Soalan Bank Untuk Loan Kereta

Soalan Bank Untuk Loan Kereta

X50 dah nak keluar. Kalau tengok rekabentuk dan spesifikasi, X50 memang cantik. Dengan harga (anggaran) bermula RM 75,000 memang suatu kenderaan yang berbaloi.

TAPI…

Dalam media sosial dah muncul soalan-soalan yang agak merisaukan.

“Gaji RM 3000, boleh dapat full loan tak?”

“Aku kerja sendiri, tapi susah nak dapat loan sebab pendapatan tak tetap dan aku tak daftar syarikat. Macam mana cara, aku boleh beli X50?”

Ada juga yang sentap apabila seseorang mempersoalkan tentang kos penyelenggaraan Proton X50. Iyalah, lebih “high tech” suatu kenderaan, lebih mahal kos penyelenggaraan.

Satu sensor kalau rosak dah berapa Ringgit nak ganti?
Kalau kereta sampai boleh “parking” sendiri, rasanya berapa banyak sensor dalam kereta tu?

Nak beli kereta, mungkin lepas “loan”. Tapi lepas atau tak lepas “loan” bukanlah indikator kemampuan untuk memiliki X50.

Bila dah beli, kena ambil kira:
1.Kos penyelenggaraan
2.Kos takaful dan cukai jalan (1.5 liter ok lagi kot)

Bagi yang bergaji RM 3000 atau tak bergaji tetap, hati-hatilah. 6 Bulan lepas mungkin tak rasa sangat bebanan hutang kerana ada moratorium. Tetapi bermula bulan Oktober, dah kena mula bayar segala pinjaman bank.

Kalau dah berjaya buat simpanan sehingga 3 hingga 6 bulan gaji sepanjang tempoh moratorium, sepatutnya tiada masalah nak angkat X50 satu. Tapi jika cukup-cukup makan, lebih baik batalkan niat.

2020-2021 akan menjadi tempoh yang amat mencabar kepada ekonomi. Lebih baik perkukuhkan kewangan peribadi dahulu sebelum beli “big ticket items” seperti kenderaan. Ketahuilah, orang gaji RM 7000 pun fikir dua tiga kali sebelum nak beli kereta baru.

Ingat ye Tuan-tuan, pada tahun 2017 pinjaman belian kenderaan (hire purchase) adalah penyebab utama pengisytiharan muflis di Malaysia. Tahun 2020? Rasanya takkan lari banyak.

Jika gaji belum cukup besar, pilih kenderaan lain dahulu. Dah gaji besar dan simpan banyak nanti, boleh upgrade ke X50 mahupun X70 atau X90. Buat waktu ni, Saga mungkin kenderaan yang paling baik untuk poket anda.

Saya pun dok ushar Proton Saga baru. Spesifikasi premium tak sampai RM 40,000. Lebih jimat untuk selenggara dengan transmisi auto 4 kelajuan (asalkan bukan CVT).

Ketahuilah, jauh disudut hati, saya pun teringin bebenor nak angkat X50 satu. Tapi rasanya belum bersedia untuk komitmen.

Ahmad Firdaus
Hati kata mau X50 tapi pada masa sama nak Triton 2nd hand

Leave a Reply

%d bloggers like this: