Saham McDonald Global Naik ?

Saham McDonald Global Naik ?

Saham McDonald Global Naik ? Untuk 1 bulan kebelakangan ini nilai saham Mcd Corp global tetap baik macam biasa. Berbeza dengan Mcd Msia yang menanggung sekian banyak kerugian sehingga terpaksa memfailkan saman terhadap pihak yang dianggap terlibat menjatuhkan syarikat yang dikendalikan oleh syarikat 100% Muslim tersebut.

Mcd Msia cuma bersaiz kecil jika diukur pada peringkat global

impak pada global tidak terasa meski Mcd Msia gulung tikar sekalipun. Namun untuk Mcd Msia, ia memberi penangan buruk terhadap para pekerja, percukaian, aktiviti CSR dan sumbangan zakat perniagaan tahunan.

Kali ini Mcd Msia failkan saman kepada entiti yang dianggap membawa pada kerugian mereka tanggung. Mana-mana pihak yang terlibat mengeluarkan persepsi dengan ‘fakta’ berserta andaian mereka sendiri bagi gerakan boikot Mcd Msia, haruslah bersedia untuk disaman dan berhujah di hadapan hakim. Katakanlah dengan yakin bahawa, Mcd Msia ada kaitan bantuan terhadap Isrel dan genocide di Gza. Katakan bersama bukti-bukti di hadapan hakim dan juri.

Saya pernah sebut dulu, jika nak boikot Mcd Msia atas faktor kesihatan, makanan tidak sihat sama seperti jenama produk makanan segera lain, saya setuju dan dipersilakan. Tapi kalau nak boikot dengan tuduhan ia bantu Isrel bunuh orang Plstin, anda perlu bagi bukti yang kukuh. Jika tidak, akan terjatuh dalam fitnah.

Kesan boikot rakyat Malaysia terhadap McDonald’s tidak mengenai sasaran.

McDonald’s Corporation sama sekali tidak terkesan walaupun hampir keseluruhan premis McDonald’s Malaysia berjaya diboikot. Saham McDonald’s Corporation terus melonjak naik dan semakin mengukuh. Ternyata McDonald’s di Malaysia tidak dimiliki oleh McDonald’s Corporation, sebaliknya dimiliki oleh Reza Group 100%.

Sebaliknya boikot terhadap McDonald’s Malaysia telah memberi impak kepada lebih 21,000 anak tempatan dan OKU yang berkemungkinan hilang mata pencarian. This boycott strategy is misplaced in many aspects, most of all its obscure impact levels on its targeted victims Israel/United States.

But its effect on the local franchisees, its agents and employees are evident, immediate and specific. Semoga ada mufti yang bersuara terhadap isu boikot supaya netizen lebih faham akan maksud boikot secara bersasar dan tidak memboikot secara membuta tuli, tanpa kajian terperinci. Wallahua’lam.

Bila isu Palestin naik, isu boikot Mcd and Starbucks pon akan muncul kembali. So marilah kita perbetulkan faktanya.

Siapa shareholder Mcd ? 10 Shareholder terbesar Mcdonald – Vanguard Group, SsgA Fund Management, Blackrock, Wellington Management, Geode Capital, Northern Trust Investment, Norges Bank, T.Rows Price Associate, JP Morgan dan Morgan Stanley.

Siapa shareholder Starbucks ? 10 Shareholder terbesar Starbucks – Vanguard, Blackrock, Ssga fund management, Magellan Asset Management, Geode Capital, Northern trust investment, Fidelity, Loomis, Sayles and co, Polen Capital Management, Norges Bank.

So dari list shareholder tu, top 10biggest shareholder hampir kesemuanya asset management company or mudah cerita company unittrust.

Persoalan kedua, adakah benar mereka menyumbang kepada tentera Israel ?

Berkenaan Starbucks tidak benar. Surat yang viral mengatakan CEO dia support Israel tu surat fake yang ditulis oleh Andrew Winkler. Dia sendiri dah mengaku yang surat tu hanyalah troll sahaja.

Tahukah anda dekat US starbucks kena boikot juga sebab kononnya Starbucks tidak support US military. Benda ni juga fake sebab orang sebarkan email palsu.

So both side of the party condemn Starbucks. Satu kata konon sokong yahudi, satu lagi kata konon tak sokong US. Dua2 fake. Kebenaranya ialah Starbucks tidak menyokong sebarang political movement, dia meniaga kopi je.

*Starbucks ada buat sumbang 25sen untuk setiap cawan kopi untuk mental health for veteran tentera. Itu sahaja sumbangan yang dia ada buat.

Mcdonald pula macam mana ?

Yang ni Mcdonald memang terang2 tidak menyokong agenda zionist. Mcdonald Israel taknak buka branch dia dekat settlements. Tempat lain dia buka tapi dekat kawasan yang Palestin nak claim macam tebing barat dia taknak buka branch.

Mcdonald even remind Israel untuk tak masuk dalam kawasan dimana palestin ada authority. Benda ni menyebabkan veteran tentera israel lancarkan gerakkan boycott Mcdonald.

Anyway dua2 saham ni best untuk kita beli. Starbucks traded at higher PE and benda tu justify the valuation sebab starbucks jual premium product, tiada competition dan starbucks make money.

Mcdonald pon best, traded at average PE tapi yang best sebab dia pegang market share and earning senang nak naik.

This is old posting la.

It’s now Dec and it has been dropping since. Sekalipun kau tak boikot, jgn la jatuhkan semangat org lain yg tgh boikot. We are making a difference and Allah knows on who’s side we’re on.

Org kita setiap kali hujah yg sama bila tak support the effort on boycotting ni which is kesian dkt pekerja2. Walhal in non-muslim countries, diorg lagi beriya boycott and pekerja siap berhenti kerja menunjukkan diorg tak support company sendiri.

Not saying yg tak boikot tu berdosa besar dan akan dihukum Allah nanti, but semua tu your own conscience. Kita as manusia takde hak nak menghukum siapa2. Cuma mampu menasihati dan mengingati satu sama lain.

McDonald’s Malaysia Bukan Milik Israel

ia Adalah Milik Lion Horn Dari Arab Saudi Di Bawah Reza Group Dan 100% Milik Orang Islam, Pengurusan, Pekerja, Pembekal Juga Orang Islam, Jadi Memulaukan McDonald’s Malaysia Secara Langsung Memusnahkan Economy Orang Islam, McDonald’s Malaysia Tidak Ada Kena Mengena Dengan Israel Atau Pun USA.

Cuma Bayaran Royalty 5% kps McDonald’s Cooperation Hanya Untuk Dapatkan Hak Guna Nama Sahaja, 5% Itu Untuk Pengurusan Dan Pemegang Saham, McDonald’s Adalah Company Awam Dan Tiada kaitan Dengan Politik.

Alasan saya tetap boikot Mekdi sebab :

1) Royalty tu tetap ke sana. Royalty tu yang saya risau itulah yang mereka gunakan beli peluru bunuh saudara2 saya di Palestin . Saya tak kesah langsung kalau ada nak kecam statement saya ni atau nak kata saya terpaling Palestin.

2) Mekdi memang mungkin makanan halal tapi dia tidak toyyib sedangkan islam anjurkan kita memilih makanan yang halal dan toyyib.

3) Ada tengok gambar n video dakwaan katanya daging mekdi ada terdapat tulang n daging manusia. Tapi ini berlaku kat mekdi luar negara, kat Malaysia mungkin tak ada. Tapi itu yang membuatkan saya was2 dah dengan mekdi

4) Saya boikot sebab ini salah satu sekecil2 usaha saya bersama Palestin. Nak bantu berperang di sana saya tak mampu. saham mcdonald global naik?

Tengok mekdi ada sponser tentera israel lagi kuat saya nak boikot produk ni.

Ada ura2 katanya mekdi nak saman siapa yang tubuhkan boikot mekdi. Saya rasa ini menjerut diri mekdi sendiri. Drpd saman mereka, adalah lebih baik mekdi buat promosi bungkusan support Palestin, letak lah gambar tembikai ke apa sebagai solidarity bersama Palestin. Tapi mekdi langsung taknak buat pun.

Kenapa? Tapi sebaliknya dia nak saman pulak orang2 yg bersolidarity bersama Palestin. Kat sini nampak sangat something fishy.

Tapi saya tak pernah memandang jijik atau kecam kawan2 atau pelanggan2 mekdi yang berkunjung di mekdi, itu pilihan mereka, dan itu pendapat masing2. Dan kita semua masing2 beramal dengan tanggungan sendiri. Kita sendiri yang akan jawab dan tanggung akibatnya di ‘sana’ nanti.

Cuma dengan pencerahan ustaz yang support mekdi secara berfakta ini mengurangkan rasa kejengkelan saya sikit lah terhadap mereka2 yang masih nak makan mekdi tu. saham mcdonald global naik?

Leave a Reply