Uneh Raja Pensel Warna

Uneh Raja Pensel Warna

TEKNIK MELUKIS UNEH RAJA PENSIL WARNA

Uneh Raja Pensel Warna ? Alhamdulillah, ahad lepas , sehari selepas hari keputeraan baginda sultan shah alam, terus berangkaat bawak anak ke aktiviti seni anjuran Studio Kita. Program ni adalah program amal, setiap aktiviti di sini kita bagi kupon, dan hasil kutipan ni diberikan kepada badan badan kebajikan.

Tak terlepas jugak adalah geng geng aswara dan uitm. Macam macam arreessa buat, buat button, buat bag, kuih, batik, tapi yang paling berinformatif bila belajar melukis dengan Uneh Raja Pencil Warna atau nama keibubapaan nya ialah Hasren Bin Hj Ismail.

TIPS DARI UNEH

Saya tak berapa ingat lah sangat beberapa syarat tuh. Tapi banyak jugak benda yang saya belajar, hahha bukan arreessa yang belajar , tapi kami mak bapak pun baru tahu, hoo ada teknik ni sebenarnya. Hahahha. Antara yang saya dapat tangkap masa sesi 30 minit nih.

  1. Teknik asah pensil warna nih bukan main asah je. Rupanya pengasah pensil dah diciptakan untuk asah sekali je dah tajam. Tapi maklumlah, dah jadi ketagi nak asah pensel, hahhaa.
  2. Kalau nak melukis dengan cantik, mesti ada lapik,jangan buat atas permukaan meja, nanti kurang cantik.
  3. Teknik Uneh ni memang tak gunakan pensel biasa. Tapi dia pesan, kat sekolah mungkin cikgu ajar berbeza. Jadi ikut cakap cikgu.
  4. Kalau melukis, mesti susun warna pensel. Mula terang hingga ke sederhana dan gelap.
  5. Kalau nak melukis, mesti guna warna terang. Lepastuh ada guna warna gelap, dan ditambah pula dengan warna sederhana.
  6. Bila melukis pokok kelapa ini, ada macam macam saiz, Uneh kata tak apa, pokok kelapa nih ada macam macam jenis, ada yang muda, tua, ada yang dah ribut pun ada, mungkin budak tuh lukis selepas ribut banjir.
  7. Uneh berikan cadangan warna untuk setiap bahagian pada pokok. Kalau tiba tiba warna jadi gelap je semua, takpa, mungkin kita lukis pokok masa waktu maghrib, sebab tuh gelap.
  8. Kalau rasa menarik kelas UNEH nih, boleh sertai kelab Uneh Raja Pensil ini.

AKTIVITI SENI

Memang seronok kalau dapat join aktiviti seni macam nih. Bila ditemu bual, benar sungguh kata Uneh tuh, mak bapak memang nak cari aktiviti seni macam nih, tapi tak tahu tempat. Jadi kalau selalu dianjurkan, memang kita boleh hantar anak kita ke aktiviti seni macam nih. Nak suruh dia lukis sendiri kat rumah boleh je, tapi biasalah, tak dengar cakap. Lagi kalau pergi aktiviti macam nih, kita dapat belajar sesuatu, teknik asas , dan macam -macam lagi.

BTS Faber Castell Tri Grip Coloring Pencil

Faber-Castell telah menjadi jenama terkemuka dalam industri alat tulis dan seni selama bertahun-tahun. Salah satu alasan utama popularitinya adalah kualiti produk yang tinggi. Pensel warna Faber-Castell menggunakan pigmen berkualiti tinggi yang memberikan kecerahan warna yang tahan lama.

Keupayaan mereka untuk menghasilkan warna yang jelas dan jelas membuat pensel warna Faber-Castell menjadi pilihan utama untuk kegunaan profesional. Selain itu, ketahanan dan daya tahan yang baik menjadikannya jenama yang boleh dipercayai dan popular di Malaysia.

uneh raja pensel warna

KENAPA LUKISAN SULAM KAMPONG ROSELIN YUSOF SANGAT MAHAL?

Kenapa Ya? Ini jawapannya. Kami tidak membuat sesuatu secara “SEMBERONO”. Semberono bermaksud tidak hati-hati (tidak difikirkan baik-baik), sembarangan sahaja, kurang teliti.

Setelah membuat kajian, pemerhatian dan pembacaan ( Research & Observation) antara saya ( Roselin Yusof) dan rakan saya iaitu ( Mohd.Nizam Duaji); tentang senario Pasaran Seni Tempatan ( Local Arts Market). Kebanyakan rata rata artis tempatan kita, memilih tema KAMPONG sebagai tema utama dalam penghasilkan karya mereka. Kebanyakannya diwarnakan dengan menggunakan medium seperti cat akrilik, cat minyak, cat air, pensel warna atau pen marker. Cara olahan ( style of arts) mengikut kepakaran masing masing ( Realism, Impressionism, Expressionism and Abstract art.)

Di sebabkan itulah, kami bersepakat ingin mencipta satu kelainan dalam lukisan KAMPONG kami supaya ia kelihatan UNIK, ISTIMEWA dan LAIN DARI YANG LAIN.Dengan itu, kami telah memilih Benang sebagai medium utama dalam mewarnakan kesemua lukisan yang saya hasilkan dan

Mengekalkan cara pembuatannya menggunakan teknik tradisional iaitu Seni Sulaman di mana ia perlu dijahit satu persatu menggunakan JARUM dan BENANG SULAM

Sesuai dengan tema KAMPONG itu sendiri serta menterjemahkan keindahan KAMPONG yg terdapat negara kita Malaysia dalam bentuk sebuah LUKISAN SULAM yang indah buatannya. – roselinyusof (b.1976)

Kaedah Uneh mengutamakan cara mewarna termasuk tekan & perlahan.

Kawalan tekan perlahan amat penting kerana membolehkan tangan atau jari tidak mudah sakit atau lenguh semasa mewarna. Semua lukisan Uneh menggunakan kaedah yg sama. Foto 1 & foto 2 tu kelas di Manjung, Perak minggu lepas. Uneh kongsikan dgn anak² & ibubapa yg hadir.

Foto 3 & foto 4 semua lukisan tu Uneh hasilkan semasa menjadi Artis Tamu Peti Seni @ Art Cabin di Balai Seni Negara pada tahun 2009-2010. Ketika ini pensel warna Uneh ditaja oleh sebuah syarikat pensel warna berjenama.

Foto 5 dgn teknik yg sama Uneh siapkan lukisan tersebut dgn pensel warna kedai 2 ringit 40 sen. Warna terhad (12 warna) & murah. Jadi apa pun peralatan yg kita ada, kita boleh menggunakannya sebaik yg mungkin. Tapi kenalah tahu caranya.

Cuma kalau mampu belilah yg paling terbaik dari segi warna & kualiti. Jika tidak tiada alasan utk tidak melukis & mewarna. Esok Uneh kongsikan bagaimana lukisan di Foto 5 tu dihasilkan langkah demi langkah. uneh raja pensel warna.

AKTIVITI: MOSAIC ART

Anak-anak diberikan kertas berwarna-warni untuk ditampal pada kadbod hitam, anak-anak bebas untuk menyampaikan cara seni mereka masing-masing.

Berikut adalah beberapa manfaat yang dapat diperoleh oleh anak-anak dari aktiviti seni kraftangan:

1. Pembangunan Kreativiti: Aktiviti seni kraftangan memberi peluang kepada anak-anak untuk menggunakan imaginasi mereka dan meluahkan kreativiti. Mereka dapat menghasilkan karya seni yang unik dan mendedahkan kepada variasi idea dan konsep yang berbeza.

2. Kemahiran Motor Halus: Aktiviti seni kraftangan melibatkan penggunaan kemahiran motor halus, seperti memegang pensel, mencantum, memotong, dan menampal. Melalui latihan dan amalan yang berterusan, kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka.

3. Peningkatan Kemahiran Kognitif: Aktiviti seni kraftangan merangsang perkembangan kognitif anak-anak. Mereka perlu memikirkan dan merancang reka bentuk, memilih warna yang sesuai, dan menyelesaikan masalah semasa membuat projek seni mereka. Ini membantu meningkatkan daya tumpuan, pemikiran logik, dan pemecahan masalah.

4. Pengembangan Ekspresi Diri: Seni kraftangan memberi peluang kepada anak-anak untuk meluahkan diri dan mengungkapkan perasaan mereka dengan cara yang kreatif. Melalui seni, mereka dapat menyampaikan idea, emosi, dan pengalaman mereka dengan bebas.

5. Meningkatkan Kecemerlangan Mental dan Emosi: Aktiviti seni kraftangan dikaitkan dengan manfaat kesihatan mental dan emosi. Melalui seni, anak-anak dapat mengekspresikan perasaan mereka, mengurangkan tekanan, meningkatkan mood, dan mengembangkan keyakinan diri.

6. Peningkatan Kemahiran Sosial: Aktiviti seni kraftangan juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan berkolaborasi dalam projek seni. Ini membantu mereka membangun kemahiran sosial seperti berkomunikasi, berkongsi, bekerjasama, dan menghargai perspektif orang lain. uneh raja pensel warna

Leave a Reply

%d bloggers like this: