Semakin Diet Semakin Sakit
Semakin Diet Semakin Sakit ? Saya pernah berjumpa ramai pesakit yang mempunyai masalah kesihatan dan hanya dengan menurunkan berat badan dapat membantu mereka mengembalikan kesihatan mereka. Kebanyakan mereka mengamalkan diet yang tidak seimbang dan paling popular tinggi protein rendah karbohidrat.
Kesannya, buah pinggang sedikit rosak menjadi semakin rosak serta gejala kekurangan gula (hypoglycemia) yang teruk berlaku seperti pening, mahu pitam, lemah sejuk seluruh badan berlaku.
Fad diet adalah diet yang hanya mengambilkira penurunan berat badan sahaja tanpa mengambilkira nutrien yang seimbang dan jangka masa panjang.
Contoh Fad diet adalah seperti di dalam gambar..
Penurunan berat badan menggunakan menu seperti di bawah adalah sangat tidak digalakkan kerana mengurangkan hidangan karbohidrat secara drastik dalam diet seharian.
Kekurangan karbohidrat boleh menjejaskan fungsi otak dalam jangka masa panjang dan salah satu nya adalah cepat nyanyuk. Ia juga boleh membuatkan kita lesu sepanjang hari serta mood swing.
Berat badan yang turun pada awalnya adalah dari penggunaan glycogen sebagai sumber tenaga yang mengakibatkan pemecahan ikatan air pada glycogen. Selalunya berlaku di otot dan hati. Air yang banyak turun mengakibatkan berat badan turun mendadak kerana 40- 60% dari berat badan manusia adalah cecair.
Kesan diet tinggi protein perlu dilihat dengan lebih luas kerana salah satu kesannya adalah osteoporosis dan ‘membebankan’ buah pinggang kerana penghasilan urea yang berlebihan. Bagi mereka yang sudah mempunyai masalah buah pinggang, diet sebegini akan memburukkan lagi kondisi buah pinggang anda.
Diet yang disarankan adalah lengkap sumber karbohidrat, protein dan serat pada setiap kali makan utama ( pagi, tengahari, malam) dan mengambil snek berupaya buah-buahan atau makanan kegemaran dalam jumlah yang terkawal.
Diet jenis di bawah tidak sesuai untuk sesetengah golongan berisiko tinggi malnutrisi seperti pesakit diabetes, tekanan darah tingggi, masalah jantung, kanak-kanak, orang tua, masalah buah pinggang, ibu mengandung atau menyusu.
Menu menurunkan berat badan hanya fokus pada kalori semata-mata.
Tapi jika anda fokus untuk sihat, jangan mudah terpengaruh dengan sumber dari media sosial atau pakar-pakar yang tidak diiktiraf dalam bidang diet.
Jangan biarkan kes meninggal di hospital akibat terlalu mahu kurus terjadi sekali lagi.
Owh ya, jika mahu download risalah yang berkaitan diet serta penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, masalah jantung dan sebagainya boleh download di sini:
http://fh.moh.gov.my/…/orang…/penjagaan-perubatan-primer
Mohd Khairul Azuan, Dietitian
TERIMA KASIH DIET INTERMITTENT FASTING DAN DIET KETOGENIK
Seiring dengan bertambahnya usia dan melahirkan dua orang anak, berat badan saya juga semakin meningkat. Berbagai cara diet telah dicuba, namu tidak bertahan lama dan tidak menunujukkan hasil yang signifikan.
Oleh kerana belum masuk kategori obese (walaupun sudah overweight), maka keinginan untuk mengatur corak pemakanan yang lebih sihat belum diiringi dengan keazaman yang kuat.
Sehingga suatu hari saya dan suami melakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala dan mendapati keputusan pemeriksaan darah saya dan suami sangat membimbangkan. Tahap kolestrol terutamma Triglyceride dan LDL yang tinggi. Bacaan gula dan tekanan darah sudah meningkat.
Ini sangat mengelirukan saya kerana saya jenis orang yang suka makan di rumah dan hanya sesekali saya akan makan di luar. Jadi kami sentiasa makan “secara sihat”.
Saya mula mencari apa kesilapan dalam cara pemakanan saya. Banyak rujukan doktor yang saya buat tetapi tiada yang memuaskan hati saya.
Akhirnya saya menyertai Kelab Diet Dr Zubaidi yang mencadangkan melakukan Diet Intermittent Fasting bersama diet rendah karbohidrat dan meningkatkan penggunaan lemak baik (healthy fat). Senaman ringan setiap hari 30 minit.
Berat badan suami saya pun mulai turun perlahan-lahan sebanyak 13 kg. Stamina nya semakin meningkat. Hasil pemeriksaan kesihatan selanjutnya, menjadi normal.
Hal ini membuat saya membaca lebih banyak tentang Diet Intermittent Fasting dan Ketogenik. Saya mengikut langkah yang Dr Zubaidi Hj Ahmad sarankan. Tiga bulan pertama berat badan saya turun sebanyak 12 kg. Saya merasa lebih berstamina, tidak mudah penat, dan penyakit gastritis saya semakin beransur hilang. Lutut saya yang dulu sering sakit kalau saya naik tangga, sekarang sudah tidak lagi.
Dengan ilmu diet Intermittent Fasting dan Diet Ketogenik yang saya belajar, saya lebih memahami apa yang baik untuk tubuh saya.”
Terima kasih Puan Sutinah, Batu Pahat.
Daging, lemak dan garam bukan punca anda sakit.
Daging, lemak dan garam adalah makanan natural kepada manusia. Adalah sesuatu yang bersalahan untuk mengaitkan ketiga unsur ini dengan penyakit.
Punca sebenar ialah makanan yang tinggi karbohidrat refined seperti glukosa, fruktosa, hydrogenated seed oils dan gluten yang merosakkan tiga organ penting dalam badan anda, HATI, BUAH PINGGANG dan USUS anda.
Apabila kamu makan/minum high carb diet bersama fructose + gluten + hydrogenated seed oils, hati jadi berlemak, buah pinggang rosak nephron dan glomerulus, usus kehilangan integriti dan mikrobiom baik semakin berkurangan. Ini menyebabkan badan kamu simpan air, tambah lemak, unsur radikal bebas mudah masuk ke dalam sistem dan merosakkan semua homeostasis function dalam badan kamu.
Penyudahnya kamu tak dapat makin daging, lemak dan garam.
Apabila kamu berpuasa, dan stop makan high carb diet, maka kamu akan mendapati bahawa daging maging bergaram dan berminyak adalah nadi hidup kamu dan nikmat kesihatan kembali semula. Seperti sahabatku ini di dalam PMLS Lazy Keto Club Sham Kaizen.
I Have Spoken.
Lepas 8 minggu program diet, berat saya macam plateu.
Susah nak turun. Tapi ada perubahan dari sudut lain. Baju dah mula longgar. Seluar pun dah boleh pakai saiz yang lebih kecil.
Saya rasa, ini disebabkan otot turut membesar disamping sel lemak semakin mengecil.
Tapi, ia masih memberi sedikit keburukan kerana badan masih berat.
Saya kenal tubuh saya. Saya memang sensitif dengan sebarang bentuk karbohidrat terutamanya nasi. Mungkin faktor genetik.
Jadi, saya cuba untuk reset balik cara tubuh membakar lemak iaitu dengan cara menukar bahan bakar utama tubuh iaitu dari karbohidrat kepada protein dan lemak.
Untuk itu, saya hadkan pengambilan karbohidrat kepada 50 gram sehari berbanding keperluan tubuh (225-325gram sehari) bermula minggu ke sembilan program diet. Sesetengah orang memanggil ia sebagai ‘lazy keto’.
Berdasarkan pengalaman lampau. Diet ni sangat berkesan untuk turunkan berat. Dulu saya pernah turun 40kg dalam masa 3 bulan menggunakan teknik intermittent fasting dan diet keto.
Tapi, mungkin kerana faktor usia dan proses penukaran diet ke keto berlaku secara mengejut, badan saya mengalami masalah kelesuan yang sangat teruk.
Ada yang gelarkan gejala ni sebagai keto flu. Yang pasti, gejala kali ni sangat tidak mendatangkan rasa selesa. Sepanjang hari rasa lesu, rasa nak demam, sakit kepala dan hilang mood.
Malah, hari latihan saya minggu lepas sedikit terjejas pada hari terakhir di mana tenaga saya memang betul-betul hilang. Saya hanya mampu melaksanakan 1/3 daripada latihan sahaja. Pada hari minggu, saya selalu akan lakukan sedikit circuit training secara ringan tapi memang itu tak mampu dilakukan kerana badan sangat lesu.
Hari ni, hari kelapan lazy keto dan minggu ke sepuluh program menurunkan berat. Badan masih lesu tetapi saya cuba paksakan diri untuk melakukan cardio dengan brisk walk di threadmill.
Saya tak merancang untuk melakukan keto diet dan intermittent fasting secara berpanjangan. Cukup sekadar untuk memberi sedikit kejutan terhadap tubuh sebelum kembali ke gaya pemakanan yang sihat.