Sikap Melayu Untuk Berjaya

Sikap Melayu Untuk Berjaya

Sikap Melayu Untuk Berjaya ? Sikap Melayu Yang Jangan Jadi Budaya. Masa isi minyak Myvi kami, di pam sebelah perempuan Cina ni pun tengah isi minyak.

Saya isi minyak kereta B40. Dia tengah isi minyak BMW Suv harga hampir RM400 ribu.“Miss, Kereta ni minyak jimat ke?” Tanya saya kat dia.

Biasalah, sembang tegur isi masa. Harmoni 1 Malaysia.“Oo minyak ni tak jimat pun, biasa-biasa saja” jawabnya ringkas.

“U suka kereta macam ni ke?” Tanya dia.

Saya pun cakap tak minat, saya minat EV.

“Hah? U suka EV? EV apa u minat?”

“Few cars, few models, BYD looks good jugak”

Orang lelaki biasalah, suka kereta, tengok pun puas dah.

Dia cakap lagi “u kalau orang bisnes, BMW is okay, sesuai, u apa bikin? u kerja apa?”

Saya kenalkan kat dia Kita Geng Masjid.

Oleh sebab masa tempat tak boleh sembang lama, dia pun bagi biz kad. Dia cakap niche networking.

Kami sempat bertukar biz contact sebelum masing-masing berlalu pergi.

Bayangkan kalau pertemuan ini mendatangkan aliran tunai.

Walaupun tak harap apa-apa pun daripada dia, sembang ringkas ni mendatangkan impak & hikmah.

Kalau ikut sikap sebahagian Melayu kita, apa pun tak boleh.

Sikap tak boleh ditanya.

Kerja kat mana?
Dah kahwin ke?
Buat bisnes apa?
Bila nak kahwin?
Dan lain-lain

Sebenarnya merugikan.

Orang tanya, kita cuba raikan dulu.

Sebahagian orang kita kempen, khususnya masa nak raya, kempen jangan tanya.

Siap dengan label lagi, menyibuk, penyibuk, pakcik makcik bawang, jaga tepi kain, & bermacam lagi.

Rugi.. rugi.

Contoh kau bujang, pastu ada pakcik tanya dah kahwin ke, kalau kau sambut dengan baik “belum.. jodoh belum sampai”

Pakcik tu cakap “oo boleh la kahwin dengan anak pakcik, dia pilot, dia pun cakap jodoh belum sampai”

Haaa kan peluang tu.

Tapi kalau pakcik tu cakap anak dia kerja zoo jaga harimau pun kau tolak, kau memang selek. Haha.

Buanglah sikap tak boleh ajak sembang tu jauh-jauh.

Merugikan.

Gambar ini diambil masa stesen tak ada orang.

Saya tunggu dia call kot bagi job RM sejuta .

KITA TAHU SIAPA YANG SEBENARNYA BERMIMPI

Roslan SMS

  • PAS sekadar menegaskan bahawa agenda penyatuan ummah tetap menjadi perjuangannya..
  • PAS sanggup berkerjasama dengan sesiapa pun melalui wadah PN untuk mencapai maksud itu.
  • PAS layak berkata demikian kerana hari ini ia merupakan satu-satu parti yang terbesar perwakilannya di Dewan Rakyat iaitu 43 (berbanding Umni yang cuma berbaki 26) selain menguasai 4 negeri majoriti Melayu.

Dan Sabtu lepas PAS berjaya mengekalkan penguasaannya di Parlimen Kemaman , dulu kubu kuat Umno (kata Zahid) apabila menewaskan Umno pencabarnya dengan majoriti besar.

Yang menyeru supaya parti-parti politik Melayu bersatu adalah ahli MT Umno Isham Jalil. PAS yang merupakan parti Melayu Islam terbesar dalam.negara waktu ini.sekadar memberi respon.positif.

Tiada siapa yang bermimpi di siang hari kecuali mereka yang tidak mendakap realiti dan tidak boleh menerima kekalahan.

Diwaktu pimpinan Melayu sepatutnya ambil iktibar dan insaf, Zahid pilih untuk menyombong diri dan memperlekehkan keterbukaan PAS.

Moga umat Melayu Islam dalam.negara khasnya ahli dan pendukung Umno melihat dan menilai sikap beliau yang baru sahaja gagal membawa kemenangan pada Umno.

  • Menjilat DAP itu bahasa Isham, sekurang-kurangnya beliau sedar dan.memikirkan masadepan Umno. Zahid tegas menolak agenda penyatian ummah. Fikirkanlah kawan-kawan mana yang patut diikut dan.mana ditinggalkan. sikap melayu untuk berjaya.

Makcik Viral….

Tue la orang tua-tua ada cakap telajak perahu boleh di undur telajak kata kata buruk padahnya.

Kami faham makcik ada banyak duit, tapi makcik kena faham staf yang makcik bentak-bentak tue manusia tau ada perasaan dan dia bukan robot makcik.

Netizen kata kalau dah setiap hari kena Maki, mereka sanggup berundur… Bukan apa Nak jaga hati dan perasaan sendiri sebab kalau dah hari-hari makcik Majikan nie toksik memang takkan lama la kita sanggup kerja dengan orang macam nie.Silap silap kita pun macam dia..

Makcik yang awak kata malas tue masyarakat asal di negara ini. Makcik Cari rezeki Kat tempat orang Mohon untuk hormati masyarakat di sini Ya. official zlibrary domain z-library . Find free books

If makcik rasa nak orang hormat makcik, silakan makcik hormati orang di sekeliling makcik dahulu.

Kami akui makcik kaya raya siap ada Kilang di bumi bertuah nie.. Tapi makcik kena ingat ALLAH beri kekayaan pada makcik Sekadar pinjaman if bila Allah Nak Tarik sekejap aje makcik. Tak sampai satu saat atau bila-bila masa boleh tersungkur juga.

Allah beri rezeki syukur makcik

jangan Hina orang lain. Ingat makcik staf yang bekerja di bawah makcik tue aset besar. If semua bye2 Kan makcik… Makcik kena jahit sendiri untuk kejar target. 30k pasang kau buat sendiri, tengok lebam tak lebam mata kau.

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka)

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. (Maksud al-Hadis)

Begitula if begitu sikap kita makcik susah kita nak p jauh. Jangan ingat kita seorang aje ada Kilang, kita seorang aje ada emas berlapis-lapis, kita seorang aje ada banglow… Ada lagi kaya dari makcik humble je sedangkan dia adalah tersenarai top ten antara terkaya di Malaysia tau makcik.

Bila memandang ke langit jangan lupa rumput di bumi.Ada ramai Orang Melayu berjaya sebab kami ambil sikap rasmi Padi makcik diam-diam uni berisi, jadikan rasmi Padi terbaik sebab semakin berisi semakin tunduk makcik.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan Saya pada Pagi ini.

Ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak ayah kita selalu pesan.

Hidup ni kena ada cita-cita. Kena ada impian. Baru lah perjalanan hidup lebih tersusun teratur. Allah swt aturkan jalan ikut apa yang kita fikir/rancang.

Dalam Islam pun, kita digalakkan untuk ada impian, ada cita-cita. Keinginan untuk berjaya bagi terbaik pada diri, keluarga, masyarakat dan agama.

Contohnya, kejayaan isteri nabi kita iaitu Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah seorang yang hartawan. Hartanya digunakan sepenuhnya di jalan Allah SWT. Beliau berjaya capai cita-cita yang diimpikan. Banyak jasa beliau pada agama.

Satu je kena ingat…

Nak berimpian tak salah.
Tapi kena lah disertakan dengan usaha.

Ramai orang kita, angan-angan mat jenin. Dalam kepala penuh dengan impian cita-cita murni. Tapi…. (fikir-fikirkan lah).

Sesetengahnya berangan, tapi takde tindakan. Kadang, ada tindakan..tapi..buat benda tak konsisten. Mana mau perginya…

Buat perkara tak seiring dengan tujuan asal. Hangat-hangat tahi ayam (pepatah Melayu dulu kala).

Nak berimpian, jangan ikut-ikut orang. Cipta impian sendiri dan capai impian tu ikut masa yang kita tetapkan sendiri.

Nak berjaya ni ada fasa-fasa dia….nak tak nak, kita mesti lalui fasa tu.
Bukan hari ni buat, 3 bulan kemudian terus berjaya.

Ingat tak kita kecik2 dulu…
Proses yang kita kena lalui sehingga boleh berjalan berlari sendiri? Ambik masa kan.

(Ada ke orang boleh ingat pengalaman masa kecik dulu tu? Time baby lagi tu…hehehe)

Bila faham proses kejayaan…

Kita akan sedar bahawa…
Ada orang, proses nak berjayanya tu cepat. Ada orang lambat.
Rezeki masing-masing.

Yang pasti, penghujungnya tetap sama. KEJAYAAN yang diredhai Allah SWT.

Satu kelebihan yang jelas, bila berjaya nanti ramai orang disekeliling kita akan rasai tempiasnya.

Nota kaki:- Coretan ni untuk peringatan diri sendiri jugak ni. Kadang, kita tak nampak silap sendiri. Tak bersungguh capai matlamat diri. Itu lah sikap manusia. Mudah leka. sikap melayu untuk berjaya.

Leave a Reply