Sayur Untuk Ibu Berpantang

Sayur Untuk Ibu Berpantang

Sayur Untuk Ibu Berpantang ? Sayur-sayuran yang sesuai untuk ibu bersalin biasanya mengandungi nutrisi penting untuk pemulihan tubuh selepas melahirkan. Berikut beberapa sayuran yang biasanya disyorkan untuk ibu berpantang:

Sayur Untuk Ibu Berpantang

  • Bayam: Kaya akan zat besi dan asam folat yang dapat membantu mengatasi kelelahan dan mempercepat pemulihan.
  • Kangkung: Mengandungi vitamin A, C, dan zat besi, yang baik untuk pemulihan dan menguatkan sistem imun tubuh.
  • Labu: Kaya akan vitamin A, C, dan serat yang baik untuk pencernaan.
  • Labu Kuning: Mengandung vitamin A, E, C, dan serat. Juga dikenali baik untuk meningkatkan pengeluaran ASI.
  • Wortel: Sumber beta-karoten yang baik untuk kesihatan mata dan kulit.
  • Brokoli: Kaya akan vitamin K, C, dan serat. Mempunyai sifat antiinflamasi yang boleh membantu pemulihan.
  • Kentang: Mengandung vitamin B6, vitamin C, dan serat. Baik untuk tenaga dan pencernaan.
  • Buncis: Sumber vitamin K, C, dan serat yang baik untuk pencernaan.
  • Daun bawang: Kaya akan vitamin A dan C, serta dapat memberikan rasa yang lezat pada masakan.
  • Seledri: Kandungan udara yang tinggi, rendah kalori, dan mengandungi vitamin A, C, dan K.

Selain itu, penting untuk memasak sayuran dengan cara yang lembut, seperti direbus atau dikukus, untuk memudahkan pencernaan. Hindari bumbu-bumbu yang terlalu pedas atau beraroma kuat, dan pastikan untuk memperhatikan kebersihan dan keamanan bahan makanan. Selalu berunding dengan tenaga perubatan atau ahli gizi untuk mendapatkan nasihat yang lebih spesifik sesuai dengan keperluan ibu berpantang.

Tips Makanan Semasa Berpantang Selepas Bersalin

Waktu berpantang selepas bersalin adalah waktu untuk rehatkan badan ibu dan proses penyembuhan luka semasa bersalin. Elakkan makan hanya ikan masin, sayur sawi dan nasi putih sahaja. Kandungannya tak lengkap dan akan lambatkan proses pembinaan tisu baru. Sedikit tips ringkas pemakanan semasa ibu berpantang untuk penyembuhan luka :

  • Makan cukup karbohidrat, protein, sedikit lemak, serat dari sayur dan buah.
  • Makan lebih protein dan bagusnya bergilir-gilira antara ikan, ayam dan daging. Protein haiwan lebih baik untuk pembinaan tisu baru dalam badan.
  • Makan buah- buahan yang tinggi Vitamin C. Contohnya jambu batu, betik, oren, anggur, kiwi dan lain-lain. Oh ya, kalau anda ada berpantang buah A, ambillah buah B. Dalam medical takde pantang sebarang buah sebab tiada kajian saintifik buah sejuk dan lain-lain. Tapi pilihan masing-masing. Cuma pastikan ambil buah sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
  • Vitamin A dan Zinc. Kebanyakan vitamin boleh didapati terus dari buah yang kita makan. Lengkap jika ambil buah dengan cukup. Buah juga boleh bantu sembelit. Seksa kan sembelit.
  • Zat besi. Boleh didapati dalam sayur hijau. Penting untuk sokongan penyembuhan luka. Pilih sayur yang anda gemari. Pun tiada pantang dalam medical. Yang anda rasa tak sedap badan lepas makan, boleh tukar ke sayur lain. Asalkan sayur 2-3 kali sehari.
  • Air yang cukup. Minum lebih kurang 2-3 liter air sehari untuk bantu lancarkan sistem perkumuhan. Makan buah dan sayur banyak, tapi kurang air, akan buatkan sembelit.

Masa berpantang ni perlu makan dengan cukup supaya luka cepat sembuh dan kadar infeksi kuman pun akan berkurang.

Konsep berpantang untuk ibu-ibu lepas bersalin ni “simple” je.

  • Ibu nak makan buah apa pun ibu makan aje.
  • Ibu nak makan sayur apa pun ibu makan aje.
  • Ibu nak makan ayam ke daging ke ikan ke…ibu makan aje.

Apa yang penting ?? Selagi tidak memberi kesan mudarat pada ibu selepas makan ibu boleh aje makan. Selagi anak yang menyusu badan takde kesan sampingan dari susu ibu tu silakanlah makan. Ibu-ibu yang lepas bersalin ni perlu makan makanan yang tinggi protein dan vitamin untuk membantu penyembuhan luka.

Penting bagi ibu makan makanan yang berkualiti untuk membantu penghasilan susu ibu yang berkualiti. Walaupun bukanlah 100% peratus tetapi tak banyak tapi sikit pun susu ibu dipengaruhi oleh apa yang ibu makan. Lagi satu , tolonglah minum air masak tu lebih. Makan pun biarlah ada kuah. Bukan makanan yang kering kontang. Pi minum kopi pekat likat. Tak pasal ibu sembelit. Nak “uh..uh..” (berak) pun takut. Takut luka jahit terbuka. Kononnya…

Jangan dipaksa najis tu keluar tapi kita bantu najis tu keluar. Dengan cara apa?? Dengan cara kita lembutkan najis. Cara nak lembutkan najis ni ibu kena la makan buah, minum jus buah , makan sayur, minum air secukupnya dan makan la bubur dulu (awal-awal lepas bersalin).

Kalau tak percaya nanti boleh cuba. Dah cuba baru la dapat kesannya. Bukan pi dengaq cakap orang kononnya tak boleh makan itu ini. Padahal belum makan lagi. Setiap badan orang ni kesan sampingan tak sama. Jadinya janganlah mudah percaya sangat. Yang penting cuba dulu. Ok la awak , nanti sis bebel lagi. Nak pi makan jap. Babai. #jm_harmuny

MENGAPA IBU BERPANTANG TAK BOLEH MAKAN DURIAN EVENTHOUGH IA BERSIFAT “PANAS”?

Semua sedia maklum bahawa ibu berpantang tidak boleh amalkan pemakanan sayur atau buah-buahan yang bersifat sejuk. Maka ramai yang bertanya kepada saya mengapa durian tidak boleh dimakan, meskipun ia bersifat panas? Didalam perubatan melayu, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai sifat “panas”, “sejuk”, “lembap”, “kering”, “berangin” dan “bergas”

Sebagai contoh:

  • Tongkat Ali dan Sireh – panas dan lembap
  • Serai – panas dan kering
  • Kacang panjang – sejuk dan berangin
  • Manakala durian – panas dan berangin.

Kandungan durian yang bergas boleh mengakibatkan ibu mengalami masalah medu di mana angin akan berkumpul dan menolak ulu hati. Saya pernah ada seorang pelanggan yang makan durian dalam pantang sebab ibu dia suruh amalkan untuk tambah susu.

Selepas dia makan durian, badannya mula menggigil dan berlakunya bentan urat dimana dia mengalami kesejukan dalaman dan panas luaran badan dan menggigil dengan teruk. Perutnya memulas2 dan angin tak keluar meskipun dah banyak kali sendawa.

Dan sudah ada beberapa kes ibu yang hamil mengalami keguguran lepas memakan buah durian.

Disebabkan itulah durian tidak boleh diamalkan bersama air karbonat. Amalan sebegini mampu menyebabkan ledakan gas dalam perut, menyebabkan kesakitan, kesukaran bernafas malah boleh mengakibatkan kematian.

Berbalik pada buah durian tadi, ia boleh menjadi milk booster buat ibu once ibu dah tamat tempoh berpantang 6 bulan (pantang local fruits sebaiknya 6 bulan). Dan ketika itu juga bayi anda sudah gagah sedikit dan pandai membuang angin dengan sendiri.

Kalau saya pula…makan durian lepas tu balas air dari pangsa durian utk keluarkan panasnya. Dalam erti kata lain. Ibu berpantang hanya boleh amalkn makanan yang bersifat panas dan kering sahaja. Itu sebaik2nya. Credit: Health and Beauty from the Rainforest – Malaysian Traditions of Ramuan. Sayur Untuk Ibu Berpantang ?

Leave a Reply