Sifat Wajib Anak Melayu

Sifat Wajib Anak Melayu

18 sifat wajib anak Melayu.

1. Tahu asal berkejadian
2. Tahu bayar hutang
3. Tahu bodoh diri
4. Tahu diri
5. Tahu hidup pegang amanah
6. Sifat menang arang
7. Sifat tahan menentang matahari
8. Sifat tahu kelek elak
9. Sifat menang dalam kalah
10. Sifat tahan berkeris
11. Sifat unjuk dengan beri
12. Sifat timbang dengan sukat
13. Sifat tahukan malu
14. Sifat nam bersifat (yang penghulu didulukan, yang hulubalang dibilangkan, yang alim diketengahkan, yang cerdik dikemukakan, tunak menegur dengan sifat dll)
15. Sifat ingat dengan minat
16. Sifat pinjam memulangkan
17. Sifat hidup meninggalkan
18. Sifat nan pucuk

Watak Melayu Kata Usman Awang

Watak Melayu menolak permusuhan, setia dan sabar tak ada sempadan TAPI jika marah tak nampak telinga, musuh dicari ke lubang cacing,
tak dapat tanduk telinga dijinjing,maruah dan agam dihina jangan

Hebat Amuk tak kenal Lawan!

Mat Kilau : Antara Realiti dan Fantasi
Badli Shah Alauddin Official

KAMU MELAYU JATI, DAGANG ATAU PERANAKAN?

Ramai dari kalangan muda sekarang tak tahu pun siapa itu Melayu. Ada juga terutamanya dari golongan bandar menganggap perjuangan Melayu itu rasis.. Hei, kamu yang bersifat rasis.

Melayu adalah asimilasi pelbagai bangsa dan suku dari nusantara, asia, asia tengah, eropah yang beragama Islam.

Tiada kasta. Kumpulan di bawah ini hanya untuk bagaimana kita mengenal diri kita dan memahami siapa itu Melayu. Kajian mendapati Melayu Jati Kelantan telah wujud lebih 60,000 tahun yang lalu di sini.

Sesiapa yang menidakkan dan mempersoal hak pribumi ke atas agamanya, bahasanya, tulisan, tamadun, budaya dan warisan di kampung halaman sendiri sesungguhnya tidak berdiri atas nama kemanusiaan, sebaliknya berdiri atas sifat kebinatangan. Usah menidakkan hak Melayu yg lebih separuh dari populasi Malaysia.

Dalam Al-Quran juga tertulis untuk kita pertahankan kampung halaman kita. Sesungguhnya perjuangan Melayu itu adalah perjuangan berlandaskan Islam, dalam bentuk penyatuan yang besar.Bezakan dengan perjuangan poltik. Biar lain pendapat politik, tetapi perjuangan Melayu dan Islam jangan dipisahkan.

Kenali diri kita, Indonesia juga adalah saudara serumpun kita. Jangan kita panggil dengan gelaran ‘Indon’ walau niat bukan untuk mengejek.

Gambar seniman klasik Melayu ini adalah contoh untuk generasi Melayu muda lebih faham tentang bangsa sendiri.

Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-

ANAK JATI

Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-

Orang Melayu Kedah
Orang Melayu Beruas
Orang Melayu Manjung
Orang Melayu Grik
Orang Kelang
Orang Melayu Melaka
Orang Melayu Kelantan
Orang Melayu Terengganu Pantai
Orang Melayu Ulu Terengganu
Orang Melayu Bentong
Orang Melayu Lipis
Orang Melayu Temerloh
Orang Melayu Johor
Orang Melayu Brunei
Orang Melayu Kedayan
Orang Melayu Cocos
Orang Melayu Sarawak

ANAK DAGANG

Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-

Aceh
Ambon
Banjar
Batak (tidak termasuk Mandailing)
Bawean (Boyan)
Bugis
Cham
Jawa
Kerinci
Mandailing (dianggap sebagai )
Melayu
Melayu Asahan (Batubara).
Melayu Bengkulu.
Melayu Deli.
Melayu Jambi
Melayu Palembang.
Melayu Patani
Melayu Riau
Melayu Siak
Minangkabau
Nias
Ocu (Kampar)
Rao (Rawa)
Utsul

