Rezeki Bagi Makan Kucing

Rezeki Bagi Makan Kucing

Hebat nya rezeki Allah bila kita bagi makan kucing.

Cerita pagi ni, aku singgah foodcourt lepas hantar wife pg kerja. Lepas settle makan, pg ke motor nak balik. Ternampak kucing ni. Aku try la panggil macam nak bagi makan tu, dia datang.

Ha lapar la ni, kau sini”. Aku slalu ready makanan kucing letak dalam bakul macam dekat gambar, incase macam ni la.

Lepas settle tuang, biar dia makan, aku gerak.
Singgah la pam minyak, belum sempat bukak seat motor, ada makcik ni panggil,

dik dik! Sini ada lebih, meh sini, tapi tak banyak” aku dengan muka malu malu nangka busuk, “betul ke ni cik? Susah susah je, terima kasih cik”. Sedangkan makcik ni pakai apps setel, if dah penuh pun, balance tu dia return balik.

Then yang balance makcik tadi tu aku isi, tak penuh tank motor, aku letak balik nozzle, keluar hp nak guna setel, isi bagi penuh. Makcik ni keluar balik,
“penuh tak tu? Meh cik tambah bg penuh. Berapa berapa rm penuh?”

Aku pun jawab “Allah cik takpe, balance saya isi sendiri cik takpe. Susah susah je cik” makcik tu tak layan aku. Dia sambung “cik tambah rm4 cukup?” Aku “dah nak penuh ni cik, tadi saya ada sparuh lg, rm2 penuh dah ni”
Makcik tu “rm2 tak boleh dik, minimum rm3”

Aku dgn rasa bersalah nya “Alamak, okay cik, susah susah je Ya Allah cik. Semoga makcik murah rezeki! Terima kasih banyak cikkkkkkkkkk” dengan muka segan segan nangka kering.

Begitulah cerita aku pagi tadi. Yg aku nak tekan kan ialah, HEBATNYA REZEKI ALLAH TU. Aku bagi kucing tepi jalan makan, tak sampai 10min pun, Allah return balik rezeki tu. Benda ni la buat aku percaya rezeki Allah.🥰

Sumber: Twitter @abuybun

Leave a Reply

%d bloggers like this: