Search Setelah Hujan – Lirik Cedok Al-Quran ?

Search Setelah Hujan – Lirik Cedok Al-Quran ?
” Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira; ( arrum 30:48) “
korang pernah dengar tak lagu ROCK ? lagi lagi lagu ciptaan M NASIR ? lagu mamat nih, banyak guna bahasa alam, untuk menggambarkan keimanan dan kecintaan kepada Allah.
Dia balik kumpulan awan
Yang berarak
Ada cahaya yang terpancar
Mencelahi warna yang tadinya kelabu
Mega mendung rinduku
Kita nyanyi setelah hujan
Kita mimpi selepas hujan
Dan dari cahaya
Menyuluh ke bumi
Sambil melukis pelangi
Pertumbuhan hijau
Membuka matanya
Dan kehidupan menari
Kita nyanyi setelah hujan
Kita mimpi selepas hujan
Dan aku cinta padamu ( 3X )
Baca dan dan hayati lirik lagu ni, nanti ko akan faham, lagu rock bukan sebarang ROCK !!! Nak buat lagu ROCK pun, rujuklah Al QURAN !!! search setelah hujan.
Pengaruh Muzik Rock Malaysia
Pengaruh muzik rock dari barat di Malaysia bukan lah benda asing. Jadi tidak hairanlah banyak band rock kapak mengambil melodi idola mereka untuk diselitkan dalam lagu.
Plagiat,saduran atau “influence”, korang bezakan sendiri. Mungkin sebab pasaran kita kecil, jadi band luar tak kisah kot kalau lagu mereka kita “pinjam”. search setelah hujan.
Ini adalah senarai lagu rock kapak yang mempunyai persamaan dengan lagu dari band luar.
- Debunga Wangi (Lefthanded) – Aces High dan Prodigal Son (Iron Maiden). Gitar solo lagu Prodigal Son hampir sama dengan solo lagu Debunga Wangi. Manakala intro pula seakan dengan lagu Aces High.Ada juga sedikit persamaan dengan lagu Like Hell – Loudness.
- Pawana (Search) – Iron Maiden (Powerslave), I Dont Know( Ozzy Osbourne). Pawana lebih menyerupai Powerslave dari I Dont Know.
- Sejuta Wajah( Sweet Charity) – Belladonna(UFO). Buka lagu Belladonna dan pergi terus ke bahagian solo gitar. Ibarat solo Sejuta Wajah cuma slow sedikit.
- Abadikah Tragedi (XPDC) – When The Children Cry (White Lion). Guitar chord yang digunakan oleh Izo sama dengan intro lagu White Lion ini.
- Anak Liar (SYJ) – Wild Child (W.A.S.P). Tajuk sendiri dah jelas. SYJ memang mengidolakan kumpulan W.A.S.P. Kalau SYJ dianggap band paling kontroversi di Malaysia, di Amerika pula adalah W.A.S.P
- 1001 Malam(Febians) – Hallowed Be Thy Name (Iron Maiden). Salute to Aziz Febians kerana menambah scaling “Arabic” dalam lagu Maiden ini.Bukan dikira plagiat bagi aku sebab hanya part nyanyi sahaja sama melodi. Lagu Perjuangan dari kumpulan Oi/Skinhead terkenal A.C.A.B juga lebih kuat baunya berbanding 1001 Malam.
Lagi Pengaruh Best Rock
- Sirih dan Gambir( Search) – You Really Got Me (The Kinks). The Kinks ataupun lebih dikenali sebagai ” Godfather Of Punk” meriliskan lagu ni pada tahun 1964. 20 tahun kemudian Van Halen “cover” semula. Dari mula sampai habis, memang tiada beza kedua lagu ini.
- Tiada Lagi Airmata (Helter Skelter) – How Many Tears (Helloween). Solo lagu How Many Tears digunakan sebagai intro dan structure dalam lagu Tiada Lagi Airmata.
- Kekejaman (Rockers) – Hail and Kill (Manowar). Dulu ingat Rockers amik lagu ni based on The Trooper dari Iron Maiden.Bila dengar lagu Hail and Kill, lagi jelas persamaan.
- Sketsa Sebuah Cinta (May) – You Are The Heart (Tokyo Blade). Hampir sama struktur lagu. Tapi May punya lagi sedap. Biasa la brader, chording minor dah sebati dengan kita.
- Rintangan Hidup Dunia(Rusty Blade – Shot In The Dark (Ozzy Osbourne). 80% sama dengan lagu Ozzy ini.
- Semangat Yang Hilang(XPDC) – Down By The River(Albert Hammond). Genre muzik yang berbeza. Apa yang sama adalah melodi nyanyian.
Sebenarnya banyak lagi lagu yang mempunyai persamaan dengan band luar. Cuma 12 lagu ini adalah lagu yang berprofil tinggi. Boleh follow channel Youtube Daeng Hasri untuk tahu lebih mendalam.
Band grunge pun ada terpengaruh dengan artis melayu. Nirvana (Nevermind)- Nirwana & A Rahman (Tak Mengapa )
Aduh Saliha Buat Ku Tersentap ?
Balik dari rumah mertua, sempat berborak borak dengan Ainul Fadzilah Mustafa tentang lagu yang dibawakan oleh hafiz hamidun, ni semua sebab penangan #gemagegarvaganza. Hhaha, lagu m.nasir, lirik arwah loloq nih, macam nih.
Mawi – Aduh Saliha
Mana rayuan ku
Hendak ku sampai kan
Rindu berahi ku pada
Kasih yang jauh
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat
Mana pengganti mu
Hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku
Pada cinta yang luruh
Luruh bukan daun yang pudar
Luruh jiwa dan badan
Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cinta mu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan
Aduh mahkota terhempas
Baru lah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh hanya lah kaca
Sesudah berdarah barulah
Aku sedar jiwaku tercalar
Oh … sakitnya
Bukan kepalang
Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa
Racun hidup ku
Saliha
Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi dalam hidup ku saliha
Kau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib dalam gelita
Saliha
Oohh saliha
Berdamping Dengan Orang Soleh
Bila berborak borak tuh, dengar penerangan Hafiz Hamidun tuh, betul jugak, kita ni kena berdamping dengan orang orang soleh, Oklah, bolehlah macam tuh. Tapi bila wife aku explain, aku pun tersentap.
Mungkin jugak loloq menegur ” ORANG ORANG SOLEH ” dalam lagu nih. Ye betul, bila orang orang soleh ni dah mula tinggalkan kerja mereka, bila dah tak buat kerja kerja amar maruf nahi mungkar nih, tuh yang jadi seksanya hidup macam mawi tuh. Bila orang orang hanya kejar NAMA dan PANGKAT semata, jadilah ramai diluar sana terseksa, dek kerana sifat orang nih.
Soalan paling penting, SIAPA “ORANG ORANG SOLEH” TUH ? tak lain dan tak bukan ialah KITA SENDIRI !!! yang banyak Ilmu, tapi tak guna ILMU yang Allah bagi !!! yang kejar nama dan pangkat, yang mula hilang keihklasan,
Ambillah pengajaran dari alquran,hikmah dan ibrah,dan tulislah lagu yang bagus bagus untuk warga dunia pancaroba.