Ucapan Ustaz Engku Ahmad Fadzil Dalam Majlis Ulama

Ucapan Ustaz Engku Ahmad Fadzil Dalam Majlis Ulama

Ucapan Ustaz Engku Ahmad Fadzil Dalam Majlis Ulama ? Saya baru berkesempatan mendengar ucapan Ustaz Engku Ahmad Fadzil dalam majlis bersama PM10 tempoh hari.

Ucapan Ustaz Engku Ahmad Fadzil Dalam Majlis Ulama

Dalam ucapannya beliau ada menyebutkan persamaan antara beliau dan PM10 antaranya ialah:

1. UIA
Di mana beliau bekas pensyarah UIa manakala PM10 bekas Presiden UIA.

2. MCKK
Beliau juga menyebutkan sekolah ternama ini mempunyai kaitan antara mereka berdua kerana kedua-duanya adalah lepasan sekolah ini.

Cuma ucapan beliau kali ini bagi saya tidak ada yang baru. Sama saja. Masih wahabi, wahabi, wahabi dan isu yang berputar tentangnya.

Apa yang PM10 dan rakyat perlu tahu ialah walaupun ada 2 persamaan antara PM10 dan Ustaz Engku, ada juga perbezaan antara kedua mereka ini. Yang paling ketara ialah pada 2020 Ustaz Engku Ahmad Fadzil pernah menolak DS Anwar Ibrahim menjadi pemimpin tertinggi negara walaupun DS Anwar percaya beliau layak menjadi PM untuk Malaysia.

Namun, pada 2022 beliau sendiri hadir memberi ucapan di hadapan PM10.

Dr Rozaimi Ramle

DIALOG KUIPs 2.0

Wahabiah: Aliran Sesat Atau Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah ???

Ustaz Salman Ali vs ARG

(Ustaz Engku Ahmad Fadzil & Kiyai Hidayat Nur)

11 Februari 2023 – Sabtu

8.30 Pagi – 3.00 Petang

Dewan Banquet,

Kompleks Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,

Persiaran Wawasan,

01000 Kangar, Perlis.

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!

P/s: Sila Datang Awal, Tempat Adalah Terhad !

Quiz & Tadabbur: Menangi pakej Umrah eksklusif PERCUMA dan banyak hadiah lagi..

Anda bercita-cita mengerjakan umrah atau dah rindu untuk kembali ke Tanah Suci?

Mari sertai quiz mudah dalam Siri Animasi KALIMULLAH NABI MUSA A.S EDISI BAHASA MELAYU yang disediakan.

3 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi hadiah utama pakej Umrah eksklusif PERCUMA tajaan Simply Umrah.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi hadiah Mingguan KAB Goldbar 999 0.5g, Set Al Quran edisi Al Guffran, Set Mahsyur buku Kembara Mahsyar dan banyak lagi.

Cara sertai :

1. Daftar & Langgan di www.nurflix.tv

2. Tonton & Jawab Quiz di setiap episod.

Kategori i : Quiz Terkumpul

– jawab quiz pada setiap episod sepanjang 13 minggu

– Keputusan pemenang akan dibuat selepas 2 minggu episod 13 ditayangkan.

Kategori ii : Quiz Mingguan ( 3 pemenang setiap Minggu )

– Jawab quiz bagi episod yang ditayangkan pada minggu tersebut.

– Keputusan pemenang akan dibuat pada minggu ke 3 setiap bulan.

Daftar, langgan dan tonton.

Tadabbur, Fahami, Jawab Quiz dan Menang!

Engku Ahmad Fadzil

ucapan ustaz engiku ahma

Kebebasan melampau mengelirukan umat Islam

PERSOALAN kebebasan manusia sejak lahir hingga tidak perlu ‘diperhambakan’ dengan peraturan agama dan menolak tafsiran yang diberikan ulama sering menjadi gula-gula golongan liberalis.

Dua isu ini juga sering mengelirukan umat Islam khususnya golongan awam yang tidak mengikuti atau terdedah dengan tradisi ilmu agama yang sebenar.

Penolakan terhadap peraturan agama dengan menganggap akal rasional sudah mencukupi itu, menjadikan Muslim yang terpengaruh dengan dakyah berkenaan mempertikaikan hukum-hakam yang sudah tetap dalam Islam.

Pada masa sama, orang Islam yang terpedaya dengan slogan setiap orang mampu membuat penafsiran dan membentuk kefahaman berdasarkan akal sendiri pula, menambahkan kekacauan dalam pemahaman Islam dalam masyarakat.

Apatah lagi slogan itu ditambah dengan ulama bukan saja tidak maksum, bahkan mereka juga terdedah dengan hawa nafsu.

Dua kekeliruan yang merosakkan pemahaman masyarakat Muslim termasuk di negara ini terutama yang disebarkan oleh golongan liberal dibahaskan oleh Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali.

Engku Ahmad Fadzil berkata, umat Islam di negara ini perlu diberi kefahaman yang lebih jelas supaya tidak terperangkap dalam dakyah yang dibawa kelompok terbabit.

Katanya, gerakan yang dibawa dari Barat ini sebenarnya bertujuan untuk menyesatkan umat Islam supaya menjadi murtad dan menunjukkan Islam sebagai agama yang batil.

Katanya, ancaman yang lebih radikal yang cuba dikembangkan oleh golongan ini, bukan saja memurtadkan orang Islam sebaliknya semua tunduk kepada ajaran lain.

“Golongan liberal cuba menyusupkan idea salah dalam minda masyarakat Islam dengan membawa prinsip kebebasan.

“Namun jika dilihat kembali, dalam ajaran Islam sememangnya terdapat kebebasan yang diterapkan kerana ia memudahkan penganutnya dalam melakukan ibadat, selain menjalani kehidupan seharian dengan wujud batasan yang diletakkan.

“Bagaimanapun golongan liberal ini menimbulkan kekeliruan yang sebenarnya memerlukan ulama, ilmuwan dan ustaz memperjelaskannya sebaik mungkin supaya umat Islam tidak termakan dengan hasutan yang dibawa,” katanya.

Engku Ahmad Fadzil berkata, kekeliruan yang sering dimainkan adalah dengan menyatakan manusia dilahirkan bebas hingga mendorong masyarakat supaya memikirkan mengapa mereka perlu diperhambakan dengan peraturan agama.

Beliau berkata, golongan ini menyatakan akal manusia sudah sudah cukup untuk memandu mereka kepada perkara baik dan buruk.

Katanya, kekeliruan yang dibawa oleh golongan ini boleh dianggap sebagai fantasi dan khayalan semata-mata.

“Memang betul, akal manusia dengan had dan batasan tertentu mampu membimbing ke arah kebaikan. Malah kanak-kanak yang sudah mumayyiz boleh dianggap mampu berfikir baik dan buruk kerana akalnya sudah matang serta berkembang dengan baik.

“Bagaimanapun akal manusia sebenarnya terbatas setakat mana pendedahan dan pengalaman diterima mereka, malah akal juga boleh dikalahkan dengan hawa nafsu dan kepentingan peribadi.

“Jadi akal manusia perlu kepada panduan hukum-hakam agama untuk membezakan antara perkara baik dan buruk,” katanya.

Selain itu, jelas Engku Ahmad Fadzil, kekeliruan yang sering dimainkan juga adalah mempertikaikan golongan ulama dan menganggap setiap orang mampu untuk mentafsir agama dengan sendiri.

Golongan liberal menyatakan tidak perlu terikat dengan ulama kerana mereka juga manusia yang tidak maksum dan terdedah kepada hawa nafsu serta penyelewengan sebaliknya cukup dengan berpandukan al-Quran serta sunnah.

Engku Ahmad Fadzil berkata, kekeliruan itu turut dipromosikan oleh ilmuwan dan intelektual yang mempunyai ilmu agama yang tinggi termasuk memakai gelaran ustaz serta ulama.

Katanya, penyelewengan yang dibawa ini menggunakan slogan yang betul tetapi maknanya diselewengkan.

“Selama ini fatwa yang dikeluarkan oleh ulama adalah berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Ulama boleh dianggap sebagai ‘khadam’ yang berkhidmat dengan menggali kefahaman yang benar terkandung dalam al-Quran.

“Hakikatnya, kita mengikut ulama kerana golongan itu ialah pakar dalam bidang agama dan bukannya disebabkan kita menganggap mereka maksum.

“Malah dalam kalangan ulama juga ada mekanisme untuk semak dan imbang, iaitu menerusi ijmak ulama yang menjadi benteng kepada penyelewengan hingga sebarang kesalahan yang dilakukan individu dapat dikesan serta ditolak,” katanya.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhnya di antara hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah ulama, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Fathir: 28)

Menjelaskan ayat ini, Engku Ahmad Fadzil berkata, ia menjadi penghalang kepada golongan ulama daripada mengikut hawa nafsu dan melakukan penyelewengan.

Pengaruh dan ancaman liberalisme sememangnya diketahui sebagai agenda berbahaya kepada umat Islam kerana menerapkan kefahaman kebebasan melampau.

Apatah lagi perkara itu didorong oleh perbezaan politik yang melarat hingga wujudnya sifat taksub dan merosakkan kefahaman serta menimbulkan bidaah agama.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply