Teater Atas Pokok

teater atas pokok

Hari ahad lepas, kitorang dengan bangganya nak layan teater atas pokok. Sebab tengok pada hari sabtu, teater ini sangatlah best. Mana tak bestnya, semua lakonan, semua set tuh adalah atas pokok betul, bukan pokok kelapa, atau pokok pisang, tapi pokok angsana rasanya. Bawak budak budak ni tengok teater, parking susah, last last tengok 30 minit, je, budak budak dah mengantuk sangat, jadi kami balik awal.

Nak diceritakan pasal teater nih, arahan Dins Man, yang aku dengar ialah dia  cakap pasal kapitalis, habis tanah warisan tergadai, oleh pemimpin pemimpin yang memang ada port sikit dalam projek, habislah teruk kena. Paling ketara sekali, tentu sekali dengar perkataan Pantai Dalam. 

Boleh pulak, ada satu scene, orang thai datang melawat kampung warisan

hooo, semuanya kata orang Thai ni bangga  dengan adat tarian dia, bawak satu dunia, ini memang kritik orang melayu yang sangat tak hargai budaya ketimuran melayu sejati asli berseri. 

Tapi bab  nyanyian, stunt, dengan alatan stunt memang takut woo, sebab dari segi keselamatan, semua orang tak tahu, tempoh hayat pokok tersebut, buat nak tetiba patah , habis diorang, tapi aku tengok banyak jugak safety yang diorang dah buat, hahhaha. Oklah, nak berlakon, mesti panjat pokok, sambil berdialog, memang power.

Paling bangga, ianya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, pementasan teater pertama yang betul betul buat atas pokok. Hhaha, biasanya layan kat istana budaya pun, bukan atas pokok, bawah bumbung. 

Tapi dalam kehidupan kita, kita  selalu tengok teater atas pokok nih, yang dilakonkan oleh para beruk dan monyet dan orang utan, tapi kali ini,  kita boleh faham sebab manusia  yang dok atas pokok tuh. Tapi persoalannya, adakah kita akan duduk atas pokok jugak satu hari nanti ? Memang semua tanah akan dirogol kapitalis, kalau kita tak nak usaha dan malas kerja.

Cerita Pasal Pokok

Alhamdulillah, hari ni dapat jugaklah mengupdate blog sendiri, bedabedu, oklah, hari ni kita nak selongkar sikit entry pasal pokok dalam blog nih, nampak sangat takda idea sekarang, oklah, takpa, nanti kita selongkar idea tuh nanti, hari ni ulas je mana yang dah tulis sebelum nih

1. Lebah Cari Pokok Bunga

Entry yang aku rasa tulis dengan penghayatan, macam nak tahu bagaimana lebih kecil boleh mengajar manusia, memang hebat, ciri-ciri lebah itu, bagaimana dia bekerja secara berkumpulan, ianya menjadi satu topik dan kajian, dan terus menjadi kajian. Paling hebat budak ASB suka MADU lebah, hahaha.

2. Gambarajah Pokok

Dalam pengiraan kebarangkalian, ada satu istilah yang dipanggil gambarajah pokok, atau bahasa jawa dipanggil Tree Diagram. Oklah, bagusnya gambarajah ini ialah kita boleh senaraikan apa benda yang akan berlaku , kemungkinan yang akan berlaku semasa pengiraan kebarangkalian. Jadi, kalau banyak kemungkinan, makanya gambarajah itu makin lama makin besar.

3. Cara Berfikir Yang Pelik

Hhahaah, ini cerita mana tah aku dapat, memang power betul budak ni fikir, habis cikgu dia kena kaw kaw, cerita ni pasal ada burung hinggap atas pokok, disambung pulak cerita perempuan makan ais krim. Hmmm, macam-macam betul budak-budak sekarang.

4. Raja Buah

Hahhaha, cerita pasal pokok durian, tapi dulu kami ada buat contest Raja Buah Rumah Mesra Ceria, oklah pertandingan ni dimenangi oleh Zana, hahaha, ok, tapi episod ni bak kata tauke upin ipin, memang membantu orang yang sekarang tengah jual durian duri hitam, hoo, sedap woo.

5. Buah Mangga Seksyen 8

Hhahaha, kalau siapa nak buah mangga, kat rumah bapak aku ada banyak pokok mangga, Selain itu ada pokok jambu, rambutan, dan macam-macam pokok lagi, cuma pokok durian je takda, kalau tak confirm ramai datang.

6. Abah Saya Suka Tanam Pokok

Oklah cerita ni pasal abah saya yang suka tanam pokok, masih kuat, rasanya tak perlukan supplement AJHT tuh, tapi bila fikir balik, baik dia ambil vivix, senang cerita.

Menghadapi Varian Baharu

Menghadapi varian baharu nih akan kita hadapi untuk setiap masa sampailah kiamat. Benda ni akan kita hadapi , kalau tak kuat, memang kitalah mangsa. Kalau baca tajuk menakutkan jugak.

Pengalaman saya, saya masih kosong lagi, my sejahtera masih putih, tiada penggalak walaupun family member dah banyak kali galakan. Saya jadi tukang hantar sahaja. Alhamdulillah setakat nih sihat, tiada sejarah jangkitan.

Konsep yang selalu saya ajar pada orang lain ialah makan HALALAN THOYIBAN. Halal tuh ramai faham. Cuma bab thoyiban ni kena rajin kaji. Bila dah banyak baca, saya faham thoyiban ni bukan sekadar baik seperti dalam terjemahan. Antara ciri ciri thoyiban nih

1. Mesti yang Allah buat – saya akan makan makanan yang lebih dekat dengan ciptaan asalnya. Sebab rezeki thoyiban ni Allah keluarkan dari tanah. Nak faham tuh kiranya kita tanya asal usul pokok makanan tersebut. Macam nasi, ada asalnya dari beras. Makan sayur, memang ada pokoknya. Tapi macam roti canai, ada pokok roti canai ? takdekan ? jadi makanan begitu saya kurangkan. Sebab banyak bebenor proses sebelum nak jadi roti canai.

2. Bersifat menyembuhkan – yang ni saya suka makan tumbuhan banyak berbanding haiwan. Dulu dulu punya ubat pun dari herba herba tumbuhan. Jarang dengar orang guna haiwan untuk buat ubat. Petua orang lama pun guna tumbuhan. Termasuklah zaman moden nih, semua cerita balik makanan yang bagus nih banyak tumbuhan.

Ada satu benda lagi, saya nih kuat ikut filosofi Dr Shaklee.

Kengkawan tanya kenapa tak ambil, saya cakap kami trust produk shaklee lagi, hehehe. Oklah kan, saya respek keputusan masing masing.

Perubatan moden pun penting jugak, ada kelebihannya. Tapi saya jarang guna, dan cuba elakkan kalau boleh. Sebab saya nih gila shaklee, pernah turunkam berat badan berbelas belas kilo, dan saya jenia degil, saya memang jaga makan. Lepas tuh dah terbiasa tak makan pagi, buat IF.

Lagi satu pulak Dr shaklee nih pentingkan kelestarian Alam. Jadi saya pun pentingkan kebersihan. Sebab taun pun datang dari tempat yang kotor. Udara kotor boleh sebabkan masalah paru paru. Jadi kebersihan penting, hehehe.

Macam tulah cara saya dan keluarga menghadapi varian baharu. Terpulang pada anda , buatlah pembacaan dan jaga makan. Hormati sesama insan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply