Talbis Iblis

Talbis Iblis

Lebih baik couple tak payah nikah.

Tak payah tanggung nafkah tempat tinggal, nafkah makan, nafkah pakaian.

Tak payah keluarkan mahar sampai puluhan ribu, gelang emas.

Just berbekalkan mcD boleh dah touch, boleh berzina.

Lebih baik makan rasuah daripada bekerja 8 ke 12 jam jadi jaga.

Lebih baik jadi peragut kerja beberapa minit je dapat 4 angka daripada kerja halal sebulan baru dapat 4 angka.

Lebih baik tak solat daripada solat, lebih baik berjudi di kedai kopi tengok bola daripada solat.

Lebih baik tak payah puasa dapat makan, daripada puasa menahan lapar dahaga, takleh jimak pulak tu.

Lebih baik takyah keluarkan zakat dapat kumpul banyak lagi harta.

Ini semua talbis iblis.

Aku boleh senaraikan banyak kerja2 yang haram yang syaitan hiasinya nampak baik dan mudah daripada kerjakan yang halal.

Sebab itulah syurga neraka tu dicipta, dunia ni ujian. Dunia ni bangkai bagi mukmin dan syurga bagi puak kuffar.

Neraka dikelilingi apa yang nafsu suka, syurga dikelilingi apa yang nafsu benci.

Bak kata Dr Bilal Phillips, duit kau kerja kau spend untuk bayar sewa bulan2 Allah redha.

Duit yang kau spend untuk bayar loan riba bulan2 kau dah jemput laknat Allah ke atas kau.

Sewa rumah halal, beli tunai halal, loan riba rumah haram.

Bayar loan riba bulan2 tak menjamin rumah tu milik kau malah kena lelong lagi berpuluh2 tahun duk bayar interests je.

Berapa ramai bayar loan riba rumah tapi rumah tak dapat, segala fee, downpayment, installment lebur.

Leave a Reply

%d bloggers like this: