Sayur Zaman Sekarang

Sayur Zaman Sekarang

Sayur Zaman Sekarang. OUR SAYUR NOWADAYS. Posting kali ini, indirectly to .Baca tajuk atas nu,Berbanding dengan sayuran yang ditanam berdekad dahulu, sayuran/makanan kita pada harini sangatlah kurang vitamins dan minerals disebabkan over-fertilized crops.

Masalah Sayur

Sebenarnya, rasa macam kurang layak nak menulis pasal posting ni, tapi sebab pagi ni, At curious giler nak tahu, lebih baik aku mencari data ni. Lagipun, mana logik tak layaknya kan, bukan kah kita pemakan? Dah tahu pemakan, jadi carilah source nya. Masuk dalam badan kan. Lagi pula, At tak tanam sayur/makanan sendiri. Totally beli.

Yang makan sayur, kentang, bawang merah, bawang putih hasil tanam sendiri, awal-awal ni, At ucapkan tahniah.

Untuk tampung food bank kita, Malaysia import makanan dari luar dan China merupakan exporter terbesar dalam pasaran makanan kita. Which is 18% diikuti India, Thailand and Indonesia. (sumber: https://themalaysianreserve.com/2019/11/19/food-import-bill-hits-rm34-2b-as-of-august/). Tapi, meh cerita the seram part of agriculture in China.

Peladang di China menggunakan racun/baja (fertilizer) untuk tanaman bagi tujuan eksport lebih dari sepatutnya, iaitu empat (4) kali berlebihan dari level global yang sepatutnya. Thats how mereka berjaya produced enough food to keep pace dengan population growth (sumber: https://www.weforum.org/agenda/2018/03/this-is-how-china-cut-fertilizer-use-and-boosted-crop-yields/).

Sampai satu masa, memang terpaksa bergantung pada excessive-fertilized ni, sebab nakkan ‘hasil’ tinggi untuk tampung population dunia yang semakin besar. Populasi China sendiri tinggi diorang nak tampung, inikan pula nak jadi food exporters terbesar dunia. Takkan nak depopulation pulak kan? eh. Its the damaging truth tentang our foods today, yang kita memang kena telan hakikatnya (sources: https://chinadialogue.net/en/pollution/5153-the-damaging-truth-about-chinese-fertiliser-and-pesticide-use/ ; https://factsanddetails.com/china/cat9/sub63/item348.html).

Tapi penggunaan excessive nitrogen sebagai baja ni, membawa kepada permasalahan lain.

Banyakkan makan sayur hijau

pucuk paku kaya dengan zat besi dan mengandungi vitamin A yang dikatakan penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam. buah jering yang baik untuk tulang kerana kaya dengan protein, kalsium, zat besi dan fosforus.

Ulam pegaga sebagai contohnya yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit

Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.

Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.

Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Masalah utama ialah pencemaran air. Tengok gambar kedua, yang marked merah tu, extremely water stressed due to highly polluted, dan kawasan tu jugak kan agriculture spot.

Tapi tak habis kat situ,
Bukan semata-mata pada pencemaran air saja, tapi kesannya pada nilai kesihatan kita. Pencemaran air banyak terkait dengan hemoglobin disorders, manakala komposisi baja yang digunakan kaya dengan logam berat punca penyebab masalah immunity haywire, kulit, neurodegenerative, kidney diseases etc. (sources: https://lettucegroup4.weebly.com/effects-on-human-health.html ; https://amosinstitute.com/blog/the-health-impacts-of-chemical-fertilizers/).

Jadi, quote ‘Let Food be thy Medicine’ tu, kalau tengok situasi harini, baik lah kita sambung quote tu dengan ‘Supplement Wisely’ juga. Sebab quote tu pun was in 1970s.Supplement yang organik dan baik pun kini jadi satu keperluan. Percayalah.Suka makan sayur dan ulam, dan amal supplement yang baik.

SAYUR VS SUPPLEMENT

Bila cakap pasal sayur dan supplement, ada dah mereka mereka ni yang cakap, makan supplement tak yah dah makan supplement. ADa yang cakap, makan sayur je dah cukup, toksah makan supplement. Hadoi mana satu yang betul nih ? Oklah, sebenarnya ada betul dan ada tak betul. Sebab sayur dan supplement ni fungsi dia sangat berbeza.

Pernah tak kau terfikir orang yang VEGETARIAN ? hahahaha, kalau bahasa melayu tuh macam bunyi vege + tarian. Hahaha sayur sayur menari. Hhahaha, tuh bukan lawak. Kau tahu tak untungnya orang yang makan sayur je, tanpa makan daging ? Sangat sangat bagus, dan ianya bagus untuk pesakit yang ada masalah kesihatan kritikal , lagi lagi sakit kanser. Kalau makan daging, tentu sekali banyak kolesterol, toxin, yang boleh memburukkan keadaan nih lagi.

Kalau baca kisah kisah menarik tentang kisah kanser survivor, mereka nih biasanya memang go vegetarian, sambil tuh jaga makan, senaman. So mereka ni amaklan sayur sayuran yang organik, jauh dari bandar. Hahaha, yang baja sendiri punya, tanam secara natural. Jadi sebenarnya,kalau nak sihatkan badan, makan sayur bagus, makan daging tuh sekali sekala je. Banyak sumber nutrisi yang terbaik ada dalam sayur. ADa satu pendapat rasulullah memang kawal makan daging, semi vegetarian. Ada kepercayaan lain yang memang totally vegetarian, macam ahli shaolin nak belajar kungfu.

Tapi bila makan sayur je, ada beberapa nutrisi yang tak cukup. Contoh macam kalsium, kalau makan brocolli banyak banyak, gila kau tak muntah hijau, sebab tuh ada nya supplement, nama pun supplement, nak cukupkan badan dengan zat. Lagi pun nak vitamin C, nak makan banyak banyak oren, silapnya kau boleh kena cirit birit sebab oren terlampau asidik. Tambahan lagi, sayur dalam masakan banyak nutrient penting dah hilang. Itu belum tambah lagi sayur sayur zaman moden, kena lagi dengan keadaan sekarang serba moden asap asap kilang lagi.

Jadi memang kena makan sayur tambah lagi dengan makanan tambahan aka supplement. Kalau kata makan supplement tak sihat, baca sikit pasal landmarkstudy. Hahaha, cuba buat bacaan sikit. Nak sihat nih, kena ada semua elemen, bermula dari permakanan, aktiviti harian, tambah lagi dengan supplements, barulah tahap kesihatan tuh boost up baik punya . Kalau tak, asyik asyik sakit je.

MAKAN SAYUR-SAYURAN DAPAT MENCEGAH KANSER PROSTATE

Dalam satu kajian yang dijalankan pemakanan (diet) yang diamalkan oleh orang sekitar lautan Mediterranean (atau dinamakan diet Mediterranean), makan sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat kanser prostate.

Dalam kajian yang lain, soya, selenium dan teh hijau (green tea), juga dapat mencegah kanser prostate. Ianya adalah usaha mengurangkan risiko terjadinya kanser, bukannya cara merawat kanser.Dalam kajian yang lain juga menunjukkan cara terbaik untuk mengelakkan risiko mendapat kanser ialah dengan mengamalkan makan banyak sayur.

Dalam kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat di kalangan wargatua mendapati mereka mengambil pemakanan yang menghidangkan daging merah yang sedikit, dan mengambil banyak sayur-sayuran dan buahan, dan melakukan riadah ringan dapat membantu melambatkan progres penyakit kanser ini.

Apa yang lebih pasti ialah mereka yang kekurangan vitamin D dan mengambil banyak daging merah lebih mudah mendapat kanser prostate. Article: “Prostate Cancer Prevention: Past, Present, and Future,” Neil Fleshner, Alexandre R Zlotta, CANCER; Published Online: September 24, 2007

Leave a Reply