Sewa Sampai Mati

sewa sampai mati

Hooo, betul ke nih, memang kita akan sewa sampai mati ? Itulah yang menjadi igauan anak muda sekarang. Rumah di bandar raya utama, semakin MAHAL, memang kita tak boleh lari dari masalah ekonomi, kerajaan sekarang pun terpaksa tunduk dengan kuasa kapitalis ekonomi rumah ini. Tapi jangan risau, kita boleh keluar dari masalah ini.

Harga Rumah MAHAL

Memang dari dulu masalah ini melanda negara, semakin lama semakin mahal jadi buat orang yang boleh buat pinjaman, kenalah cepat, jangan lengahkan masa lagi nak beli. Kalau tak beli pun, fikir fikir mana nak duduk, kerja pun belum tentu lagi dapat beli rumah macam ini. Tapi apapun semua ini tertakluk juga kepada loan yang pihak bank nak bagi, dan itu pun belum tentu bank nak bagi. Jadi, yang kayo rayo jelah dapat beli buat loan, sambar semua rumah yang ada.

Sewa Elak RIBA 

Memang ok, kalau korang ni tak mahu RIBA dari bank, ini adalah satu lagi pendapat, yang memang kata RIBA bank islam, semua loan banyak riba, sebab memang tinggi gila interest. Lagi-lagi Islamic Banking, hoo, memang berat mata tengok nak kena bayar, padahal sikit je pun kalau kira bulan-bulan. Tapi itulah caranya bank buat DUIT !!! 

Macam Mana Keluar ?

Semua orang tanya, macam mana nak atasi masalah ini, ramai yang kata beli rumah area yang tak popular , sewa dulu, kumpul duit, dan beli rumah. Hahhaa, tapi kalau nak elak RIBA, memang sewalah jawabnya. Oklah kat bawah ini adalah cadangan sahaja, harap ianya berkesan. sewa sampai mati

  1. Buat SIDE INCOME – ini adalah cara paling bagus untuk kumpul duit beli rumah, lepas itu simpan duit ini, macam macam business ada kat luar, macam saya , fokus kepada business SHAKLEE, mudah , sebab boleh online kat mana-mana dengan teknik SEO dan FB yang berkesan.
  2. Sewa Rumah Dulu – kalau nak elak RIBA, sewalah rumah, bersabar, takpa, nanti dah ada duit, macam-macam rumah boleh beli. Apapun kerja kuat, jangan belanja bukan-bukan, kereta pun pakai yang biasa dulu.
  3. Belajar Ilmu Kewangan – Ilmu ini memang cikgu tak ajar kat sekolah, sebab itu Robert Kiyosaki tulis buku terpentingnya. Buku ini aku nampak dah ada edisi bahasa melayu, aku tengok kat pasaraya mydin. Tapi nak kata, versi bahasa inggeris lebih sampai maksudnya.
  4. Beli Rumah Jauh, Janji Ada Internet – Memang yang ni sukar sedikit. Katakanlah, anda boleh berhenti kerja hakiki di bandar, beranikanlah diri duduk di kawasan luar bandar, confirm rumah murah punya. Gunakan duit business anda, buat rumah, tapi pastikan tempat itu, internet terbaik, tip top, boleh buat business ONLINE

Apa KERAJAAN Boleh Buat ?

Jawapannya senang je, NAIKKAN FASILITI LUAR BANDAR. Memang tak dinafikan, kat kampung internet slow gila, sampai takda line. Itu aku tak faham, padahal suruh orang kampung pandai IT. Tapi memang yakin, kalau fasiliti luar bandar, internet LAJU , provide online business punya latihan, ada pos laju, confirm bro, rumah kat bandar memang takkan laku , jadi tiada masalah lagi nak beli rumah JUTA JUTA.  Apapun ini pendapat gua je. sewa sampai mati.

Harga RUMAH yang SEMAKIN MAHAL ? Apa Perancangan Anda ?

Harga rumah sekarang memang mahal gile, aku tak pasti macam mana nak kata tapi, memang mahal gile. Macam mana nak kata mahal gile tu, katalah anda ada kerja di kuala lumpur, kebanyakkan area rumah sekarang, seperti  di kelana jaya, petaling jaya, shah alam dan sebagainnya, memang dah menjangkau RM 500k. Memang sukar rasanya, dengan gaji yang tak naik-naik dan nilai duit yang makin mengcengkam.

sewa sampai mati

Masalah Negara Maju

Aku ingat negara maju seperti Hong Kong , Jepun, USA dah boleh selesaikan masalah rumah ini, tapi aku tengok masalah mereka lebih teruk di Malaysia. Terbaca satu segmen di tv3 yang mengatakan di Hong Kong sekarang, mereka mengalami masalah tidak cukup rumah, rumah yang terlalu sempit, dan ada yang tinggal dalam sangkar lagi. Aku rasa harga rumah di sana yang terlalu tinggi, ramai pekerja asing yang masuk tinggal di Hong Kong, dan seterus ekonomi mereka terus menghimpit golongan yang kurang berpendapatan.

Gaji Tak Cukup Beli Rumah

Walaupun kita dah graduate dari universiti, tapi masih lagi tidak dapat membeli rumah. Biasanya siapa yang duduk di bandar dan bekerja di bandar-bandar yang terkemuka, agak sukar untuk membeli rumah. Baru -baru ini, saya terjumpa suatu artikel di facebook kawan saya, mengatakan gaji RM6000 pun tidak cukup untuk membeli rumah sekarang. Itu yang gaji RM 6000 dan ke atas, sekarang pun nak dapat gaji RM 3500 ke atas pun agak sukar, kerana perlu bersaing dengan graduan-graduan lain yang lebih hebat, dan tidak kurang juga graduan-graduan luar negara yang lebih berpotensi untuk dijadikan pekerja oleh syarikat-syarikat besar.

Pengalaman Membeli Rumah

Rasanya, ramai dah tahu pengalaman kami membeli rumah (bajet artislah konon). Cara kami beli rumah pada tahun 2009. Memang tak disangka-sangka, kerana rumah yang kami beli, serba-serbinya elok, dan dah ada yang ditambah oleh tuan rumah sebelum ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan nak beli rumah, kami berjaya juga mendapatkan rumah di seksyen 8 Shah Alam. Harga kami pada masa itu ialah RM290k, pada bulan sembilan 2009.

Walaupun kami tiada duit untuk membayar 10% dalam masa 14 hari, berkat usaha dan sepakat dengan agen penjual rumah. Akhirnya tuan rumah berjaya memberikan kami bayaran ansuran untuk melunaskan bayaran sebanyak RM 29k. Apa yang penting ialah, rajin cari dan mencari, fokus pada satu kawasan. Banyak tengok iklan rumah, walaupun iklan itu dah lama.

Tips membeli rumah

Jadi saya syorkan anda cara cara nak beli rumah idaman. Ala -ala tips dari blog abanghensem konon, hahaha. Tapi tulah, kalau betul korang nak beli rumah, memang dicadangkan pergi blog abang hensem tu. sewa sampai mati

  1. Beli ikut kemampuan – kalau boleh, belilah cash , tapi rasanya semua orang tak mampu, susah juga 
  2. Buat part-time business – kalau dah tahu gaji sikit, kenalah usaha buat duit lebih, jangan duduk diam tunggu  duit. Kalau susah sangat, meh kami tolong anda buat business shaklee.
  3. Beli rumah subsales – beli lah rumah yang rendah dari market value. Nanti banyak boleh jimat.
  4. Beli rumah yang mampu dulu walaupun kecil, nanti rumah tu korang buat sewa dulu, pastu nanti boleh guna hasil sewa tu untuk mantapkan bank statement korang.Contoh  adik aku, beli apartment dulu, nanti dah ada duit masyuk skt, nak beli rumah lain. Rumah apartment tu bolehlah sewa kan.
  5. Duduk area kampung – yang ni lagi senang, tapi bab kerja macam mana ? Hahaha, mungkin korang boleh kerja sektor pertanian, bela lembu, kambing. Takpun sekarang ni kan online business, tak yah susah-susah. Kami pun boleh bantu, downline kami pun duk jauh dari stokis, tapi rilek je boleh buat sales lagi.

Kalau dah malas sangat nak kerja dan usaha, jangan mimpilah  nak duduk rumah sendiri. Zaman sekarang harga rumah tak tunggu kita, kita sendiri kena keluar dan mengawal  kewangan kita. Walaupun perit, tapi usahalah , ada rezeki punya, silap-silap boleh beli cash lagi. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply