Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

MESEJ SEBENAR UPIN IPIN JENG JENG JENG ….
Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ? Hari tuh tah macam mana , sepatutnya nak tengok kat wayang, dari tahun lepas lagi, hahah, bebudak nak tengok upin ipin nih. Oklah, sebab best katanya. Tapi masa tuh terpengaruh dengan disney Moana , hahhaa itu pun layan jugak, orang putih punya cerita. Lepas tuh berbulan sudah tak tengok, jumaat lepas baru tengok filem Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. nih, feewit, akhirnya. Tengok punya tengok, last sekali barulah mesej sebenarnya filem ni sampai ke kepala otak aku.
CARILAH KEBAHAGIAN YANG SEBENAR
Hhahaha, kalau korang tengok betul betul, last sekali, bila part upin dan ipin tegur aqish tuh, aku baru faham, oh ye, budak aqish ni sebenarnya terlampau obses, ye, penyakit obses dia nih yang memakan kebahagian dia. Upin dan Ipin kata , diorang terpaksa cari budak lain pulak, sebab aqish dah jumpa family dia yang sebenar, dah rasa kebahagian yang sebenarnya, iaitu bersama kawan kawan dia di rumah pengasih, abang awie dan bo, kak noreen dan abang jahat Zaman. Hhahaaha, korang nampak tak elemen nih ?
OBSES GAJET DAN KARTUN
Aku rasalah cerita nih nak bagitahu mak bapak, sebenarnya, anak anak kita perlu cari kebahagian, kegembiraan di luar sana, di dunia nyata, dan bukannya dalam dunia gajet , yang dipenuhi kartun kartun. Kita memang boleh tengok upin ipin, tapi jangan sampai OBSES, ye, itu yang terjadi pada aqish, terlampau obses sampai kawan dia kata dia macam gila cakap sorang sorang.
Betul tak ? Kalau kita pun sebagai mak bapak, jangan biarkan diorang ni tertumpu pada kartun, jangan gantikan gajet sebagai kawan mereka, biarkan mereka cari kebahagian sebenar diluar sana. Nak tengok boleh je, tapi kena kawal dan jangan sampai jadi terasing, yang ni yang terjadi pada aqish dalam cerita nih. Ok, aku rasa mesej ni memang budak budak confirm tak faham, tapi aku rasa Hajah Ainon dan Erma Fatima nak kita faham mesej cerita nih, jangan OBSES dengan WATAK ANIMASI. Carilah KEGEMBIRAAN di DUNIA NYATA.
TEKNIK PENCERITAAN YANG KURANG KEMAS
Yang ni memang aku sentuh bab penceritaan. Jalan cerita dia bagus, ada beberapa mesej sampingan yang aku nampak, contohnya jangan terlibat dengan along, sayangi anak-anak yatim, jangan putus asa waluapun dah jadi artis tua, dan lain-lain yang korang perasanlah. Apapun memang jalan cerita dia nih, sebab nak gabungkan elemen 3D, nak buat kelakar,
akhirnya tak berapa kemas, sampai orang kata jadi bosan, orang kata upin ipin ni watak sampingan, orang kata cerita nih cepat bosan dan macam-macam. Takpa, benda benda ni kita boleh belajar dan terus belajar. Aku rasa ada satu cerita obses kartun ni kat hollywood, korang tahu cerita apa ? hmmm. Kalau perhalusi lagi, tekankan elemen OBSES aqish tuh, mesti mesej cerita nih sampai. Hahhaa.
UPIN IPIN THE MOVIE
Lepas tuh ada trailer pulak, hahhaha, yang ni tak perlu kot. Tapi tengok trailer tuh, ok, back to 3D animasi, biasa jelah, confirm bebudak suka punya, sebab watak watak ihsan, fizi , mail ,jarjit, mei mei semuanya ada balik. Tapi aku rasa Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni barulah best, sebab lain dari yang lain. Hahaha, sebab mungkin aku sorang je perasan elemen obses nih, aku bagi 5/5 pada idea jalan cerita. Tapi story line kurang kemas, bintang berkurang menjadi 3/5 . Yang paling penting, aku suka elemen “JENG JENG JENG !!! “
3 Tips Marketing Dari Tauke Upin Ipin
Salam sejahtera semua. Semalam, kami pergi ke studio Les Copaque , biasalah, wife ada jemputan untuk isu air upin ipin yang difitnah ada unsur dadah dan tidak selamat untuk di minum. oklah, itu cerita wife dah buat. Tapi sebelum itu, kitorang sempat berborak dengan owner Les Copaque, pemilik suara Tok Dalang dan Opah.
Hahhaha, masa berborak dengan Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Ainon Ariff, kitorang sempat bercerita tentang watak upin dan ipin, dari satu episod ke satu episod, cerita tentang kanak-kanak, cerita tentang disney dan macam-macam lagi. Ainul memang seronok sangat, sebab selalu sangat tengok video upin ipin bersama Arreessa dan Maryam. Oklah, dari perbualan tersebut, aku rasa ada 3 benda yang menarik yang aku dengar dari mulut tuan Haji.
PROMOSI
– Bila sebut pasal promosi ini, masa tu sembang, katanya jarang nak nampak sekarang orang kibar bendera, paling latest pun pasal Selawat Perdana haritu di dataran merdeka. Tuan haji jawab senang je, ” kurang promosi lah tu” , hahaha.
Itu jawapan bagi aku sangat cool, sebab tanpa menyalahkan apapun situasi politik di Malaysia. Maknanya kerajaan kurang promosi nak suruh rakyat kibarkan bendera Malaysia, memang aku setuju jawapan tuh dan akui, kerajaan kurang promosi
TELADAN
– bestnya cerita upin ipin ini sampai budak-budak nak buat apa yang upin ipin buat. Itu sendiri diakui oleh Opah dan Tok Dalang, hahaha. Dalam cerita upin ipin, memang tiada satu pun mesej yang jelas suruh budak-budak buat itu dan ini. Cara paling mudah ialah mengikut apa yang dibuat oleh Upin dan Ipin. Memang Arreessa sendiri pun berjaya ikut apa yang baik dari cerita tersebut, pasal simpan duit. Memang begitu cara barat mendidik anak, bukan suruh, tapi mengikut. Jadi sangat sesuai, kalau kita jadi boss, atau kita leader dalam persatuan. Cara terbaik ialah tunjukkan teladan, insyaallah anak buah akan ikut, bukan suruh semata-mata.
KAJIAN
– cerita pulak pasal research ni, kitorang terborak juga pasal episod raja buah, dan juga episod lemang periuk kera. Hahha, Tuan Haji sendiri cakap, itu bukan buat-buat. Memang diorang akan buat kajian dulu, test betul ke sedap durian duri hitam yang Tok Dalang makan tuh. Tuan Haji mengaku sendiri, lepas cerita upin ipin, dah musim orang jual Durian Black Horn. Lagi pulak cerita pasal lemang periuk kera, ada yang jual lemang jenis ini, terus laku, disebabkan oleh cerita upin ipin. Jadi, apapun, mesti buat kajian, jangan main buat atau main jual cerita je.
Air Upin Ipin Selamat
Oklah, itu je yang sempat aku korek, masa perbualan dengan Tuan Haji . Sangat best, hehehe, kalau nak sembang lama, susah lah pulak. Tapi nak cerita balik, pasal air yang disukai kanak-kanak tuh. Memang selamat, nak lebih lanjut, boleh baca cerita Ainul tentang air tersebut di sini. Oklah, tapi nak berjaya macam Upin Ipin, semangat mesti mau kuat, kalau kena fitnah, jangan lari, jawab balik, hahaha. OKlah, selamat malam semua. I love U.