Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan

Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan

Sunnah Yg Hampir Dilupakan

1. Membasahkan diri dgn air hujan
Anas ra melaporkan; “Suatu hari kami dan Rasulullah ditimpa hujan, maka Baginda menyingkapkan pakaian Baginda sehingga Baginda dibasahi hujan.
Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, mengapa tuan lakukan yang sedemikian?” Baginda menjawab “kerana hujan ini baru sahaja diturunkan oleh Tuhannya”

2. Sujud syukur semasa mandapat nikmat & terhindar dr kecelakaan
Abu Bakrah ra melaporkan, “Jika Rasulullah SAW mendapat khabar gembira, Baginda terus sujud utk bersyukur kepada Allah.”

3. Mengucapkan salam kepada semua org samada dikenali atau tidak
Abdullah bin Amru ra melaporkan, ”Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘Apa ciri keislaman seseorang yang paling baik?’Rasulullah menjawab, ‘Kamu memberikan makanan (kepada orang yang memerlukan) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal”

4. Solat dgn memakai kasut
Sa’id bin Yazid al-Azdi melaporkan “Saya bertanya kepada Anas bin Malik: Apakah dahulunya Nabi SAW pernah solat dengan memakai kasut baginda?” beliau menjawab: “Ya”

5. Baring di atas rusuk kanan selepas solat sunat Subuh
Aisyah ra melaporkan “Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda”

6. Orang bermusafir bertakbir semasa mendaki (kalau kapal terbang semasa take-off & climbing) dan bertahmid semasa turun ke tempat rendah (kalau kapal terbang semasa descend & landing)
Jabir b Abdillah ra melaporkan “Apabila kami menaiki kawasan tinggi, kami bertakbir dan apabila turun kami bertasbih”

7. Berdoa ketika mendengar Ayam berkokok dan beristi’azah ketika mendengar bunyi keldai dan salakan anjing.
Abu Hurairah ra melaporkan, Rasulullah SAW bersabda “Apabila kamu mendengar kokokan ayan jantan, maka mintalah daripada Allah kelebihannya, kerana sesungguhnya dia melihat malaikat, dan apabila kamu mendengar rengekan keldai, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan, kerana sesungguhnya ketika itu dia melihat syaitan.”

8. Peminjam melunaskan hutang dgn kuantiti&kualiti yg lebih baik
Abu Hurairah ra melaporkan, “Ada seorang lelaki yang meminjamkan Nabi SAW seekor unta dengan usia yang tertentu, suatu hari dia datang meminta dipulangkan semula unta yang dipinjam tersebut. Baginda bersabda: Berikan kepadanya, maka para sahabat mencari unta dengan usia tersebut, akan tetapi mereka tidak mendapatinya melainkan unta yang lebih besar usianya. Lalu baginda (SAW) bersabda: Berikan kepadanya. Kata lelaki itu: kamu telah memenuhi (membayar hutangmu) kepadaku, semoga Allah memenuhi (janjiNya) kepadamu.” Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang lebih baik di kalangan kamu adalah orang yang lebih baik dalam menunaikan hutang.”

9. Menyambut kepulangan org balik haji & meminta doanya
Rasulullah SAW bersabda “Apabila kamu bertemu orang yang baru pulang dari haji, maka bersalamlah dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan Allah SWT”

Jom kita hidupkan sunnah Baginda Rasulullah. Kadang2 benda simple tp kita tak sedar ia adalah sunnah.
SALAM MAULIDURRASUL 1444.

Leave a Reply

%d bloggers like this: