
KREDIT: Nur Haziqah

Leave a Reply

%d bloggers like this: