Susah Kurangkan Berat Badan

Susah Kurangkan Berat Badan

SUSAH KURANGKAN BERAT BADAN ? Bila sebut kurangkan berat badan, ramai yang terbayang kurangkan kalori. Jadi ramai mengambil cara berikut untuk membakar kalori badan demi mengurangkan lemak berlebihan:

1) Kurangkan karbohidrat dan gula serta makanan berlemak.

2) Banyakkan aktiviti kardio, bersenam lagi lama lagi bagus. Maraton, panjat gunung, berbasikal berpuluh dan beratus kilometer. Angkat berat biar sampai koyak sakit-sakit.. gym bro kata…”no peng no geng”.

3) Supplemen: Protein perlu banyak dan supply tak boleh putus, casein ambil untuk malam dan sebelum puasa “slow releasing” bagus hehe

Kena hantam supplement naikkan metabolisma sampai dup dap dup dap gigil-gigil terberak cair sampai saraf pun “terbako”. Teh, kopi, limau dan lemon, protein sana sini pagi petang siang malam.

Boleh. Boleh kurangkan berat badan jika bersemangat waja terus berusaha, yakin.boleh..rakan muda~

Namun kesihatan mungkin terjejas kerana keradangan dan peningkatan stress (radikal bebas) pada sel badan. Lebih naya kerana berat yang turun akan kembali dengan DENDAM. Bagi yang kurang bernasib baik, berat badan susah turun. Jika turun mungkin akan mencapai “plateau”..satu tahap yang.mana berat tak turun lagi walaupun anda sudah workout bagai nak rak. Anda jadi buntu.

Dua perkara UTAMA anda mungkin tidak pernah dengar atau faham kenapa berat badan anda susah turun ialah faktor:

HORMON

1) Kortisol

Hormon jenis steroid ini lebih dikenali sebagai hormon stress atau “kesedaran”.

Ia berfungsi mengurangkan keradangan disebabkan stress dan menyediakan bekalan tenaga yang cukup bagi menghadapi reaksi stress (fight and flight reaction).

Caranya badan akan simpan lemak dan air.

Jadi jika terlalu lama anda bersenam, atau terlampau “pengful” senaman anda..anda bukan saja membina otot, tetapi mungkin badan anda senyap-senyap simpan lemak dan air sebagai bekalan tenaga ekstra di waktu stress. Ingat, stress sekali sekala masa yang singkat membina sel(anabolik) manakala stress berpanjangan atau kronik merosakkan (katabolik)

Termasuk juga tekanan emosi ya. Jika anda stress dengan bos anda di tempat kerja atau duit asyik kering saja, hormon cortisol anda naik juga.

2) Leptin dan Ghrelin

Leptin menyebabkan kekenyangan.

Ghrelin meningkatkan selera makan.

Jika nak kurus, sudah tentu perlu naikkan leptin dan kurangkan ghrelin.

Jika anda kira-kira kalori, namun tidak lupa mengambil teh tarik, makanan tinggi indeks glisemik (GI) dan makanan manis lain, anda akan sangap dan dapat kesan withdrawal. Pemakanan cara ini berisiko meningkatkan ghrelin dan menyekat penghasilan leptin.

Saya selalu sarankan diet perlu “bertaubat” ( rujuk artikel taubat dan diet). Ia untuk meningkatkan leptin dan menyekat nafsu makan ghrelin.

Anda boleh buat juga ketogenik atau diet tinggi lemak rendah karbohidrat (LCHF) dan gula lain seperti atkins, paleo, zone, intermittent fasting..

Diet ni bila pecahkan lemak ini akan bebaskan leptin dan adiponectin yang akan kurangkan rasa lapar. Sama lah bila anda di bulan ramadhan, anda tak lapar jika anda berbuka.dan bersahur secara sederhana. Jika anda tibai bazar ramadhan, padah menunggu anda keesokan paginya kerana anda akan mendapat kesan SANGAP ( withdrawal) macam tak dapat dadah.

Digalakkan puasa sunat isnin khamis untuk stabilkan hormon leptin dan ghrelin ini..sebagai ubat terbaik menundukkan nafsu makan.

3) Insulin

Orang kencing manis cucuk insulin apa jadi? Mereka kumpul lemak dan air.

Jika anda selalu makan manis-manis dan tinggi karbohidrat, anda meningkatkan paras insulin di dalam darah anda.

Ia tidak.bermakna insulin tidak penting. Ia penting untuk membesarkan otot( lebih besar otot, lagi cepat bakar lemak, lagi cepat gula darah masuk sel-sel otot..paras gula dan insulin darah akan jadi stabil cepat.

Oleh itu, “nutrient timing” adalah penting. Masa terbaik untuk ambil karbo dan gula ialah selepas bersenam atau buka puasa supaya anda dapat kesan positif peningkatan insulin. Selepas itu, kekalkan pada tahap normal ya. Jika selalu tinggi insulin, reseptor penerima insulin anda jadi “mandul” dan anda boleh dapat DIABETES jenis 2.

KERADANGAN

– Keradangan berpanjangan (kronik) menyebabkan SEMUA hormondi atas terganggu. Ia menyebabkan “kemandulan ” hormon di atas — rintangan insulin, rintangan leptin dan juga paras kortisol yang sentiasa tinggi dalam badan. Anda akan dapat semua pakej negatif hormon di atas.

– Keradangan kronik meningkatkan stress oksidatif berlebihan yang merosakkan badan.

-Bagaimana anda tingkatkan radang dalam badan anda?

Elakkan makanan CRAP

C – Carbonated Drinks

R – Refined Sugar

A – Artificial Sweeteners and Artificial Colors

P – Processed Foods

Makan makanan betul laa..real food.

F – Fruits and Veggies

O – Organic Lean Protein

O – Omega 3 Fatty Acids

D – Drink More Water

Rehat yang tidak.mencukupi juga meningkatkan keradangan. Begitu juga senaman terlampau lama. Cukuplah 10-30 minit setiap hari senaman berat atau jenis interval. Maksima sejam.

Stress dari tekanan kerja, hubungan yang keruh, perasaan hasad dengki, dendam dan prejudis menyebabkan keradangan dan kebakaran dalaman. Bertafakurlah, muhasabah diri dan dekatkan diri dengan Tuhan. Insha Allah anda dijauhi kebakaran di dunia dan di akhirat.

Toksin persekitaran menyebabkan keradangan dan kerosakan badan terkumpul : rokok, bahan kimia, racun seranggan dan rumpai, cat dan pewarna, logam berat, bahan plastik, paraben, triclosan, dll.

Makanan proses, gula proses dan tinggi fruktosa, transfat, pengawet, pewarna dan bahan tambahan.

Penyebab paling utama menyebabkan radang di kalangan masyarakat kita ialah

GLUTEN

Ini termasuk roti, roti canai, biskut, mee kuning, kek, kuih atau apa-apa berasaskan tepung gandum.Malt (m*lo, horl*ck)

Gluten menyebabkan kerosakan perut dan keradangan sistemik ( keseluruhan).

CASEIN

Casein yang diambil terutama dari varian susu lembu A1 (holstein friesian) membentuk pepejal susu (milk curd) di dalam perut dan membebankan penghadaman. Ia menyebabkan keradangan. Terdapat beberapa kajian awal juga menunjukkan susu casein varian A1 menyebabkan aterosklerosis ( salur darah menyempit), meningkatkan risiko sakit jantung dan kencing manis.Agak malang bagi kita kerana persatuan pengguna pernah membuat kenyataan 95% bekalan susu kita diimport.. yang majoritinya merupakan susu varian A1

Pilihlah susu dari varian A2 lembu tempatan (jersey) ataupun susu kambing 100% varian A2 yang lebih sihat. Kurangkan pengambilan susu..anda boleh dapat banyak zat susu dari aumber makanan lain.

Mesej Bawa Pulang

1- Pengawalan kalori hanya sebagian kecil faktor penurunan berat badan.

Elakkan gula..makanan bergula proses ini biasanya tinggi kalori dan tinggi indeks glisemik

2- Anda boleh kurus tanpa senaman dengan hanya mengawal keradangan badan anda.

Pernah dengar juicing diet? Ia mengurangkan keradangan dan stress badan. Namun sy nasihatkan kurangkan buah manis, juskan saja sayur-sayuran!

3- Diet tinggi lemak walaupun tinggi kalori, menyebabkan “net calorie” yang rendah kerana anda tidak mampu makan lemak banyak. Muak.

Penuh.

Lemak yang baik juga mengurangkan keradangan. Pilihlah lemak dari monounsaturated, lemak tepu terutamanya dari jenis MCT@MCFA yang mudah dicerna dan diserap ( susu badan, minyak kelapa, susu kambing)

* susu badan untuk baby saja ya.

Elakkan lemak trans : marjerin, krimer bukan tenusu.

Elakkan minyak senang rosak menyebabkan radang:

Minyak “barat” seperti minyak matahari, jagung, canola, maz*la dll.

4- Perkayakan sistem pencernaan anda dengan makhluk halus yang membantu mengurangkan keradangan badan anda iaitu PROBIOTIK. Menambahkan “makanan” kuman baik ini juga bagus dengan prebiotik seperti gam arab, plantain, tempe, kekacang dan sayur sayuran.

Sokong metilasi badan dengan makan tinggi vitamin B12 seperti hati dan daging serta sayuran hijau yang tinggi folate. Metilasi yang mencukupi penting untuk mengurangkan keradangan.

5- Sokong mikronutrien badan anda dengan micronutrien seperti mineral dan vitamin. Vitamin C dan magnesium merupakan kegemeran peribadi saya namun keseimbangan zinc, phosphorus, potassium dll mineral juga penting. Sumber terbaik sudah tentu melalui pemakanan berkhasiat yang padat nutrien.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi panduan kepada anda dalam pengembaraan ke arah hidup lebih sihat insha Allah.

Leave a Reply