Sejarah Piala Asia Malaysia

Sejarah Piala Asia Malaysia

Sejarah Piala Asia Malaysia. Kurang 35 jam lagi and counting, Harimau Malaya akan turun ke gelanggang pusingan akhir Piala Asia buat pertama kali selepas 44 tahun lalu yang layak secara merit dan 17 tahun lalu layak selaku tuan rumah kejohanan. Kali terakhir Malaysia berada di Piala Asia ialah pada 2007.

Hari ini hampir keseluruhan skuad 2007 sudahpun bersara

dari bolasepak professional kecuali Indraputra Mahyuddin. Pemain terbaru yang bersara dari skuad tersebut adalah Aidil Zafuan manakala beberapa pemain lagi menjadi coach di Liga Malaysia dan kebangsaan seperti Shukor Adan sebagai Assistant Coach Malaysia U23, Nazrulerwan coach Kelantan United, Akmal Rizal di Penang, Hairuddin Omar bersama Terengganu FC II dan Hamzani Omar dan Aidil bertugas bersama JDT. Punyalah lama Malaysia gagal ke Piala Asia.

Skuad 1980 pula, menghimpunkan lagenda2 bolasepak 80an seperti Soh Chin Aun, Bakri Ibni, Jamal Nasir, Wan Jamak, Shukor Salleh, Abdah Alif, Ong Yu Tiang dan ramai lagi. Hanya Tukiman Bahari diketahui telah meninggalkan kita semua. Yang lain alhamdulillah masih sihat dan aktif sebagai pemerhati bolasepak tanahair atau bersama masyarakat. Semoga mereka terus sihat walafiat.

Manakala skuad pertama negara yang layak ke Piala Asia pada tahun 1976 di Iran pula ramai antara mereka yang sudah meninggalkan kita semua antaranya R. Arumugam, Hamid Ramli, adik beradik Isa dan Ali Bakar dan Mokhtar Dahari.

Yang masih aktif hari ini antaranya seperti Santokh Singh (baru jumpa dia semalam), Irfan Bakti, Shukor Salleh dan Mohd Azraai Khor Abdullah. Semoga mereka juga terus sihat walafiat dan terima kasih kepada kesemua mereka atas jasa bakti bawa Malaysia ke pentas Asia. Sejarah Piala Asia Malaysia.

1976 dan 1980 adalah yang pertama pasukan Malaysia layak ke Piala Asia secara berturut-turut.

Pada 1976 Malaysia menjadi antara 6 pasukan Asia yang layak kenpentas akhir dari 30 negara AFC. Kita layak selepas menjuarai Kumpulan A kelayakan dengan kalahkan Korea Selatan 2-1, Thailand 1-0 dan Vietnam 3-0 di Bangkok.

Bagi edisi 1980 di Kuwait pula, Malaysia antara 10 pasukan Asia yang layak ke final round dari sejumlah 33 negara AFC. Malaysia layak selepas menjuarai kumpulan 3A di kelayakan setelah kalahkan Indonesia 4-1 dan seri dengan Korea Utara 1-1.

Skuad Piala Asia kali ini amat berbeza sekali berbanding skuad sebelumnya. Perbezaan paling ketara ialah skuad kali ini dilatih oleh jurulatih asing berbanding 3 skuad sebelum ini yang dilatih oleh coach tempatan iaitu M Kuppan (1976), Mohamed Che Su (1980) dan Norizan Bakar (2007).

Satu lagi perbezaan ketara ialah 3 skuad sebelum ini adalah 100% pemain tempatan lahir di Malaysia manakala skuad kali ini mempunyai pemain warisan yang diusahakan oleh FAM dan beberapa kelab. Juga melalui program menaturalisasikan pemain2 asing yang telah terlibat dalam kancah bolasepak negara lebih 5 tahun berturut-turut.

Semua ini mengikut segala peraturan yang FIFA telah tetapkan. Pemain naturalisasi pertama di Malaysia adalah Razali Alias dari Singapura yang bermain untuk Selangor dan mendapat 2 caps untuk Malaysia di era 80an.

Pasukan kali ini adalah bewajah baru

dengan sentuhan jurulatih dari Korea yang juga gergasi bolasepak Asia dan faham dengan budaya bolasepak dan orang Asia. Ramai tak perasan dalam sejarah bolasepak negara, inilah pertama kali pasukan kebangsaan berada di bawah bimbingan jurulatih Asing dari Korea Selatan dan Asia. Sebelum ini semua coach asing kita adalah dari Eropah, Australia dan Afrika.

Setakat ini, rekod menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Namun, ini pertama kali Malaysia akan bermain selaku pasukan paling tercorot dari segi ranking FIFA di dalam kumpulannya. Bermakna, apa2 keputusan positif dari setiap perlawanan Malaysia akan membawa impak besar dari segi mata ranking negara dan imej negara. Kita hadir sebagai underdog.

Jika ada pula result negatif dari setiap perlawanan Malaysia, ia sebanarnya tidaklah membawa impak terlalu buruk kerana kedudukan lawan sememangnya jauh dari Malaysia. Tak besar sangat kecewanya.Kita hanya mampu berdoa agar segalanya lancar dan dipermudahkan. Sejarah Piala Asia Malaysia.

Piala Asia Qatar : 3 Perkara Yang Bakal Terjadi jika Malaysia Tewaskan Jordan .

Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Jordan, terdapat 3 perkara mahu pun rekod yang bakal tercipta buat Malaysia dan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon.

1 – Malaysia berada di ranking ke-130 dunia dengan mata yang terkumpul adalah 1123.45 mata. Seandainya Malaysia menang, mata ranking Malaysia akan ditambah 22.35 mata. Dengan tambahan mata itu, Malaysia akan naik 6 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-124 dunia memintas beberapa negara seperti Cyprus, Gambia dan Zimbabwe.

2 – Dua pasukan ini sudah bertemu sebanyak 5 kali sejak tahun 1988.

Dalam 5 pertemuan itu, Malaysia gagal memenangi sebarang perlawanan. 3 perlawanan dimenangi oleh Jordan manakala 2 lagi berakhir dengan keputusan seri. Seandainya menang, ianya merupakan rekod terbaik Malaysia.

3 – Sejak Kim Pan Gon dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya pada Januari 2022, Malaysia belum pernah menentang Jordan. Sekiranya 3 mata berjaya diperoleh, nama Kim Pan Gon akan kekal dalam lipatan sejarah bola sepak negara sebagai jurulatih pertama yang berjaya menewaskan Jordan. all the best HM !

Ramai tanya berapa habis dekat Qatar 7H6M. Aku nak cerita sikit boleh. Kalau tak nak baca scroll laju.. hehe

Jun 2022 kita dah tahu Malaysia akan bermain Piala Asia 2023 tapi belum tahu dekat mana venue. Dalam hati aku tergerak nak pergi sebab Piala Asia kan nak jugak ada dalam catitan sejarah peribadi. Masuk 2023 bulan Mei Aku buat tabung Asia tabung ni aku akan masuk RM20 sehari hasil untung rugi bisnes aku. Kita bukan orang senang nak pergi satu tempat yang jauh perlukan pengorbanan.

Balik kerja pastikan bubuh dulu RM20 dalam tabung setiap hari. Sampai 7 bulan aku kira-kira ada dalam RM3800. Okey takpa simpan dulu sebab tak tahu jadi pergi ke tak. Ada jugak ajak kawan-kawan jom pi Qatar tapi tula kos agak tinggi.

Dalam lagi 3 minggu Piala Asia nak mula terdapat panggilan tengah malam dari sahabat ajak macam ni. Wey jom buat kerja gila nak pergi Qatar tengok dua game. Aku tak fikir banyak terus kata ok ON. Beli tiket flight dapat harga RM3312. Terus bukak tabung aku terus book flight. Tak usik duit lain ambik duit tabung asia aku ja. Menabung amalan mulia settel bab flight. Tiket bola RM60 dua game. Tiket stadium murah.

Tapi rezeki aku jugak kawan aku dia kerja hotel dapat discount banyak. Hotel 5 star kot.

Dia kata standby seorang RM1000 utk 7H6M. Okey bab hotel settel. Nama hotel Element dekat bandar Doha. Tinggal duit makan jalan-jalan dgn shoping ja dekat sana. 7H6M makan jalan beli ole-ole sikit habis dalam RM3000 jugak nak merasa tempat orang. Okey habis dah cerita bab modal dekat Qatar. Ada bawak balik pengalaman jalan-jalan negara arab.

Cintaku tertinggal di Qatar. Cinta kita tak cakap tapi kita buat. Allah permudahkan urusan aku. Awaydays yang paling diingati. TQ Rey call aku ajak pergi Qatar Muhamad Fadzil . Bola sepak bawa aku lihat dunia. Nazrin Caien

Leave a Reply