Restoran Mamu AK Bistro

Restoran Mamu AK Bistro

Restoran Mamu AK Bistro ? Macam mana lah anak anak suka makan sini ? Oklah not bad. Sebab dah dekat dengan rumah kami setia Alam. Padahal sebelum nih saya dah target nak makan dekat Nasi Kandar Takbir.

Tapi nak jadi cerita, budak budak suka sini berbanding takbir. Jawabnya memang port budak budak nih. Lagi best kalau delivery memang cepat guna food panda, hahaha layan tuh

Kenapa restoran mamak selalu jadi pilihan?

Restoran mamak selalunya pilih lokasi di corner lot. Banyak restoran mamak mesti pilih corner lot untuk dijadikan restoran dia.

Jadi, mudah untuk customer nampak restoran mereka. Nak parking kereta pun senang.

Ruang nak letak meja kerusi pun lebih sikit sebab corner lot kan. Banyak sikit ruang.

Selain tu, restoran mamak beroperasi 24 jam sehari. Kalau anda perasan, siang hari, ramai customer bawa family.

Bila malam menjelma, rupa customer bertukar. Bukan bertukar jadi raksaksa ya..

Malam, ramai remaja melepak dengan kawan-kawan. Yang berfamily tadi pun, ada datang dengan kawan-kawan pula. Ada kan?

Lagi? Restoran mamak menitikberatkan layanan terhadap pelanggan dia.

Kalau kita tengok waiter kat sebuah kedai mamak. Ramai gile kan?

Masuk je dalam restoran mamak, dah ada waiter datang ambil order. Waiter dia pun sangat hormat kat pelanggan.

Susah kalau kita nak tengok waiter dia duduk-duduk saja kat kerusi.

Kita tak perlu ambil sisi negatif. Isu halal ke, isu kebersihan ke. Isu warga asing ke.

Kita tengok sisi positif yang kita boleh ambil contoh.

Kita ambil benda baik sahaja.

Benda tak baik tak payah la ambil. Tak perlu fokus kepada benda tak elok.

Cer anda plak tambah point. Sebab apa kedai mamak ramai orang. Banyak mana pun kedai mamak tumbuh, still akan ada orang datang tanpa marketing?

restoran mamu ak bistro

Inilah sebabnya mengapa lelaki lebih suka menonton TV di Restoran Mamak daripada di rumah.

Isteri : Siapa lawan tu?
Suami : Portugal lawan Morocco.

Isteri : Sukan Olympik?
Suami : Bukan, ni World cup.

Isteri : Team Malaysia dah lawan?
Suami : Malaysia tak main.

Isteri : Kenapa Malaysia tak main?
Suami : Tak layak masuk.

Isteri : Tak layak masuk? Pasal kes 1MDB ke ?
Suami : Bukan, tak lepas peringkat kelayakan.

Isteri : Tapi kan kita ada Lee Chong Wei?
Suami : Ahh.. sudah.

Isteri : Awak nak ke mana ?
Suami : Kedai mamak.

Pernah tak terfikir kenapa orang suka kedai Mamak ?

Murah? Tak.
Bersih? Tak.
Laju? Tak.
Cantik? Tak.

Customer Service, kata orang Pilah. Itulah rahsianya.

Baru ni aku ke JB. Member suruh aku bagi pendapat ke staf kedainya. Katanya diorang macam kaku bila layan pelanggan.

Kedai cantik dah. Lokasi tepat. Barang niaga lengkap dan kemas tersusun. Semua sempurna dah kalau tengok mata kasar.

Tiap kali orang masuk kedai, tinjau, cepat-cepat diorang keluar. Macam rimas gayanya.

Dapat dah!

Aku panggil semua 4 orang dalam kedai tu, termasuk Manager (Syrian) sekali.

Korang masuk kerja sini, Bos bagi jawatan apa?

“Salesman Bang”, serentak jawabnya. Manager tu sengih je.

Gini, mulai hari ni, aku tukar nama jawatan korang ke “Customer Service Associate”. Tugas utama, buat Customer happy.

Buatlah apa saja. Biar jadi kawan pun takpe. Asalkan diorang suka dan datang berkali-kali.

“Canggih betul nama tu bang, tapi cemana nak buat tu?” tanya yang paling muda.

Korang pernah ngurat awek?

Semua senyum kambing.

Haa, gitulah kekdahnya! Kata kuncinya, senyum dan pandai pikat. Jangan gelojoh tak tentu pasal. Relaks je.

“Paham Bang!”.

Memasing sengih sampai ketelinga. Nakal. Yang Manager tu pun sengih kerang jugak. Tak pasti dia sengih sebab apa. Sabojelah. Restoran Mamu AK Bistro

Sumber: FB Faizal Yamin

KENAPA SUSAH SANGAT NAK MAKAN SECARA SIHAT BILA KORANG MAKAN KAT LUAR / MAMAK ?

Macam ni , kita semua dah tahu dah kita kena elakkan process food , makanan berminyak , minuman yang manis , makanan yang salut cheese semua kan ? Tapi tu lah , kadang- kadang tu memang tak boleh nak elak sebab tekak nak sedap je .

Kadang tu ada yang rasa nak makan makanan sihat sikit , korang pilih nak makan salad , tapi korang tak tahu mungkin salad tu boleh jadi salah satu unhealthiest salad yang tinggi gila kandungan kalori dan lemak .

Kebanyakan restoran kat malaysia ni memang tak tunjuk nutritional information kat makanan. Lagi – lagi kedai mamak . Memang kompom tak lah kan . Dan kadang-kadang tu , dari segi aspek sosial – mana ada orang nak keluar makan dengan pentingkan makanan sihat ni kan ?

Nak order makan pun susah . Ni tak makan , tu tak makan . Kalau keluar sekali pun , kita yang nak kena amalkan gaya hidup sihat ni rasa takut nak order sebab nanti rasa macam tak kena dengan tekak je .

Apa yang selalu kita concern adalah cara dorang prepare makanan kita . Kebanyakan restoran , mamak , tak pun kedai makan biasa yang ada kat malaysia ni , aim dia satu je ; nak buat makanan tu rasa sedap dengan kos yang rendah .

Maksudnya , masak guna low quality of cooking oil , garam yang lebih , seasoning dan lain-lain lah . Janji sedap .

Jangan Lepak Lama Dekat Mamak ?

Walaupun makan di dalam restoran telah dibenarkan, pengunjung disarankan untuk TIDAK duduk dalam premis untuk masa yang lama.

Sewaktu sedang makan, pelanggan tidak memakai topeng muka. Jika ada pelanggan yang duduk lama, berbual serta bergelak ketawa di dalam premis, ia akan meningkatkan risiko penyebaran.

Kelonggaran peraturan dilakukan untuk membantu merancakkan semula kegiatan ekonomi masyarakat setempat, ia BUKAN alasan untuk anda mengabaikan langkah pencegahan.

Ingin lepak dan berborak di kedai mamak ? Sabar dulu… belum sesuai dan belum selamat 

Kedai Mamak punca gejala sosial di Malaysia ?

Kedai Mamak punca gejala sosial di Malaysia di mana Seks bebas, dadah, arak, pelacur, mak ayam dan anak2 ayam ya, semuanya bermula di kedai Mamak. Jom salahkan Mamak! patutlah aku beli rootbeer, pening2 aku lps minum mase sahur hrtu! #jilkee mamak!

Lepas ni tak payah lepak mamak lagi, jom tukar selere kite pi karoke, pub, kelab malam pulak. selamat sikit anak2 mude kita. harap minuman kat sini tak memabukkan..

#kipidap menteri2! akhirnya ada jugak menteri yang pandai dan yang mengambil berat perihal orang2 muda! #donggibap menteri2! habang sentiasa di belakang korang! Restoran Mamu AK Bistro

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply