Sarapan Best Shah Alam

sarapan best shah alam

Sarapan best shah alam ? Hehhee, saya tukar tajuk sikit untuk cabaran hari ketiga. Kali ini saya nak share dengan anda , tempat sarapan best yang saya mesti pergi, kalau dapat pergi tuh, memang layanlah.

Tempat ni, biasanya saya cari makanan yang sedap dan banyak pilihan, sebab kekadang Ainul bukan suka makan nasi lemak hahahha, oklah takpa, jom tengok pilihan saya nih.

Oklah untuk masuk ruangan yang banyak pilhan, ini adalah tempat restoran yang saya suka bawak anak anak dan mak mak yang nak banyak pilhan, supaya tak bosan nak makan nasi lemak je macam saya.

1. Restoran Soto , Seksyen 8

Hahhaha, memang best kat sini, dekat dengan rumah aku dulu, jalan kaki, terus sampai, lepas tuh, dekat dengan surau, senanglah siapa yang lepas lunch, boleh terus ke surau solat. Paling best ialah tentu sekali soto nya, dulu gua ingat lagi, masa mula buka, kedai ni satu je, lepas tu jadi dua, lepas tu jadi 3, lepas tu jadi 4 kedai dia sapu semua, hahahha. Harga soto tuh, dari RM 2.50 sampailah harga RM 4.00, biasalah inflasi yahudi nih, 

2. Restoran  Hartini Seksyen 10 

Oklah yang ni pun sama, masakan kelantan, yang bestnya sini ialah laksam dia, lauk memang pure kelantan, ada nasi kerabu tu sedap juga, jadi pilihan jugaklah, kalau nak bawak family makan yang ada variety. Tapi tak syok bila dah ramai, kena beratur panjang untuk bayar. Hahahha,

3. Restoran Ceria, Seksyen 3

https://www.propertyleads.com/learning-real-estate-investing/ simplifies the lead generation process, allowing you to focus on closing deals and expanding your business.

Hahhaa, bunyi macam adik beradik gembira, dulu restoran gembira memang sedap, hoo, tapi ceria cuba tiru, tapi memang takleh lawan yang Gembira dulu dulu punya. TApi nak buat macam mana, yang gembira punya sekarang ni ada kureng sikit

4. Gerai Mak Nik, Seksyen 11

Dari aku sekolah menengah , antar nasi lemak yang best untuk di makan, masih sedap macam aku sekolah dulu, tapi yang tak sedapnya, kalau takda duit kecik, habis aku kena pergi tukar, apapun gerai ni layan makan enjoyz sahaja.

5. Nasi Lemak Depan Pasar Seksyen 6

Aku tak tahulah apa nama kedai makcik tuh, tapi masa tu aku cubalah beli sarapan situ, sebab semua tempat kedai tutup time raya, alamak sekali rasa sedaplah, tak muak macam nasi lemak komersial yang lain. LEpas time tu, aku memang selalu sambar kedai tuh, murah gila dan sedap !!! Oh ye, ni bukan nasi lemak AYUB ye, hehehe. Takda gambar pulak, hehhee. Oklah, dah jumpa gambar, kedai dia sebelah kira gerai nasi ayam nih, ok, 

6. Kak Anie Shellrock – Tasik Shah Alam

MENU PANTAI TIMUR. BERMULA 8.30 PAGI, ORANG SHAH ALAM BOLEH SARAPAN MACAM-MACAM DI TASIK SHAH ALAM. JOM SARAPAN DI TASIK . NASI KERABU – LAKSAM – NASI DAGANG – NASI LEMAK – NASI KUKUS – NASI AYAM – MEE CELUP

(Buka setiap hari) .Waktu 9.00 pagi hingga 10.30 malam. Kami open oder dan pertanyaan. Sila watsup no di bawah. Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

7. Kafe Lorong Seksyen 13

Salam Hujung Minggu . Hari ni Kafe Lorong buka seperti biasa jam 8 pagi ya .Kat mana lagi pagi-pagi dah ada Char Kuey Teow Kerang Udang Goreng Panas , Nasi Goreng Lorong, Mee Kari atau Soto Ayam kalo bukan kat Kafe Lorong , Sek 13 Shah Alam . Dan yg paling spesel kami ada Karipap Sambal Legend yg kami bawa khas dari Tg Malim

8. Dapur Tokku U12 Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua warga shah alam. Selamat kembali bekerja kepada semua apa kata datang ke Dapur Tokku untuk sarapan. Pelbagai jenis sarapan yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan

Di sini anda boleh dapatkan makanan seperti mee / kuey teow / bihun / maggie / nasi goreng. nasi kerabu, nasi berlauk, kuih muih, mee / kuey teow / bihun sup. Waze: Dapur Tokku. Lokasi : Seksyen U12 Desa Alam, Shah Alam, Selangor.

9. Nasi lemak Jambatan Tamparuli Ustaz Ali Seksyen 18

Menikmati sarapan pagi Nasi lemak Jambatan Tamparuli Ustaz Ali (menantu kpd Hj Azmi pisang goreng tersedap)….memang terkenal dan SANGAT SEDAP. Dulu di Kota Samarah kini di Seksyen 18 Shah Alam….sila kunjungi FB Koleksi Alina

Semoga segala usaha ustaz diberkati Allah & bisnes nasi lemak ustaz bertambah masyhur dan maju. FB Nasi Lemak Ustaz Ali.

10. Roti Kitab by Nikafé

Destinasi Sarapan Santai Tepi Tasik di Shah Alam ! Salah satu destinasi untuk menikmati sarapan dengan aman damai, serta berdekatan lokasi riadah di Shah Alam. Ini adalah Roti Kitab by Nikafé yang terletak di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam.

Sesuai dengan namanya, destinasi ini terkenal dengan pelbagai pilihan Roti Kitab. Antaranya adalah Roti Kitab Barat, Roti Kitab Keju, Roti Kitab Kembar dan pelbagai lagi.

Selain itu terdapat banyak sajian sarapan pagi dari Pantai Timur seperti nasi dagang. Aneka kuih-muih juga boleh didapati disini.

Sambil-sambil sarapan, boleh lihat pemandangan indah dan angin segar di taman tasik, selepas itu boleh turut beriadah di sekitar taman tasik.

11. Jeligho Molek Restaurant Seksyen U13 Setia Alam

PORT SARAPAN BEST SETIA ALAM! Aneka menu istimewa dari Pantai Timur. Nasi kerabu tumis ayam percik putih. Gulai udang diraja sumpah takde kat lain. Daging grill rimau menangis lembut giler. Sarapan Nasi Lemok Mok sambal lejen.

Suasana kedai yang luas, bersih dan selesa. WALK IN TERUS. Jeligho Molek Restaurant. 31-GF, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Seria 88 Business Centre, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor.

Tips Sarapan

Hahaha, walaupun makan sedap, apapun, kalau makan tuh beringat sikit. Tapi jangan kome semua skip sarapan pulak, bahaya woo, bak kata pepatah, sarapan bagus, kalau kome nak diet. Hooo, lagilah kalau bekerja kuat. Tapi kalau kerja ofis, makan nasi lemak banyak, jawabnya boleh tertidur jugak, air liur meleleh di keyboard jawabnya, hahahha, oklah bye !!!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply