Tips Bertenaga Main Bowling Supaya Bola Tak Masuk Longkang

tips bertenaga main bowling

Tips Bertenaga Main Bowling ? Salam sejahtera semua. Apa khabar pembaca-pembaca diluar sana ? Apa khabar Pakcik Lee ? Apa Khabar Ben ? Aku tanya apa khabar semua. Hhahaha, nak diceritakan sebenarnya ada  beberapa rahsia nak tere main bowling, supaya korang semua  ada hikmat dan teknik yang betul supaya korang dapat main bowling dengan power sekali, boleh kata tips aku nih, belum confirm strike, tapi ada tenagalah.

tips bertenaga main bowling

Tips Bertenaga Main Bowling

Cerita yang sebenarnya  ialah aku dan bini join strikes againts bowling tournament yang diadakan jumaat lepas, kat ampang superbowl, tapi peliknya, ampang bowling ni kat bangi, kenapa bukan kat ampang ? tu yang musykil tuh. Oklah takpa. Janji korang semua muke gembira sebab baling bowling dengan best. So aku nak senaraikan tips untuk korang bertenaga masa main bowling. Supaya korang tak bosan.

  1. Korang kena makan – hahaha, makanan berkhasiat sangat penting, mungkin korang boleh gunakan kalori yang banyak dengan makan nasi, atau makan nasi lemak, tapi nak jadi atlet kena jaga makan, makanlah makanan yang berkhasiat ok ? Tapi layan jugak nasi lemak, sebab nak pakai tenaga  untuk disalurkan kepada tangan yang nak mengangkat bola bowling tuh.
  2. Makan Kalsium – bila bab tulang urat, ni aku sarankan minum kalsium lebih sikit supaya korang tak kena sakit  urat, sakit tulang belakang  atau tulang apendiks korang tuh. Kalsium ni sangat bagus, supaya korang kuat bertenaga bila nak baling bola bowling tuh, sambil korang boleh berdiri lama, dan boleh selfie sambil gelakkan member yang baling masuk longkang.
  3. Gelak Ketawa – sebab korang kena kurangkan stress, jadi enjoylah permainan bowling ni dengan kengkawan, sambil gelak, sambil jerit hooo bila kawan strike, lepas tuh buat saspen bola macam nak strike, tapi rupanya dia masuk longkang, jadi jangan stress stress  bila main bowling, ini bukan pertandingan nak lawan Zulmazran .
  4. Makan Biskut K.Rogers – inilah sebab muka semua happy, bayangkan sambil main, sambil tuh korang layan makan biskut K. Rogers. bukan kenny rogers, lain tuh bunyi dia. Bila korang makan biskut ini, korang akan terasa enaknya , dan ada tenaga sikit untuk menjerit keseronokan dan bahan kengkawan yang asyik baling masuk longkang.

PERINGATAN : Tips yang aku bagi ini bukan untuk power main bowling sampai asyik strike je. NI baru tips nak bertenaga, kalau nak power main bowling boleh spin bola kaw kaw punye, yang tu korang boleh belajar dengan Shalin Zulkifli, bukan belajar dengan Zulkifli Nordin ok ? Hmmmm. Kalau korang nak layan lagi gambar best, korang tengok kat album nih, aku tengok gambar ni Ben Ashaari macam nak berenang pun ada, hahaha. Check on タイガー・リッチ・カジノのレビュー.

TEKNIK 3-6-9 UNTUK SPARE

Aku sendiri baru jumpa teknik ni. Teknik ini digunakan untuk menaikkan kiraan markah bowling kita dengan mendapatkan spare. Walaupun sistem ni dah agak lama tapi bagus untuk orang yang baru mula nak main bowling.

Caranya adalah:

1)      Untuk pin sebelah kiri lane (pin 2,4 dan 7)

a)      Untuk pin 2

i)     Gerakkan ibu jari kaki kiri 3 papan ke sebelah kanan lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.

ii)   Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 2 dan 3 dari sebelah kanan lane bowling tersebut.

b)      Untuk pin 4

i)     Gerakkan ibu jari kaki kiri 6 papan ke sebelah kanan lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.

ii)   Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 2 dan 3 dari sebelah kanan lane bowling tersebut.

c)       Untuk pin 6

i)     Gerakkan ibu jari kaki kiri 9 papan ke sebelah kanan lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.

ii)   Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 2 dan 3 dari sebelah kanan lane bowling tersebut.

2)      Untuk pin sebelah kanan lane (pin 3,6 dan 10)

a)      Untuk pin 10

i)   Gerakkan ibu jari kaki kiri ke titik terakhir di sebelah kiri lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.

ii)    Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 3 dan 4 dari sebelah kiri lane bowling tersebut.

b)      Untuk pin 6

i)    Gerakkan ibu jari kaki kiri ke 3 papan ke sebelah kanan dari titik terakhir di sebelah kiri lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.

ii)    Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 3 dan 4 dari sebelah kiri lane bowling tersebut.

c)       Untuk pin 3

i)     Gerakkan ibu jari kaki kiri ke 6 papan ke sebelah kanan dari titik terakhir di sebelah kiri lane bowling dengan kaki menghala ke arah pin tersebut.

ii)    Baling bola bowling supaya melalui ruang antara anak panah 3 dan 4 dari sebelah kiri lane bowling tersebut.

Apa yang diajar masih tak berguna sekiranya tidak dilatih. Jadi selepas ini jika ke pusat bowling lagi, bolehlah berlatih menggunakan teknik ini untuk menang lebih banyak game bowling.

DAPATKAN KASUT BOWLING

Jika korang beginner, korang boleh menyewa kasut di pusat bowling. Jika korang ingin meningkatkan permainan, bolehlah membeli sepasang kasut sendiri dari mana-mana Proshop. Kasut jalan tidak boleh sama sekali digunakan untuk bermain bowling kerana kasut tersebut mungkin akan membuat kaki korang terpelicuk di lantai dan tidak boleh meluncur, atau akan membuat korang tergelincir dan mencederakan diri sendiri.

Jika korang tidak memakai kasut bowling, ia boleh merosakkan atau meninggalkan calar pada approach panel. Sewalah sepasang kasut kecuali korang ingin mendapatkan masalah sebelum bermain.

Jangan lupa untuk memakai STOKIN yang dibawa dari rumah atau boleh beli di kaunter. Pemakaian stokin adalah untuk menjaga kebersihan kasut dari bau yang kurang menyenangkan dan juga dari jangkitan penyakit kulit. Tolong hormati orang lain yang menyewa kasut selepas korang.

TEKNI BALING BOLA BOWLING DENGAN BETUL

Jika ikut kaedah yang betul pasti akan strike.Cara sebenar bukan main baling sahaja tapi ada langkah-langkah yang perlu dikutkan dan yang paling pasti, bola boling hendaklah di pegang dengan betul supaya bola boling tersebut jatuh di lane yang ditetapkan bukan di belakang.Ini memang banyak terjadi pada pemain baru bermain bola boling.Sekarang admin akan share kan gambar dibawah dan mana tahu sedikit membantu anda dalam membetulkan posisi bermain boling.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply