Tips SEO Kembara ASB

Tips SEO Kembara ASB

Semalam program tips seo KEMBARA ASB , group aku sayang bini dapat dijalankan dengan lancar. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya tuan Naja dan saya akan berkongsi pengalaman, kedatangan Fahmy Suhaimi dan Hirman pakar SEO datang untuk menjayakan kelas GILA GILA BLOG . SELAIN itu perkongsian terbaik dari MASTER CINTA Kamarudin Mahad bagaimana menjadi seorang suami kepada seorang SID

Amalan 40 Hari Berbloging

Saya berkongsi tips fokus , membuat peta minda dan fokus untuk menulis , berdasarkan topik atau target produk yang hendak dijual. Jadi saya berkongsi bagaimana penulisan yang konsisten dengan ayat yang berbeza membolehkan kita bersaing dengan keyword yang lebih general, walaupun bermula dengan keyword yang lebih spesifik. Pendakian keyword itu perlulah istiqamah dan tak boleh lari dari matlamat sebenar.

Gaya Penulisan Ikut Pembaca

Tuan Naja berkongsi bagaimana cara untuk menaikkan trafik dan berkongsi link pada pelanggan facebook, bila nak buat post dan sebagainya. Paling penting tuan Naja bercerita gaya penulisan yang berbeza untuk pelanggan yang berbeza. Contohnya gaya penulisan yang serius menjurus kepada golongan profesional dan yang mungking berusia.

Teknikal SEO

Paling beruntung peserta gila gila blog kali ini ialah perkongsian teknikal oleh saudara Hirman yang sudi berkongsi tips teknikal dan bangak istilah dan bahagian teknikal yang masih belum peserta blog tahu. Hirman berkongsi bagaimana setiap teknik banyak mempengaruhi ranking dalam carian google.

Perkongsian MASTER CINTA

Selain itu sebelum rehat, Master Kamarudin sempat bercerita pengalamannya bersama isteri tersayang lydzar rusman bagaimana dia memberi restu dan menyokong lydzar menjayakan business Shaklee. Hoo kisah paling sedih tentu sekali masa dia buat part time jadi tukang potong rumput sebelum berjaya menjadi businessman yang berjaya.

Nasihat Tuan Pengerusi ASB

Tuan Fahmi berkongsi juga nasihat kepada peserta , satu amalan 6 bulan yang perlu dilakukan, update blog dan promosi blog. Perlu kerja keras dan istiqamah. Kalau 6 bulan tak jadi, berhentilah buat Shaklee kata tuan Fahmy.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat tuan Q razali, Naja , Hirman , Fahmy, Kamarudin, Hamzah dan semua sekali yang tak sempat nak sebut nama. Harap harap peserta semua dapat bercinta dengan blog masing masing, yakin dengan penulisan masing masing

Tips SEO Kembara ASB – FOKUS

Selamat Pagi semua, Alhamdulillah dapat juga bangun awal pagi, sebab dah terfikir nak gerak dan setup laptop untuk program GILA GILA BLOG, jadi memang tidur awal semalam untuk berehat, terpaksa melupakn aktiviti badminton ASB. Takut ada yang letih keesokan harinya dan mengantuk lambat datang. Sebab saya bukan jenis bangun awal pagi, jadi tidur awal mesti satu kemestian.

Jadi satu tips terbaik dari saya untuk SEO pada pagi tak buta ni ialah berkenaan dengan FOKUS !!! Apa itu fokus tuan tuan ? Fokus ini ialah tumpu, kita tunpukan perhatian kita pada sesuatu topik dan bidang yang hendak kita ceburi.

Biasanya orang yang membuat Phd , mesti akan hargai teknik fokus ini, kerana mereka perlu fokus dalam bidang keilmuan mereka, lagi kecil dan lagi mendalam, itu lebih baik untuk seorang calon Phd. Hoo dia pergi jauh kedalam ilmunya. Kalau tak Fokus, nanti boleh sebabkan kerja jadi banyak dan kita tak tahu apa benda nak buat.

FOKUS dalam penulisan blog amat penting

supaya google dapat mengklasifikasikan blog kita tentang apa. Hooo kalau nak tahu, anda boleh cuba beberapa cara ini, barulah anda sedar betapa pentingnya fokus.

1. Jika anda menaip kata kunci ” ayam masak merah” , tentu sekali entry yang keluar itu ialah blog masakan. Ye, sebab blog masakan akan fokus kepada resepi masakan, takdalah pulak dia jual Shaklee atau benda lain.

2. kata kunci yang lebih panjang dan spesifik akan memberikan lebih banyak peluang untuk anda . Blog anda mudah dijumpai dengan kata kuncibyang panjang dan fokus. Perbezaan ketara kata kunci yang fokus dengan tak fokus

Masakan Ayam Pedas   vs Masakan Ayam Pedas di Shah Alam

Ahhaha nampak tak, bila kita lebih fokuskan seperti meletak tempat, barulah google dapat memberikan jawapan yang lebih tepat, seterusnya membantu google menjumpai blog kita. Jadi keyword yang lebih panjang akan kurang persaingan, tetapi kelemahan ialah ianya jarang dicari, lagipun lumrah manusia suka cari benda simple yanh cepat dan mudah.

Cara paling berkesan untuk menguasai kata kunci yang lebih umu ialah JANGAN LARI FOKUS !!! Sentiasa update pada bidang atau kata kunci yang diidamkan. Tapi jangan pula copy paste, yang ni memang masalah kalau anda copy paste. Oklah Selamat Mencuba !!!!!

Tips SEO Kembara ASB – Akhirat

Alhamdulillah, masuk bulan, keluarga rumah mesra ceria bersemangat untuk meneruskan perjuangan untuk berjaya dalam Shaklee . Semalam juga saya sebagai owner blog rmc dengan rasa berbesar menerima seorang penulis tamu dari group GMF, Ayu Nawawi, anak kepada Noor Azmiah. Alhamdulillah, ramai yang mula masuk ke dalam blog ni, terima kasih diucapkan

Suatu tips yang mudah untuk menjadi blog yang SEO ialah dengan meletakkan MATLAMAT AKHIRAT. kenapa AKHIRAT ?  Menulis dengan menyumbangkan ilmu yang bermanfaat membuatkan pahala berterusn kepada pemberi ilmu tersebut. Jadi menulis dengan rasa ikhlas dan kasih sayang, memberikan satu identiti kepada orang lain terhadap diri kita. Jadi rajin rajin lah berkongsi ilmu. Letakkan Saham Akhirat anda pada blog. Jadikan blog anda sebagai satu saham, kalau anda tiada lagi, mereka yang membaca akan terus dapat manfaat dari pengalaman dan tips yang anda share.

Mungkin kita bukan hartawan, nak bina telaga, nak bina masjid, nak buat sekolah, tapi menggunakan khidmat blog percuma, atau youtube, anda dah boleh bajak Saham Akhirat anda, janjo tulislah dengan penuh kasih sayang, tak perlu nak copy paste, tulis dengan ayat sendiri. Jika silap, belajarlah dari kesilapan. Tulislah supaya mereka di luar sana dapat suatu kuasa aura motivasi dari hasil coretan kita.

BLOG vs FACEBOOK

salam sejahtera semua, kali ini, saya nak cerita sikit je pasal facebook dan blog ini. Hooo, ada orang kata sekarang ni zaman facebook, nak buat sales banyak guna facebook. Tapi itulah, saya ni bukanlah pandai sangat pasal facebook, saya lebih suka kepada blog, nampak macam lambat, tapi ada juga powernya. Kalau nak tahu power sebuah blog yang hebat, jom tengok gambar dibawah, kredit kepada owner gambar ni, saya search google je. 

Blog di bawah KAWALAN KITA !!!

Sebenarnya, ramai je dah tahu benda ini, dengan Facebook sekarang pun sukar nak ramal algorithm newsfeed, kenakan bayaran kepada Fb Ads, jadi sukar juga nak orang lain baca newsfeed kita. Paling best kalau buat dengan blog, semua benda kita boleh kawal. Hooo, tapi nak suruh orang masuk tuh, kenalah bikin SEO blog bagi jadi lagi power. Hooo kalau korang tengok kat atas tu pun ialah satu infografik SEO yang mantap. Memang kalau search kat internet, gambar ini kiranya yang paling awal keluar dekat carian image google. jadi, kat sini kalau korang rajin, cuba senaraikan ada 10 kelebihan blog berbanding facebook.

Facebook Kena Bayar

Hahaha, ada satu point yang menarik di sini, kalau nak ramai tengok newsfeed kita, kita kena bayar kat facebook, tapi dengan google, atau kuasa SEO blog, google yang bayar kita sebab kita buatkan ramai orang baca content kita, maknanya google bayar atas dasar trafik. Hoo, jadi macam dah terbalik, fb Ads kena bayar kalau nak trafik tinggi. Tapi GOOGLE bayar kalau trafik kita TINGGI huhuhuu

Infografik SEO

Salam hari ahad semua. Malam ni apa program ? Apa Malam ni kalau yang tidur lambat, bolelah layan bola sepak el clasico Real Madrid lawan Barcelona. Malam ini buat kerja untuknesok atau bersama sama belajar dengan anak anak. Oklah kali ini saya cuma nak share tips SEO yang paling mudah. Tips ini ialah dengan belajar melalui gambar infografik

Infografik Mudah dan Menarik

Dalam banyak banyak nota SEO yang pening kepala dan panjang ayat, paling bagus ialah belajar dari infografik. Infografik ni macam macam anda. Cara infografik ini memanh menarikĀ  , memang dibuat dengan cantik. Anda boleh cari macam macam infografik, lagi lagi tentang kesihatan kalau anda ini menjual Shaklee. Jadi menggunakan infografik boleh menarik perhatian pelanggan dengan idea yang menarik. Cumanya nak buat infografik yang bagus perlukan kreativiti, dan mengambil masa yang lama.

SEO guna INFOGRAFIK ?

SEO juga boleh digunakan melalui gambar. Gambar juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan maklumat yang lengkap kepada subjek yang hendak ditulis. Selain menulis, video juga adalah satu SEO yang mantap . Jadi kalau anda pandai membuat infografik, anda juga boleh menarik trafik masuk ke blog anda.

Apapun selamat belajar dari infografik yang banyak di internet. Boleh juga digunakan sebagai nota kepada group shaklee anda atau nota kelas blog !!! . Tips seo kembara ASB

Leave a Reply

%d bloggers like this: