Soft Selling Vape TikTok ?

Soft Selling Vape TikTok ?

Soft Selling Vape TikTok ? Sedih tengok tiktokers duk buat konten tapi vape/pod duk gantung kat tengkuk. Lagi bertambah sedih bila tengok yang buat tu memang konten-kontennya dengan anak, dengan isteri, dengan pasangan. Lelaki mahupun perempuan.

Dan hari tak sangka aku sendiri diapproach untuk buat konten macam tu. Gantung vape/pod kat tengkuk. Soft selling. Kita tolak dengan cara baik. Mungkin ada job lain yang akan diberi inshaAllah. Sebab kalau tak owner brand yang approach, mesti marketing agency yang approach. Sekurang-kurangnya aku dah jelaskan aku tak ambil job untuk produk sedemikian.

Wanita Muda Masuk ICU Akibat VAPE

Seorang wanita berusia 18 tahun datang ke hospital dengan gejala sesak nafas, batuk dan sakit dada. Pemeriksaan mendapati, waktu itu oxygen saturation dia hanya 84% (normal adalah 95% ke atas). Dia dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan bagi menyelamatkan nyawanya. Tiub terpaksa dimasukkan ke tenggoroknya untuk membantunya bernafas.

Wanita ini ada sejarah penyakit asthma. Tapi asthmanya terkawal. 2 minggu sebelum dia sakit, dia mula berjinak-jinak dengan v4p3. Apa yang dia letak dalam v4p3 dia? Wallahualam. Tapi tiada dadah dikesan dalam ujian toksikologi.

Hasil siasatan pihak hospital, diagnosis yang dibuat: Hypersensitivity pneumonitis. Ia adalah satu keadaan di mana paru-paru cedera akibat serangan sistem imun sendiri selepas terdedah kepada anasir luar.

Dalam kes ini, selepas siasatan dijalankan, tiada sebarang bukti jangkitan atau bahan lain yang mencetus penyakit ini, selain dari v4p3. Maka doktor merawat menyimpulkan, v4p3 lah puncanya. Wanita ini dirawat dengan steroid. Selepas 5 hari, dia berjaya bernafas tanpa bantuan tiub pernafasan.

Ini adalah cerita benar, dilaporkan di dalam jurnal Pediatrics terbitan American Academy of Pediatric.

Semakin hari semakin banyak bukti vape itu memudaratkan. Dan tiada bukti kukuh ia boleh membantu ketagihan nikotin dari rokok.

Jika ia diregulasi, ia akan menjadi barah dalam masyarakat, di mana ia bukan sahaja membunuh kesihatan masyarakat, malah ia akan merosakkan anak-anak kita.

Lihat sekeling anda, ada tak kenalan yang guna v4p3 dan datang dengan gejala batuk, sakit dada, rasa berdebar, dan macam-macam lagi? Kalau ada, nasihatkan mereka, dapatkan bantuan, berhentilah. Berhenti sebelum jadi seperti wanita dalam kes ini. Soft Selling Vape TikTok.

NASI LEMAK MAKIN MAHAL !!!

Hari ini kami membawa sepupu sepapat kakak yang nak buat IC. Bawa budak budak nih makan, depa ambil nasi lemak bungkus. Itupun sekarang harga RM 2.00. Rasa dia bolehlah makan, asal kenyang perut dan boleh buat kerja.

Saya pulak gatal nak cuba nasi lemak kedai ira n mom delight. Sekali ambil nasi sikit, sambal ,dan ikan bilis. Tanya akak kedai, harga RM 2.50. Hahaha, gelak saya. Minta discount tak dilayan.

Saya nak marah pun tak guna. Hakikat kita duduk sistem ekonomi yang dicipta untuk berlaku INFLASI setiap masa. Saya menonton tiktok, beginilah sistem yang sedang berlaku. Bila kerajaan cetak duit, harga makin naik. Lepas tuh ramai takde kerja, kerajaan cetak duit, berlaku inflasi dan kitaran ini terus berlaku.

Paling sedih, sepanjang kitaran nih, banyak insan yang akan KECUNDANG. Itu hakikat bila sistem ekonomi sekarang masih diguna pakai.

Kalau anda, apa yang anda akan lakukan ? tambah income ? setel hutang ? masuk gua ? tahan lapar ? circular economy ? jadi pencuri ? makan rasuah ? Soft Selling Vape TikTok.

Tiktok Ban Produk Sunnah ?

Meniaga di TikTok hati kena keras. Berapa ramai dah kena macam2.

  1. Acc asyik kena ban
  2. Acc kena CG je
  3. Ada yang bersebab,ada yang sebab tak logik,merayu pun tak diterima
  4. Unfair advantage – dia pilih siapa dia nak bagi keistimewaan boleh buat apa je tapi kalau orang biasa jangan harap
  5. Ada orang yang memang dia aim naikkan dan bagi kelebihan,kalau orang biasa kena try hard sikit
  6. Ada yang tak sempat keluar duit hasil jual dekat sana acc kena ban. Mana pergi duit diorang? ????

Paling banyak kena nampak orang Melayu,orang Islam,bangsa lain macam tak ada isu sangat.

Madu Halia Bentong tu kami dah jual dari 2017 ke 2018 lagi macam tu. Tapi produk asyik tak lepas je kalau lepas kena freeze je tanpa sebab. Pelik bin ajaib.

Lepas tu ada produk kategori sama lepas dah lama,bila laku dan ramai beli dia freeze tanpa sebab yang jelas. Ini berlaku dekat Minyak Herba Asmak.

Maybe kalau letak Chinese Muslim baru dia bagi kelebihan kot,sold out pun dah ratus ribu tak ada apa pun tengok.

Pihak tuttt pun tak kacau tengok overclaim bukan main.

Kalau produk Melayu Muslim laju je kena surat cinta je memanjang dari pihak tuttt. Maybe ada orang report la tu. Bangsa tu tambahan yang guna nama Muslim tak kena pun. Bukan nak racist ke dengki ke apa tapi inilah realiti yang boleh dilihat sendiri.

Kita sold out masuk 4 angka je kena freeze. Lepas tu start balik dari zero,masuk je 4 angka lebih kena lagi freeze. Bila buat rayuan dan lepas sold out akan jadi zero ye.

Macam tu je la nasib bergantung dengan platform kapitalis.

Pesaing dah makin ramai tiru. Pengguna pulak makin ramai kat sana. Nak tak nak kena buat juga marketing kat sana.

Selagi larat dan mampu layan maka teruskan je la.

Pemerhatian ni berdasarkan pada acc company bukan acc personal. Acc personal tak cerita sangat pun pasal bisnes,buat masa ni macam jarang sangatlah.

Akaun Azri Walter dengan 600k followers kemungkinan besar akan dilenyapkan.

  • Mereka tak bagi saya sebut perkataan WEAK!
  • Mereka hanya benarkan konten hiburan, konten buat air guna susu pekat, konten suprise isteri, konten belanja dan menangis rekod video sahaja.
  • Mereka nak Azri Walter gunakan perkataan memujuk seperti “awak boleh buat, awak terlalu baik untuk saya dan bla bla bla”

Cuba lihat sekeliling, apa jadi apabila kita terlalu banyak dipujuk? LOST SOUL! Mereka tak tahu, berapa banyak impak Azri Walter bagi kepada ramai orang.

  • Ramai yang dulunya sugul kini melawan.
  • Ramai yang mana WEAK kini STRONG.
  • Ramai yang tak pernah pergi GYM sekarang dah mula pergi.
  • Ramai yang tak pernah jaga makan, kini dah mula jaga.
  • Ramai yang ada masalah kewangan, kini berusaha mencari 1001 jalan tambah pendapatan.
  • Ramai anak JANTAN yang dulunya terpenjara di dalam jasad sendiri, kini sedang terbang bebas ke awangan meneruskan perjuangan mengejar impian.

Apa? mereka ingat 1 akaun hilang, azri Walter tak boleh buat 30 akaun? Ha ha ha.

Dari 600k akan jadi 6juta!

Leave a Reply

%d bloggers like this: