Tukar Sampah Jadi Emas

Tukar Sampah Jadi Emas ? Banyaknya sampah !! Tahu kenapa ? Salah satu sebabnya ialah tidak kitar semula !!! Saya selalu jual sampah !! Tin , botol,kertas, plastik,saya kutip, dan jual semula di pusat kitar semula pasar seksyen 6, shah alam. Alhamdulillah, dapatlah RM 2 lebih. Sikit , tak banyak, tapi sampah percuma.
Ayah saya, sejak tahu perkara ini, dia pun tak buang sampah merata-rata, semuanya kumpul untuk cucu kesayangan. Satu hari pergi pernah dapat dalam RM20. Duit sampah, kumpul sikit sikit masuk tabung arreessa.Dah banyak nanti, bolehlah beli 1g emas. Macam tak percaya, sampah boleh tukar jadi emas. Tapi ini cerita betul, perlukan logik dan kerajinan. Yang paling penting, sikap!! Malaysia dah tak boleh tampung sampah lagi !! Jadi, kita jual sampah untuk beli emas !!!
Tukar Duit Kertas ke EMas
Hahaha, semua kecoh, sekarang ni, emas, perak, dinar, dirham. Ayo, apa ni wei. Hahaha. Korang pun tahu, duit kertas apa pun tarak, mengalami susut nilai, dan sebagainya. Setelah membaca banyak cerita pasal emas, aku pun dah mula tukar duit kertas ke emas. Macam macam blog sudah aku baca, ni kawan aku en Shahril Azhar, tokey Public Gold.
Tapi tadi, tukar duit tabung haji anak ke emas, Kami beli di Amsyiq Gold (AG). Tapi kenapa Amsyiq Gold ? heheh, lebih kurang je macam emas lain. Kalau ikut trading, Public Gold (PG) lagi ok. Tapi kenapa AG ? Satu benda yang best, ialah, dia ni antara yang offer ar-rahnu, PG tak. So, memang baguslah, kalau sesak sangat, bolehlah cagar emas tu dulu.
Hahaha, selain itu, VGMC pun bagus jugak, kalau korang minat pelaburan emas kat internet, tak mengecewakan. Bulan bulan , income masyuk hehehe. Oklah, selamat beramal, jom tukar duit ke emas
Arrahnu Dengan Amsyiq Gold
Salam sejahtera, catatan hari ini ialah berkisar tentang membeli dan cagar emas di Amsyiq Gold.Buat kawan kawan yang belum mengetahuinya, silalah layari amsyiq gold dan syeikulmaqari, untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat ini. Sejak abang saya memperkenalkan produk Amsyiq, ternyata saya sungguh tertarik dengan emas fizikal.
Apa yang menarik, emas fizikal sebenarnya lebih selamat berbanding pelaburan berdasarkan emas atau akaun emas seperti maybank atau CIMB. Kalau kita jangka harga emas akan naik sahaja , maknanya kita silap. Disebabkan ekonomi dunia masih boleh dimanipulasi oleh matawang dan spekulasi, kita terpaksa menerima hakikat, harga emas akan naik turun mengikut keadaan semasa. Walaubagaimanapun, rekod 10 tahun lepas bolehlah dijadikan sandaran, bahawa harga emas akan naik setiap tahun, secara dasarnya dalam 15 hingga 20%.
Jadi persoalannya, mengapa pilih emas fizikal ? Faktor keselamatan simpanan di rumah juga menakutkan kita untuk menyimpan emas dalam bilangan yang besar. Jadi jawapan pertama saya untuk emas fizikal ialah
Emas fizikal boleh dicagar, manakala duit atau akaun emas tidak boleh
Saya tertarik dengan syarikat Amsyiq yang menawarkan perkhidmatan Ar rahnu mereka sendiri. Memang mudah untuk mendapatkan wang segera jika berlaku kecemasan. Saya tunjukkan dibawah, beberapa langkah untuk beli emasdi Amsyiq. Amsyiq yang saya kunjungi ialah di ibu pejabat di shah alam, seksyen 7, belakang wisma jackel, dan bersebelahan dengan kedai tudung fareeda.
Saya sediakan wang untuk membeli 1keping 1g 999 dan 1 keping 1/2Dinar 916
En Zaid sedang menulis resit untuk pembelian saya.
Siap, resit pembelian emas saya di Amsyiq Gold
Tadi di atas ialah proses pembelian emas yang kita hajati. Disebabkan saya nak pakai duit, saya teruskan pula akad lain, dengan cagar emas tadi. Jadi emas saya tak hilang, duit pun dapat.
En Zaid sedang menulis resit untuk arrahnu.
Siap ,resit cagaran saya.Saya buat akad berlainan bagi setiap satu jenis emas yang saya beli. Jadi masa nak tebus, boleh ambil satu satu, ikut kemampuan saya.
Diharap catatan kali ini membantu anda untuk berurusan dengan Amsyiq Gold. Insuranskan duit anda dengan Emas sekarang.

Emas 1g goldbar Amsyiq Gold
Salam sejahtera, apa khabar, sihat ? Alhamdulillah, saya baru sahaja mendapat kad pengedar dari Amsyiq Gold, kerana melepasi pembelian emas bernilai RM10k. Saya sekarang layak dapat potongan harga 1.5% harga pasaran. Alhamdulillah, saya boleh simpan emas dengan banyak lagi dengan harga yang murah.
Pernah tengok emas 1g goldbar ? Saya pertama kali melihatnya, memang kecil. Anda boleh tengok sendiri di google, dan cuba tengok emas itu dari kawan kawan anda. Jadi soalan saya, apa yang menarik dengan emas 1g ni, kenapa tak beli pada nilai yang lebih besar seperti dinar atau jongkong emas ? Kalau saya, saya pilih 1g emas ini kerana …
1) Murah – harga dalam 200 lebih, dah boleh dapat 1g 999, kalau syarikat lain, lagi murah daripada amsyiq. Saya rasa dalam 160 lebih, dah boleh dapat 1g, tapi ketulenan berbeza beza gred.
2) Senang jual – senang jual, sebab harga pun murah, untung cepat, kalau siapa yang pandai buat jual-beli emas.
Simpan Sikit Sikit
3) Sikit-sikit lama jadi bukit – ramai yang tertanya tanya, berapa modal nak mula buat pelaburan emas, jawapan saya mudah sahaja, mulakan dengan 1g emas, hanya 200 lebih sahaja. Kalau di amsyiq, kumpul resit , jualan terkumpul sebanyak RM10000, anda dah boleh jadi pengedar.
4) Senang cagar, senang tebus – saya suka cagar emas 1g, memang senang tebus, sebab bila nak tebus, tak perlu duit yang banyak. Saya akan bincangkan lagi perkara ini.
5) Kalau hilang, tak hilang semua – 5g 1 keping, dengan 1g 5 keping, kalau hilang 5g, habis semua hilang, kalau 1g, boleh letak tempat lain lain.
6) Boleh buat hadiah – untuk kahwin, hadiah hari jadi dan sebagainya.
Kalau ada pendapat lain, boleh konsikan di ruangan komen tulisan ini. Terima kasih. tukar sampah jadi emas

Kelebihan Amsyiq Gold
Salam sejahtera, lama tak jumpa. Buat anda yang suka beli emas, saya rasa tertarik dengan Harga Terkini Emas di Amsyiq Gold. Mereka sekarang menukarkan sistem harga emas mereka dengan mengemaskini harga setiap 20 minit, Alhamdulillah, sesuai untuk mereka yang suka jual beli emas. Hari ini, sudah 4 bulan saya menceburi bidang emas fizikal, selepas membuat pelaburan VGMC secara online. Alhamdulillah, saya rasa banyak kelebihan yang anda akan perolehi di sini.
1. Harga antara yang paling murah. Ini diakui oleh kawan saya yang sudah lama buat pelaburan emas.
2. Spread cuma 5% untuk semua barang keluaran AG. Kalau dealer dapat 4%.
3. Ada sistem ar-rahnu sendiri, GKAS, GKA, JRA (boleh rujuk di website AG).
4. Sesuai untuk mereka yang tiada duit, boleh cagar emas di sini.
5. Cagaran boleh sampai setahun.
6. Sesuai untuk mereka yang nak modal perniagaan.
7. Kalau produk habis, boleh guna sistem beli cagar pada masa yang sama. Selepas ada stock, boleh tebus balik.
8. Insyaallah, guna teknik senjata arrahnu, emas kita takkan hilang, harta kita takkan habis, cuma boleh pegang atau tak boleh pegang sahaja.
9. Dulu kumpul duit, rasa tak cukup, tapi bila kumpul emas, rasa ada je duit,
10. Servis terbaik, sebab selalu sangat buat urusan di situ,
11. Senang jadi dealer, kumpul resit sahaja dah layak.
12. Produk termurah 1g goldbar pun boleh cagar.
13. Boleh cagar emas satu persatu, dan tebus pun satu persatu.
Dan banyak lagi, insyaallah, saya cuba huraikan teknik arrahnu (GKAS) yang menarik. Sekian sahaja.