PERANAKAN

Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-

Peranakan Parsi
Peranakan Arab
Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
Peranakan Cina
Peranakan Turki
Peranakan Siam / Samsam
Peranakan Eropah

Kredit: Melayu

-HE-

The Patriots

#MatKilau #CelakaHouse agenda halus melemahkan Islam dan Melayu

Bila tertangkap melayu berani memburukkan dan menghina agama islam dan bangsa Melayu.

Maka datang bantuan peguam DAP Ramkarpal Singh untuk membela demi membebaskannya

Datang penulis menyeru hak kebebasan bersuara menyeru mereka ini punyai hak bebas bersuara berkarya selagi tidak mengancam macam terrorist la contohnya. Maknanya mereka mahu CelakaHouse dibuka dengan bebas. Aku ada ceritakan disini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=7834422796600313&id=100000980107988

Bila muncul filem Melayu yang benar membawa komunitinya bersatu maka datang pakar sejarah DAP untuk ubah sejarah kononnya Mat Kilau bukan seorang pejuang sebaliknya hanya seorang petani. Kata P Ramasamy yang kita tahu dia terlepas dari di dakwa sebagai pengganas LTTE kerana PH sempat berkuasa 22 bulan.

Kemudian datang pro DAP sengaja bangkit isu tentera upahan inggeris tak ganas pun membunuh orang Melayu kerana semua dibuat secara bersopan santun. Kenapa ini berlaku?

Setelah aku menghayati tontonan Filem Mat Kilau hingga kami bertiga sekeluarga terasa menitis air mata, kini aku faham dan boleh beri 7 sebab kenapa penulis PRODAP timbul kerisauan terhadap filem ini seperti aku ceritakan di link ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=7794698483906078&id=100000980107988&sfnsn=mo

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=7817191068323486&id=100000980107988

Sebelum aku beri sebab-sebab ketakutan mereka, biar aku huraikan 3 sebab apa yang aku nampak dalam penyampaian filem Mat Kilau.

1. Mengingatkan kembali orang Melayu tentang sesuatu perjuangan ABATA mestilah berlandaskan tauhid kepada Allah. Kekuatan perjuangan bukan terletak kepada senjata tetapi kepada kekuatan pegangan keyakinan kita kepada Allah.

2. Perjuangan mestilah membuang sifat dendam dan dengki sesama sendiri kerana sifat itu hanya akan merugikan kita semua.

3. Sentiasa menjadi rujukan Alquran, Hadis dan kisah perjuangan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam perjuangan akhir zaman.

Dari 3 sebab ini dapat aku rangkumkan 7 perkara yang menjadi sebab 3 perkara yang merisaukan Ultra Kiasu

7. Filem Mat Kilau tak mustahil bakal menjadi filem paling tinggi jualan tiket di Malaysia dan mampu mengatasi filem Avenger End Game yang berjaya membuat kutipan RM87 juta dalam tempoh hampir 2 bulan tayangan.

Tak mustahil kerana Mat Kilau dalam 13 hari sudah mendapat kutipan RM53 juta. Kemudian naik RM71juta dan tak mustahil mampu mencecah 100juta sebelum genap 2 bulan.

6. Kegemilangan jualan tiket Mat Kilau membuktikan kecenderungan orang-orang Melayu mula ke panggung untuk menghayati pejuang ABATA.

5. Bukan orang dewasa sahaja yang teruja menonton filem Mat Kilau tetapi anak-anak melayu generasi baru turut teruja sampai menjadi bualan di sekolah, malah ramai yang mencari balik sejarah Mat Kilau dari yang masih bangku sekolah hingga yang dewasa.

