Toga Sebenarnya Tok Awang Kelana ?

Toga Sebenarnya Tok Awang Kelana ?

Toga Sebenarnya Tok Awang Kelana ? TOGA@ TOK AWANG KELANA. Di dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Toga merupakan salah satu watak antagonis yg utama, yg memainkan watak sebagai seorang pembunuh upahan British, untuk membunuh pahlawan Mat Kilau. Jika dilihat di dalam sejarah Negeri Pahang, watak Toga ini sebenarnya wujud dan boleh dikatakan Toga di dalam realiti sejarah yg sebenar adalah seorang pendekar Melayu yg bernama Awang Kelana.

Toga Sebenarnya Tok Awang Kelana ?

Disebutkan bhwa Tok Awang Kelana adlh seorg pendekar Aceh yg gagah dan perkasa. Beliau menetap di Perak dn pernah membantu kompeni Inggeris ketika berlakunya sejarah peperangan di Negeri Perak.

Ketika di awal berlakunya sejarah penentangan di Pahang, Awang Kelana dibawakan khas oleh Hugh Clifford untuk membantunya mengatasi kehebatan pasukan perang yg dipimpin Tok Gajah. Kerana pada pandangannya, hanya org Melayu yg mengetahui selok-belok ilmu peperangan bangsanya sendiri, dan pastinya Awang Kelana dpt membantu beliau mengalahkan Tok Gajah.

Namun sebaliknya berlaku, menurut Sejarah Datuk Bahaman oleh Talib Ahmad, Awang Kelana dikatakan telah mati dibedil oleh pengikut Tok Gajah ketika beliau berada di Kg. Sega, Jerantut. Dan terdapat versi lain yg mengatakan Awang Kelana tlh mati dibunuh oleh Mat Kilau ketika mereka bertempur di dalam hutan di Bukit Kor, Jerantut Pahang.

Kisah Awang Kelana ni tuan puan boleh tonton di sini

Bagi saya Toga ni salah satu replikasi

dari 40 orang dari suku kaum Dayak yang turut terlibat dalam pemburuan Mat Kilau. Dalam filem tersebut ada disebut dia dari Borneo, Pulau Mata Satu (konon-nya). Berikut posting yang sama ada dalam group ini juga:

TAHUKAH ANDA | Operasi Memburu Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berlangsung dari 1895 hingga 1896.

Pegawai Penjajah British dengan restu pihak istana iaitu Hugh Clifford ditugaskan untuk memburu mereka.

Misi bermula dari Pahang merentasi Terengganu, Kelantan hingga ke sempadan Patani.

Berdasarkan catatan penjajah dan Hugh Clifford sendiri, operasi dibantu oleh

1. Dua pegawai Melayu iaitu
– Syed Husin
– Syed Seman

2. R.W.Duff – Superintendent Polis Pahang
– 40 Anggota Dayak dan lapan Anggota Sikh
– Pasukan Bantuan 250 orang Melayu Pahang

3. Dr. A. B. Jesser Coope iaitu Residency Surgeon Pahang bertindak selaku Pegawai Perubatan dalam misi tersebut

4. Dua orang wakil Kerajaan Siam
– Luang Visudh Parihar (Luang Swat)
– Luang Sevasti Borirom

Ekspedisi bermula dari Kuala Tembeling hingga ke Pasir Rawa.di Tanah Merah, Kelantan.

Ia mengambil masa selama 3 bulan dengan belanja sekitar 5,000 ringgit.

Datuk Bahaman, Mat Kilau & Tok Gajah berundur bukanlah kerana takutkan British.

Sebaliknya mereka memilih hidup di tempat baharu dengan nama baharu kerana sedar wujudnya ramai pengkhianat bangsa Melayu yang gemar makan dedak pada masa itu.

Bukan sahaja British yang memburu mereka malah pihak istana turut menghantar orangnya juga.

Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh pihak Istana, British dan kuncu-kuncunya.

Beliau terpaksa mengasingkan dirinya sebelum menetap di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan akhirnya memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau untuk menzahirkan dirinya yang sebenar.

Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dengan nama Mohamad Bin Ibrahim.

Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan di kampung kelahirannya iaitu di Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pahlawan Melayu ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969.

Usai solat, beliau membaca al Quran dan mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini menggemparkan orang ramai sehinggalah kerajaan Pahang terpaksa menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk menyiasat.kesahihannya.

Jawatan kuasa ini dibentuk pada 8 Januari 1970 dan pelbagai mekanisma telah dilakukan termasuklah temuramah dengan beberapa individu yang berkaitan.

Pada 6 Ogos 1970, jam 10.30 pagi, Mat Siam diisahkan sebagai Mat Kilau oleh kerajaan negeri.

Mat Kilai meninggal dunia empat hari kemudian pada usia 122 tahun kerana uzur.

Hakikatnya, keturunan tali barut dalam kalangan orang Melayu wujud sampai hari ini.

Mereka bijak bermuka-muka termasuk berkeris dan bertanjak dengan menunggang agama dan bangsa.

Jadi berwaspadalah wahai Melayu.

Pagi tadi layan Mat Kilau

Saya ok dan terhibur. Namun, 2 perkara lekat dalam kepala. 1. Saya idamkan pertarungan 1 lawan 1 antara Mat Kilau dan Toga. 2. Askar Benggali yang serbannya tercabut masa dia gugur kena belasah. 7/10 untuk hiburan.

Selepas itu naik LRT ke Riwayat. Tujuan hendak melawat sahabat dan hantar buku yang dipesan. Bos-bos tak ada pula, tapi ada Naim AlKalantani yang sempat kami duduk minum kopi dan berbual biasa. Lupa pula tanya bila nak kahwin.

Balik singgah d’pulze untuk pos buku dan santai sebelum tutup bab jalan-jalan dengan isteri di hujung minggu.
Lain-lain yang tak dicerita kira rahsialah.
Begitulah.

*Eh lupa. Masa nak seberang jalan ke Stesyen Masjid Jamek, bertemu juga Engku Roestam Alias.

Ok settle Mat Kilau

Cukup la kalau koi kata,
kalau gini la cerita mat kilau,
tak payah baca buku sejarah Pahang langsung pun takpe..
padan baca komik2 pendekar je.

Koi nak ulas bab silat mmg tak layaklah sebab koi bukan ahli bab itu,
tapi setahu koi, perang zaman Mat Kilau ni jenis berkubu, senapang lawan senapang.
Tapi abaikan hal tu.

koi nok ulas bab filem je la, pesen dialog serupa teater belaka. Dah macam berbalas sajak pun ada.
Prop pun gitu-gitu aje.
Pakaian mmg semua fail… contohnya pesawah sorang pun takde pakai comot, semua orang pakai baju lawa baru keluor plastik. Yang sekampung datamg ke medan perang nak bertempur pun semua bersiap pakai baju baru dulu..kalau bukan sebab nampak parang di tangan, mesti org ingat mereka nak datang beraya.

secara politiknya pun gagal,
British memang ditonjolkan jahat sampai tahap tak logik.. kalau berdialog suka beri nasihat orang melayu lemah sebab tak bersatu…sebab itu dijajah.. skrip berulang2 gitu aje.
Nasib ada Toga, ada juge benda nok tengok. Kalau nak harapkan puak Bhuram Singh, handal depan penjaja dgn petani je, kalau pendekar melayu datang, sedar2 dia bertempik ‘dushman !!’ lepas tu terus kena belasah.

Paling real, grup Mat Kilau ada guna molotov cocktail masa serang hendap,
Ini adalah jauh lagi awal dari zaman perang saudara sepanyol ketika bom petrol tu mula sekali digunakan..
Sekaligus nama encik molotov yg diabadikan itu patut dipadam oleh wiki diganti nama baru Mat Kilau Cocktail.

Macam koi cakap, bab sejarah mmg ke laut lah.. tapi kalau jenis nak layan movie pesen storyline komik pendekar .. mungkin sesuai la…
sekejap kelahi, lepas tu kelahi, lepas tu dialog patriotik kemelayuan berjela-jela, sambung kelahi lagi, up dialog agama pulak, sambung kelahi lagi….
peminat komik memang terhiburlah la tengok cerita mcm ni kot.

Koi tengok kiri kanan, penonton muda-mudi lain macam layan je.. cerita dah tamat pun nak duduk lagi mcm tunggu after credit scene … ingat cerita marvel ke apa?
Apa-apa pun, koi dah support.
Harapnya filem ni berjaya dan kemudian akan ada pulak cerita Tok Bahaman yg lebih proper.. Atau topik yg lagi epik .. Perang Saudara Pahang ..Toga Sebenarnya Tok Awang Kelana

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply