Suntikan Sinovac Merosot Selepas 6 Bulan

Suntikan Sinovac Merosot Selepas 6 Bulan

Suntikan Sinovac Merosot Selepas 6 Bulan. BEIJING: Keberkesanan antibodi daripada suntikan vaksin Sinovac dilaporkan merosot selepas enam bulan suntikan kedua bagi kebanyakan penerima.

CNA memetik laporan Reuters melaporkan, namun suntikan ketiga boleh memberi kesan rangsangan yang kuat, menurut satu kajian makmal. Penyelidik China melaporkan dapatan itu daripada kajian ke atas sampel-sampel darah orang dewasa yang sihat berusia antara 18 dengan 59 tahun dalam satu kertas yang diterbitkan baru-baru ini.

Suntikan Sinovac Merosot Selepas 6 Bulan

Bagi peserta yang menerima dua dos, dengan jarak dua atau empat minggu antara kedua-duanya, masing-masing hanya mempunyai tahap antibodi 16.9 peratus dan 35.2 peratus melebihi paras ambang enam bulan selepas dos kedua, menurut kertas kajian tersebut. Bacaan tersebut berdasarkan data daripada dua kohort yang melibatkan lebih 50 peserta, sementara kajian itu memberikan dos ketiga kepada seramai 540 peserta.

Apabila peserta dalam beberapa kohort diberi dos ketiga, kira-kira enam bulan selepas suntikan kedua, sekali gus mempertahankan paras antibodi selepas lagi 28 hari meningkat tiga hingga lima kali ganda berbanding paras yang dilihat empat minggu selepas dos kedua, menurut kajian tersebut.

Kajian tersebut dijalankan pengkaji pihak berkuasa kawalan penyakit di wilayah Jiangsu, Sinovac dan institusi-institusi China lain. Pengkaji mengingatkan kajian itu tidak menguji kesan antibodi terhadap varian yang lebih mudah berjangkit dan kajian lebih lanjut diperlukan untuk menilai tempoh antibodi selepas suntikan ketiga.

Konsep vaksin ni , Bukan untuk elakkan dari jangkitan . korang kena faham bab tu .

Contoh korang ambil vaksin Meninggococal sebelum pergi mekah .

Vaksin tu tak boleh elakkan dari terkena jangkitan Meninggococal .

Tapi vaksin ni dapat menyediakan anti bodi supaya dapat bersedia dengan lebih awal bila terkena jangkitan kuman .

Tahap jangkitan covid ni ada 4 level . Level 3 dengan 4 tu paling bahaya , Bila mana level 3. dan 4 tu dah boleh melemahkan paru2 , seterusnya menyebabkan kematian .

So tujuan kita ambik vaksin ni .. Supaya badan kita bersedia lebih awal .

Kalau berperang tu , maknanya askar batalion kita sudah ready dari awal .

So susahlah pihak musuh nak tumpas kan kita

itu konsep vaksin

Vaksin covid di ambil untuk ELAKKAN kesan jangkitan yang teruk , Hingga level 3 dan 4 Tadi

Itu fungsi vaksin .

kalau nak kata agenda .
Ibnu sina saintis islam yang banyk memberi idea vaksin ni

Sediakan payung sebelum hujan

jadi tak hairan pun kalau dah ambil vaksin. , still boleh kena covid

Tapi apa yang penting masa tu body kita dah standby nak lawan virus. Itu lebih penting

Harap aku tulis ni dapat kasi gambaran jelas tentang vaksin .

Tq dan salam ramadan .

Logik Vaksin

Ada orang bila sakit , akan diusahakan ubatnya.
Bila demam , cari panadol , atau madu atau apa-apa yang dirasakan ubat.

Jadinya, ubatnya diambil selepas jatuh sakit.

Ada orang , mahu ubat tu masuk dulu sebelum sakit. Jadi, bila betul jatuh sakit, sakitnya tidak terlalu sakit.

Maka , vaksin jadi ubat sebelum sakit.

Vaksin menjadikan badan kita sudah kuat melawan virus yang baru masuk dengan ilmu dari vaksin yang disuntik duluan.

Jadinya , terserah.

Ada orang, mahu makan ubat bila sakit saja, tak perlu membazir katanya makan ubat dulu kalau tak sakit.

Ada orang mahu ubat dulu, agar dirinya bila sakit tidak terlalu sakit , masih boleh memberi jasa pada orang lain walau sakit.

Jadinya, usah bergaduh.
Masing-masing ada pendapat sendiri bagaimana mahu jaga kesihatan diri.

Kepala negara fikirnya , agar rakyatnya tidak ramai jadi korban dari penyakit yang sedang merebak , jadi disediakan ubat dulu.

Perawat fikir, jika ubatnya beri dahulu ianya mengurangkan kerosakan kekal atau keterukan mangsa penyakit , jadi boleh terusan fokus pada perawatan penyakit lain yang juga sedang seiring. (Banyak lagi difikirnya, tapi….cukup itu dulu)

Orang ramai pula fikirnya banyak sekali.
-ada yang pernah anaknya selepas langsung disuntik vaksin , nangisnya bukan kepalang. Sampai ke malam tak berhenti. Ada juga yang sawan, demam panas bukan kepalang. Sebelum suntik, belum pernah sawan.
– ada yang takut dengarnya boleh jadi kena allergic teruk. Ya allergik teruk itu umpama makan udang/kerang.
Bukan semua orang boleh makan udang , ada orang makan kerang/udang , langsung kegatalan satu badan. Ada yang makan,terus goutnya kena kembali.

Jadi berapa ramai yang tak boleh makan kerang/udang ini?.. Boleh jadi dalam 1000 orang , 1 orang memang tak boleh.atau boleh jadi, dalam 100000 orang 2-4 orang tidak boleh makan. (Kena lihat statistik-saya tak tahu berapa nisbah yang allergik udang ini dalam populasi)

jadi vaksin juga begitu. Memang ada kes ,cuma sikit. Walau sikit, ianya tetap ada bukan tiada. Orang yang fikir ini, jika allergic itu 1 dalam 1000000 , bagaimana jika 1 itu adalah ‘dia’.

Jadi bagaimana menanganinya bagi yang banyak fikir ini?
Usah gaduh , usah membenci , usah menekan mereka.
Spring , makin ditekan , makin kuat tolakannya.

Jadi?
Usaha kasi faham. Cerita. Cerita. Cerita.

Sampai bila?
Cerita jika atas dasar cinta, ianya tidak menjadi beban.
Cerita jika atas dasar tanggungjawab , akan diusaha sehingga menjadi nyata.

Tapi jika cerita untuk memaksa, sedangkan anak kita bukan semua suka nasi goreng lauk tempe,inikan manusia yang banyak akalnya.

Semoga dunia kita aman dari segala kata nista dalam berkata.

Terbaharu, pertikaian vaksin “sinovac” untuk rakyat kelas “bawahan”, Pfizer untuk VVIP.

Kami sebenarnya suka perkembangan perbualan hangat tentang vaksin oleh rakyat ketika ini. Kenapa kami suka? Ini tandanya rakyat sudah mula menerima vaksin cuma lebih cakna tentang apa yang sepatutnya masuk ke dalam badan.

Sebenarnya untuk mengatakan ada dua darjat vaksin, ianya tidak betul sama sekali. Kami suka menjawab pertikaian ini dalam bentuk analogi. Kita gunakan Tesla dan Bentley sebagai contoh.

Tesla adalah kereta elektrik, Bentley pula adalah kereta yang menggunakan petrol. Kedua-duanya mempunyai agenda yang sama. Iaitu selamat dan sampai ke destinasi yang dituju.

Malah untuk katakan sinovac itu produk murahan juga salah. Sebab mengikut infografik yang viral sekarang ini, kosnya lebih sedikit mahal berbanding pfizer.

Dan kita semua sedia maklum, pembelian vaksin akan menerusi pharmaniaga secara pukal, dan akan dipakejkan di dalam negara. Pastinya kos akan jadi lebih murah.

Namun yang lebih penting, terdapat 4 lagi vaksin yang sedang berusaha untuk mendapat kelulusan NPRA. Percayakan NPRA KKM. Prosesnya sukar. Bukan mudah untuk bawa vaksin dan digunakan di dalam negara. Merekalah pelindung kita daripada bahaya ubat-ubatan.

 

 

Leave a Reply