4. Pelbagai lapisan latarbelakang orang melayu datang menonton, bukan dari perbezaan umur semata-mata malah membabitkan cendiakawan agama, profesional dan kalangan orang biasa datang beramai-ramai sama ada dalam kelompok NGO, parti, orang kampung, pewaris mat kilau, pelajar, keluarga dan lain-lain bersatu datang menonton malah ada yang 2-3 menonton.

3. Filem Mat Kilau menjadi suntikan baru kepada penggiat filem untuk lebih berani mengeluarkan produk pembikinan filem yang dapat membina semangat dan kesedaran yang mampu membuka minda ke arah perpaduan dan patriotisme. Setelah melihat fenomena orang-orang Melayu dahaga pengisian rohaniah dan patriotisme.

2. Filem Mat Kilau seperti sekolah motivasi kepada orang Melayu untuk mendidik semula, bagaimana seorang ketua membuat keputusan dengan memikirkan kesan terhadap semua orang dan bukan dirinya sendiri, sifat terpuji ini harus ada dalam semua pemimpin tidak kira diperingkat negara atau pemimpin keluarga. Buanglah ego dan sifat pentingkan diri dalam usaha kita mencapai kejayaan, bertindak dengan bijak dan gunakan akal fikiran tanpa menyusahkan orang lain.

1. Kekuatan sebenar-benarnya Filem Mat Kilau mengangkat kembali istilah kekuatan pejuangan Melayu sebenar dengan asas ilmu tauhid yang kukuh kepada Allah yang merangkumi ajaran yang ditinggalkan dan diwarisi Rasulullah SAW sebagai panduan umat akhir zaman hingga kemunculan Imam Mahdi.

Dari 3+7 Sebab ini menjadi 4 sebab kerisauan Penulis Ultra Kiasu kerana

1. Segala usaha-usaha pecahbelah bangsa Melayu untuk memerintah boleh menemui jalan kegagalan sekiranya lebih banyak produk filem seperti ini terhasil maka lebih kerap bangsa Melayu dimotivasikan.

2. Ultra Kiasu penah kuat tapi jatuh setelah tersilap langkah kerana mencabar kedudukan orang-orang melayu dan jatuh, tetapi kehadiran Filem Mat Kilau lebih menambah parah.

3. Segala usaha-usaha untuk ubah sejarah, dan ubah pemikiran melayu supaya lupakan asal usul dan lupakan pegangan utama yang berdiri boleh menemui kegagalan setelah berpuluh tahun mereka usahakan.

4. Sedar tidak! Ramai anak-anak Melayu genarasi baru mula kembali masuk ke gelanggang mempelajari silat. Apa maknanya!

Bila mereka masuk gelanggang bukan sekadar mempelajari silat, mereka pelajari jati diri seorang pejuang Melayu berlandaskan tauhid dan Al Quran.

Mereka bermula dengan Bismillah dan penutupnya mereka mandi minyak dari 1 juzuk Al Quran yang mereka sendiri bacakan secara berjemaah. Jadi bila tiba-tiba banyak gelanggang baru dibuka apa ertinya? Mereka bukan sekadar bina jati anak Melayu Islam, mereka membina perpaduan ummah, mereka mengisi rohaniah dan jasmani.

Yang paling penting kalimah Allah terpahat dihati boleh membimbing mereka ketika mereka sedikit tergelincir Insya-Allah hidayah dari kalimah Allah yang terpahat di hari sentiasa ada.

Kesimpulannya sekarang kita boleh nampak kenapa mereka cuba memperburukkan filem Mat Kilau dan kenapa mereka cuba membela mana-mana melayu liberal yang radikal yang berani memecah belahkan bangsa Melayu beragama Islam.

Sebab itu kita perlu ulangkaji balik sejarah kepahlawanan Melayu kerana amalan mereka masih relevan hingga sekarang iaitu selagi kita memperkukuhkan tauhid kepada Allah dan Rasullullah SAW dan Al Quran sebagai panduan. Tiada daya upaya melainkan Allah. Insya-Allah.

Yayan Ruhian.

Beliau membawa watak sebagai Toga.
Pembunuh upahan dari Pulau Mata Satu Borneo.

Orangnya bertubuh kecil, tetapi tutur katanya sangat tajam dan sifat pendekar dan kependekarannya jelas.

Secara jujurnya tidak perlu mempertaruhkan wajah tampan untuk berada di atas pentas seni tanahair. Beliau cukup berbakat dan sangat kuat auranya.

Keluar pawagam saya masih teringat butir bicara Toga dan Syers.

Sakit, pedih dan ada benarnya.
Sudah sampai masanya kita bangkit semula.

Semoga dengan menonton filem ini dapat mencetuskan sedikit rasa keinsafan dalam diri kita yang kadang-kadang seperti hilang jatidiri kita sebagai bangsa yang dipanggil MELAYU.
.
.
.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu

(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

– Usman Awang

“Sekadar perkongsian dari satu sudut”

Sudah menjadi satu fenomena kepada anak muda hari ini berkenaan filem hasil anak melayu yang menceritakan tentang sejarah kebangkitan bangsa kita satu ketika dulu iatu pahlawan Melayu “Mat Kilau”.

Boleh ambe rangkumkan penceritaan tersebut secara cerpen hasil daripada tontonan filem tersebut. Terdapat banyak nilai murni dan teladan yang baik dapat bangsa kita khusunya anak muda mengambil contoh agar dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

-Bangsa melayu tidak mudah untuk mengalah walaupun senjata di badan tidak mencukupi,tetapi sejarah membuktikan hanya dengan sebilah keris mampu menentang puluhan senjata api.

-Jangan terburu-buru dalam membuat satu-satu keputusan. Barangkali dengan keputusan yang terburu-buru itu merugikan diri dan yang lain.

-Strategi yang rapi amat penting dalam memastikan diri dan kumpulan kita selamat dari apa-apa anasir luar. Walaupun setiap keputusan yang diambil itu mengambil masa yang lama. Lebih baik menunggu setika untuk memastikan kumpulan selamat daripada cepat tetapi hayat diri dan kumpulan di tangan musuh.

– Muafakat diantara kita sangat penting agar pemikiran kita pada waktu ini tidak mudah dijajah dengan pemikiran barat.

– Bangsa melayu tidak mulia dengan bangsanya sahaja,tetapi bangsa ini mulia dengan agama islam. Yakinlah jika islam selamat melayu selamat, islam selamat negara selamat, islam selamat masyarakat selamat.

– Pertahankan adat budaya melayu agar ianya tidak luntur dan dapat diwarisi kepada anak cucu kita pada masa akan datang.

Tanah melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana,
Adat dijunjung agama dijaga,
Tidak melayu hilang di dunia.

Mana hebat orang melayu,
Jika tanpa mulianya Ilmu;
Mana tinggi nilai bangsaku,
Jika tanpa Islam padamu.

Suka untuk ketengahkan apa yang diusahakan oleh YB Tan Sri Preseden Pas selama ini iatu “Islam Menyatukan Ummah”. Betul apa yang dislogakan oleh Ayoh Chik ini, dengan Islam sahajalah dapat menyatukan ummah kita. Jagalah nasib ummah yang makin hari makin terancam ini.

Jagalah ukhuwah diantara kita,elakkan sifat dengki dan saling menikam antara satu sama lain kerana ianya merugikan bangsa kita. Adakah kita gemar melihat bangsa kita saling bersengketa sedangkan bangsa lain sibuk untuk memajukan bangsa mereka. Tepuk dada,tanya hati kamu😊

Nukilan,
WAB

#SekadarPerkongsianBersama
#MatKilauTheMovie

Mat Kilau Pahlawan Melayu
Sejati!
Program anjuran Panitia Kesusasteraan Melayu dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling(UBK)

Akhirnya dapat juga menonton filem Mat Kilau , pahlawan Pahang, petang ini. Memang hampir semua filem berunsur sejarah tidak seharusnya kita ketinggalan menontonnya melalui kaca tv..Petang ini merupakan kali pertama kami para guru SMKBK menonton di panggung gara- gara teruja untuk mengetahui cerita Mat Kilau ditemani anak-anak didik kami iaitu murid- murid tingkatan 5 dan tingkatan 4.

Dalam buku- buku sejarah di sekolah sejarah pahlawan Melayu era zaman penjajah tidak banyak ditulis. Nama mereka disebut sepintas lalu sebagai pahlawan Melayu yang berani nenentang penjajah. Contohnya nama Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela, Mat Gajah, Dato Sagor dll . Namun setakat mana peranan mereka menentang penjajah tidak dijelaskan. Jika mahu maklumat lebih lanjut perlu terus buat kajian !

Di fb dan Utube, ramai yang telah menonton filem ini memberi komen. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Namun saya suka melihat yang positifnya . Filem ini banyak memberi keinsafan dan membangkitkan semangat cintakan tanah air , agama dan bangsa dalam erti kata sebenar. Bukan cintakan agama , bangsa dan negara hanya didendangkan !

Antaranya:

1. Filem berunsur sejarah ini mahu mengetengahkan ketokohan Mat Kilau pahlawan Melayu itu sendiri. Memang banyak pahit getir yang dilalui untuk menolak keluar penjajah. Apatah lagi bukan ‘ semua ‘ menyokongnya ! Ada yang dah selesa dengan umpan.. Filem ini sarat dengan aksi .

2. Mat Kilau pahlawan Melayu yang ikhlas cintakan agama, bangsa dan negaranya. Beliau berpegang teguh kepada agama dan meletakkan pencipta di tempat pertama dalam perjuangan. Yakin Allah akan menghantar pertolongan!

3. Filem ini turut menyelar sifat bangsa Melayu yang suka berpecah belah hanya kerana berebut kuasa. Jika Melayu bersatu bangsa akan menjadi kuat dan segala halangan di hadapan boleh diatasi. Bangsa tidak diperlekehkan.

4. Memang sifat orang Melayu terlalu mudah dipujuk, mudah percaya dengan janji- janji manis . Akibatnya hak di tanah air sendiri tergadai satu demi satu! Rakyat menjadi mangsa!

5. Senjata yang cukup belum menjamin kemenangan dalam peperangan. Bijak mengatur strategi,bergerak dalam satu barisan yang mantap dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi, amat penting. Berjuang kerana Allah akan membakar semangat mahu terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Kematian bukan sesuatu yang menakutkan tetapi dimimpikan! Ini yang memberi kekuatan !( spt dalam Perang Salib)

6. Dalam perjuangan memang ada yang belot sanggup mengkhianati bangsa sendiri. Apatah lagi bila mereka gagal mendapat kuasa atau mata telah dikaburkan dengan habuan . Musuh pun akan menjadi kawan.

7. Mat Kilau mempamerkan watak pejuang Melayu Islam yang teguh berpegang kepada agama. kaya dengan ilmu kebatinan dan persilatan, sanggup berjuang walaupun bukan semua menyokongnya. Dengan bantuan sahabat- sahabat sejatinya seperti Wahit, Awang, Yassin, Berahim dll beliau terus mempertahankan tanah air hingga akhirnya Inggeris berundur dan sedar orang Melayu tidak boleh diperlekehkan!

Walaupun ada beberapa watak yang diwujudkan bagi mencantikkan jalan cerita namun watak- watak tersebut sememangnya wujud dalam masyarakat Melayu.

Bertuah kita mendapat pahlawan seperti Mat Kilau ini! Lantaran itu pemimpin hari ini sewajibnya menjaga keamanan, kedaulatan dan nama negara ini.

Filem ini juga sarat dengan sindiran…Siapa makan cili sepatutnya mereka merasa pedasnya! Itu pun bagi yang mahu berfikir dan suka berfikir!

Tahniah kepada penerbit, pengarah dan semua pelakon.

Moga suatu hari nanti kisah pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak juga dapat difilemkan!🤣

Syukran!

13 Julai 2022

Leave a Reply

%d bloggers like this: