Ubat Batuk Azimac

Semasa musim haji tempohari ramai jemaah yang mengalami batuk2 terutama selepas pulang dari Arafah & Mina.

Bayangkan khemah di Arafah menempatkan sehingga lebih 200 jemaah haji satu khemah.Tempat tidur hanya berjarak kurang 1 kaki dari jemaah sebelah.Walaupun khemah dilengkapi aircond pengudaraannya sangat lemah.Overcrowded.Ini salah satu faktor yang memudahkan bacteria & virus merebak samada melalui air-borne atau droplets.

Waktu musim haji tempohari ubat Azimac (Generik Azithromycin) inilah yang banyak jadi penyelamat kepada jemaah2 haji.Terutama yang mengalami batuk berpanjangan melebihi 2 minggu.Ramai jemaah haji mula risau terutama apabila ada beberapa orang jemaah terpaksa warded disebabkan batuk melarat menjadi Pneumonia.

Walaupun ramai beranggapan sebahagian besar yang batuk disebabkan jangkitan virus (tak perlukan antibiotik).Tapi berdasarkan pengamatan aku ramai jemaah haji yang batuk lama ini menunjukkan recovery yang cepat selepas ambil antibiotik Azimac ini.

Kelebihan Azimac 500 ini ianya mudah dimakan – hanya sebiji sekali sehari.Dan tempohnya hanya 3 hari.Jarang sekali menyebabkan masalah alergik atau gastrik.Ianya sangat berkesan terutamanya untuk atypical bacterial eg. Mycoplasma infection.Malah jauh lebih cepat berbanding pesakit yang diprescribe dengan ubat ‘original’ Augmentin & Cefuroxime.

Harganya pula lebih mampu dibeli.Hanya SAR27-30 sekotak berbanding Augmentin, Cefuroxime atau Chlarithromycin yang mencecah SAR70-90 sekotak.

Jadi jangan pandang rendah kepada ubat2 generic ini.Walaupun murah belum tentu kualitinya rendah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: