Sambal Bilis Rangup

Sambal Bilis Rangup

Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yg orang duk jual tu. Akak dah buat memang rangupp berhari2 tau..

Makan dgn apa saja pun sedap..😋😋
Yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sb tu sambal ni rangup.😉

SAMBAL BILIS RANGUP

🐟ikan bilis dibasuh dan di toskan hgga kering
🐟Bawang kecil dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
🐟Bawang putih pun dihiris
🐟Cili kering di basuh dan keringkan
🐟Asam keping,garam dan gula
🐟Tepung beras,tpg jagung dan tepung gandum@ Tepung Tempura Bestari

CARA:

🌶️Gaul ikan bilis dgn ketiga² tepung tadi.akak lebihkan tepung beras dari tepung yg lain.sukatan agak2 je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye..

🌶️Gaulkan juga bawang kecil,bwg putih td dengan tepung2 tadi.

🌶️Panaskan api sederhana besar.goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan.kena kawal api ye kalau tak hangus nanti.agak2 dh golden brown bole angkat dan toskan.

🌶️Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.

🌶️Cili kering tadi digoreng juge dalam 2-3 minit atau agak2 garing tapi jgn sampai hangus nanti pahit.kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye..

🌶️dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping.gula lebihkan sikit ye.kacau sampai gula dan garam larut.

🌶️Kemudian tutup api dan sejukkan sambal.bila dah sejuk baru masukkan bahan2 goreng td dan kacau rata.

Siap utk dinikmati..😋😋😊😊❤️❤️

Edit post: jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yg dah di gaul dgn semua bahan2 td dan toskan dgn penapis.kemudian lapik dgn tisu dapur dlm bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi..

SELAMAT MENCUBA😊

Leave a Reply

%d bloggers like this: